kisah wardina saffiyah menjadi pembakar semangatku..

Assalamualaikum wbt sahabat, aku tatau kenapa dengan diriku semakin hari semakin lagha,semakin terasa jauh dengan Allah swt, aku rasa aku terlalu kerdil bila aku melihat video daripada kak wardina saffiyah tentang kisah hidupnya..aku pasti sudah ramai melihat kisah kak wardina kan,terkesima mendengar kisahnya..

KALAU BOLEH BACA LA SAMPAI HABIS,SAMA-SAMA KITA HAYATI..

maaf,entri ni tiada gambar..tetapi biarlah aku meluahkan apa yang aku rasa, serius aku sangat kagum dengan perubahan diri kak wardina....

apa yang aku dapat daripada kisah kak wardina:-

  • semakin besar,semakin bingung dengan identiti sendiri...
  • pengaruh persekitaran...walaupun kak wardina tak dapat menonton tv,tetapi ayahnya beri peluang untuk membaca..dan semakin besar,kak wardina semakin mencari identitinya dan membaca buku remaja barat, sejak daripada tu kak wardina mencari mencari identiti sebenarnya...

meaw tersentuh pabila kak wardina menceritakan pengalamannya semasa dimekah.. bayangkan kak wardina di sana dan meaw sedang memerhatikan dan mendengar cerita ini,turut bercucuran air mata, mungkin hati merelakan untuk melakukan perubahan..


'dari diri kak wardina, dia cuba perkukuhkan solatnya dahulu sebelum yang lain, kalau kita faham apa yang kita baca dalam solat tu sampai tiap-tiap hari pon boleh nangis...'

'menzahirkan cinta kepada Allah dan memperbaiki solatnya dahulu dan salah satunya menzahirkan melalui pemakaian kerana orang akan menilai diri kita melalui pemakaian kita...'


'doa ibu itu adalah doa paling mujarab...'


'apa yang orang susah tempuhi memang kesian,tetapi jangan sampai situ je,sepatutnya kita ambil pengajaran dan belajar dari situ...'


'apabila kita cuba untuk mendekatkan diri kepada Allah kita kena berkawan dengan orang yang baik...'



berkali-kali aku cuba untuk replay kisah ini, aku cuba untuk serapkan dalam minda dan hati aku..tetapi perlu dari mana? aku semakin keliru dengan diri aku, kadang-kadang aku terlalu lagha dengan kehidupan duniawi ku..aku tau,mana letaknya diriku..bukan mudah untuk menjadi seorang yang mantap agamanya,tetapi perlu bermula dari mana? aku bingung...


aku tahu keluargaku bukan dalam kalangan yang senang, aku kadang-kadang fikir,macamana aku nak handle adik-adik aku,kenapa aku tak peturun ilmu agama yang serba ada padaku pada mereka?kenapa? ya Allah, kakak apakah aku? bukankah itu satu tanggungjawab dalam diriku sebagai seorang anak sulung?


abah umi, kaklong sedang berusaha untuk perbetulkan keadaan ini, mungkin bukan pada waktu terdekat ni,mungkin makan masa sedikit....


entah,aku tak sanggup untuk meneruskan lagi ... semakin aku luah semakin sebak,serius aku menaip dalam keadaan tak stabil, dan aku menaip sambil play video kak wardina...aku jatuh cinta dengan kisahnya...semakin aku dengar luahan kak wardina semakin air mata aku tak henti dari keluar, maaf aku beritahu bukan untuk simpati..tapi cubalah korang dengar sendiri..baik lelaki atau perempuan..


aku akan serapkan dalam diri aku, dan video kak wardina akan aku jadikan sebagai motivate pada diriku..insyaAllah...


maaf,entri ni aku perlu penghayatan yang lebih,time bergurau bergurau,time serius perlulah serius, banyak pengajaran yang perlu belajar dari kisah kak wardina..insyaAllah...semakin aku dengar,semakin menjadi pembakar semangat ku...

dan akhir sekali andai saya terkasar bahasa atau terguris mana-mana pihak,maafkan saya..ini adalah penghayatan kita bersama...
Assalamualaikum
p/s: jadikan lah cerita kak wardina sebagai iktibar kita semua..

