PERATURAN CINTA..

Assalamualaikum kawang-kawang, cinta lagi...lagi-lagi cinta, tapi tak mengapa, selagi meaw boleh share,meaw share.. ini juga meaw kopipes dari satu majalah,tak ingat lak majalah mana..tapi baik meaw kopipes lepastu type dan kongsi juga di sini kan :D

eh pernah korang dilanda cinta?mesti penah punya!
Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. Sepanjang perjalanan korang mesti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan.. begitu jugalah percintaan kamu.. oleh itu, patuhi peraturan..see,percintaan pon ada peraturan kan ^__^


let's cekidaudddd apa peraturannya :-

DILARANG U-TURN

Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. buat sakit hati sehaja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

JALAN DUA HALA

Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. Begitulah berlaku sebaliknya.

SEDANG DALAM PEMBINAAN

Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak, jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru :D

PEJALAN KAKI

Biarkan si dia berlalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti ..

JALAN BENGKANG BENGKOK

Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Jangan mudah tidak tepati janji
JALAN SEMPIT
Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak ansur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri..

AWAS! JALAN BERBUKIT

Hati-hati! hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirkan sebauk-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain..

JARAKKAN KENDERAAN

Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!

so,korang sekarang berada di tahap mana? kalau ada sila report di pejabat penguatkuasa iaitu letopkeypad.blogspot.com,hahahaha! thank you for reading :D
Assalamualaikum

23 ulasan:

  1. aina dh u-turn pastu terus jdi jln berbukit...skg nk ikut jln bengkang bengkok ja..selamat..

    BalasPadam
  2. sila ikut smart tag untuk lebih pantas...kahkah :P

    BalasPadam
  3. hahaha ! sy xde sume yg kt ats tu.. hadoii ~

    BalasPadam
  4. slmber je ckp org penah di lamun cinta..aku xpnah la..muka xkacak..xde org nk haha

    BalasPadam
  5. ohsem gilaaa tips dia :) hihi

    BalasPadam
  6. betul tu..bercinta perlu ad peraturan..barulah deberkati..:)..selamat berkenalan..:)

    BalasPadam
  7. @sifu im yeye je ko sufi,tup tup next year ko kawen,haha

    BalasPadam
  8. haha..alaaa single lg senang..

    BalasPadam
  9. yang 1st tuh memang menyakitkan hati kalo patah balik..malu pun ada kat kengkawan haha..

    BalasPadam
  10. nak wujudkan kesefahaman tu..gaban susah

    BalasPadam
  11. payah kan bercinta ni,sapa ada tips nak kasi perasaan bercinta tu hadir? *geli lak dah,hahaha

    BalasPadam
  12. tak semua org pernah bercinta..so takat ni sy tak di tahap mana2..sedang mencari cinta umur pun dah lebih 21..haha

    BalasPadam
  13. kenderaan berat ikut kiri xde ke????

    BalasPadam
  14. eh eh.. headea baru la.. *nmpk sgt da lma xlwt*

    bijop! bijop!
    kena hafal nie, jadik panduan nanti!
    :D

    BalasPadam
  15. sweet je entry ni... teringat kisah lama ^^

    BalasPadam
  16. @Wanz Mejuez cinta short cut memang banyak sekarang,haha!

    BalasPadam
  17. wah...
    banyak betul jalan nie....
    kene pandai2 pilih nie...

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..