26 ulasan:

  1. 'doa ibu itu adalah doa paling mujarab...' suka ayat yg ini :)

    BalasPadam
  2. kau buat aku sedeh la doe bace entry nih..adoii..terase aku pon bnyak silap jugak doe..

    BalasPadam
  3. video Ini Kisahku kan meaw? yan pun ada tengok last week. tersentap sgt :')

    BalasPadam
  4. aku ade tengok kat tv9 kisah dia .. terbaik..

    BalasPadam
  5. meaw...sebak jugak tibe2..huhu..wanie sebenarnye pun masih mencari identiti..ntah la, kalau dipike bab agama ni wanie pun kurang jugak..
    same2 kite perbaiki diri ye..

    BalasPadam
  6. aku pun sedang memperbaiki diri..

    BalasPadam
  7. Sungguh menarik artikel yg dikongsikan ttg kisah kehidupan Wardina.. Ia sama seperti kehidupan yg dilalui oleh Baginda Rasullulah dimana sewaktu ia kecil lagi sudah kehilangan kedua ibu-bapanya. Tetapi baginda masih meneruskan kehidupan yg penuh dugaan dan cabaran..

    Bagaimana Baginda bermula, Ya ! Baginda bermula drp Allah swt dimana baginda memohon doa supaya berikan kekuatan dan hidayah utk meneruskan hidup sebgai manusia beragama islam.. (Mase nie, Baginda belum dilantik menjadi Nabi) ia seorang manusia biasa mcm kita semua..

    Disini kita boleh ambil iktibar dimana untuk bermula sesuatu perkara itu datangnya daripada Allah. Mohonlah kepadanya insyallah jika niat kita ikhlas, Allah akn permudahkan.

    Amin...

    BalasPadam
  8. hmmm tulahh. dah lama dia berubah kan tapi baru tahu kisah dy camne. catriona ross punye cite pun agak menarik jugak.. hmmm

    BalasPadam
  9. iya.saya pon sebak tgok kisah kak wardina..cm respect beliau..beliau prepare banyak untuk diri sebelum berubah sepenuhnya..mmg itu yang sedang saya lakukan sekarang huhu di harap diberkati Allah

    BalasPadam
  10. chuu ade tgk jugak vdeo tu.. ada fren share kat fb..wardina ckp kalau kita dah niat betul2 nak berubah jd baik.. insyaallah , Allah akan hantar org yg baik2 dkt kita..:) tp kita sendiri kena lah berusaha ke arah tu..
    chuu pon insan yg lemah -__-

    BalasPadam
  11. insap.. buat aku feeling je dia ni...

    BalasPadam
  12. baru tgk vc dia td..
    mmg touched..huhu..

    BalasPadam
  13. wardina tu mmg ssuai klo kte contohi sikapp dy yg mcm tu..kte ske smngt dan keyakinan dy

    BalasPadam
  14. huhu..
    tula, kalo nk brubah kne kwn ngn org y bek jgak..
    so bole la dia bimbing kta

    BalasPadam
  15. wardina..cantik..luar n dalam cantik

    BalasPadam
  16. sama-samalah kita memperbaiki diri kita :-)

    BalasPadam
  17. ramadhan ramadhan ni mmg eloklaa muhasabah diri kn :)

    BalasPadam
  18. betul ! solat itu tiang agama .

    BalasPadam
  19. urmmm,.baca entri meow ni pun cukup buat aini termenung jap pk diri aini,.=(

    BalasPadam
  20. saya pun baru tengok baru-baru ni bila ada blogger yang post. memang cukup menyentuh hati. kita manusia kadang-kadang bila dah dididik pun mudah lupa. itulah perlunya kita saling ingat-mengingati. usaha kak wardina tu mmg sgt bagus.

    Allah itu maha adil. dia akan terima taubat kita jika kita benar-benar bertaubat walaupun kita banyak kali membuat kesilapan. kita punya peluang selagi kita hidup kat muka bumi ni. berubah sebelum terlambat. :)

    BalasPadam
  21. solat tiang agama..tiada solat tiadalah agama..sentiasa berdoa agar kita sentiasa mendapat rahmatnya..

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..