Famous Amos Chocolate Chip Cookies

by - June 17, 2012

*amboi kemain tajuk kau,ngahahaha..




Assalamualaikum semua, tak ingat hari apa,tapi dalam minggu ni jugak aku duk bertapa kat dapur selama 5 jam untuk buat cookies dan kek, ada 2 orang pembantu..dua-dua ngulor ataih katil,siap korang !haha...tinggalkan daku sesorang didapur... terpaksa la borak dengan kuali, oven dan sebagainya,huhu... So,taknak la den berintro-intro panjang leboooooo... kang korang kata aku ni apa pulakkan,ahak!


so, sape yang pernah makan cookies di famous amos tu sini ! ampa tak payah dah p beli 6 ketui dengan harga rm10,haha... baik ampa buat sendiri je, modal pun sikit je..senang pun senang :)


bismillahirahmanirahim, dah lama tak kongsi resepi ni,hihi...


  
fresh dari oven kau,hihi...nampak simple?tapi phewwww,mabeles :D
second adunan

yang ni first adunan,den guna chocolate chip tanpa milo,haha :D
sesuka hati je buat resepi sendiri...





Bahan A:
1 cup gula hangus/kastor ( aku guna 1/2 cup je, tapi sape yang suka manis buleh buh 1 cup terus,hihi)
1 cup padat gula perang ( aku tak guna bahan ni,malas nak masak gula,kahkahkah)
1cup butter (aku guna 1/2 @100g)
1/2 cup minyak masak 
1 biji telur gred A ( tak payah gred A pun tape,hikhik)
1 sudu besar susu segar ( nak guna susu tepung pon boleh)
1 sudu teh esen vanila


Bahan B:
4 cup tepung gandum
1 sudu teh garam (aku guna 1/2 st je,kang masin lak,hihi)
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh baking soda


Bahan C:
1/2 cawan walnut dicincang ( sebenarnya nak guna benda lain pon buleh )
2 cawan chocolate chips (letak banyak-banyak lagi sedap :p)
1/3 cup nestum 22g ( kalau tak guna walnut guna la nestum,pilih antara satu je)
1 sudu besar tepung jagung 




Cara-caranya:
  1. Pukul Bahan A hingga sebati, tak kisah la korang nak manual ke guna mixer tu haaaa,ekeke..
  2. Masukkan Bahan B dan Bahan C, tepung jagung dan nestum (kalau korang tak guna walnut) . Gaul rata guna kayu/spatula. Guna tangan pun buleh,pastikan tangan jauh dari kekotoran,hihi..
  3. Adunan nampak lembik? okay.. ambil guna satu sudu kecil dan leperkan guna garfu untuk griskannya,haaa...kan dah nampak famous amos tu,hihi..
  4. Bakar pada suhu 175C dalam masa 8 minit..nak 20 minit pun buleh,tapi takut rentung lah,hihi... mula-mula aku guna 10 minit,atas dia nampak hangus.. so aku kurangkan 2 minit, haaa..jadi la rupa kat atas tu..

siap ! dah boleh ngap ! raya tak lama lagi kan? haa,boleh la ambik resepi ni,senang je,hikhik :)


Note:

  1. Gambar atas tu aku tak guna chocolate chip, aku guna milo.. hikhik ! sedap .
  2. kalau korang tak guna cream of tartar tu pun tape sebabnya gantikan dengan baking powder.
  3. Adunan ni dapat la dalam 30pcs.. :)
  4. Bahan-bahan sebenarnya senang je.. So,selamat mencuba !

p/s: masa tengah bakar tu bau naikkan? confirm korang macam kat kedai famous amos! serius :D
p/s/s: first adunan tu aku guna chocolate chip,kira yang milo tu second adunan la.. yang second adunan ni aku buat sesorang,2 orang lagi ngulor atas katil,hihi.. jangan marahh :P
p/s/s/s: satu lagi resepi nanti eh,kek nescafe..ahak :D



sapa yang nak tiket free mai usha sini .... ^______^

You May Also Like

25 comments

  1. kalo guna planta leh x?hahhaa mls nk p beli butter..

    ReplyDelete
  2. onie, kasik pos sikit maii penang. hahaha :D

    ReplyDelete
  3. @Cik Eyqa aishhhh,jangan malas ,p beli :D

    ReplyDelete
  4. @syakey insha-Allah hujung bulan ni aku turun penang :P

    ReplyDelete
  5. tu dia chef dah turun padang. eh gambar je? bak lah sikit.

    ReplyDelete
  6. @Asyiqin Haulisah maaf, gambar sahaja,sebarang permintaan sila ke rumah tuannya,haha

    ReplyDelete
  7. Macam soap eh. Nak try arh t tuk raya. Yihaaaa

    ReplyDelete
  8. wah, my fav,. haritu mase cuti cube buat sendiri, tapi x jadi biskut pun, jadi muffin ade la,. mak kata sbb lebih butter, haiyaa, terus down xnak buat dah >.<

    ReplyDelete
  9. @gigiAriEma try jangan tak try,confirm seperti berada di kedai famous amos :P

    ReplyDelete
  10. @bella luna haaaaaa,kali ni awak ikut resepi saya,confirm jadi ! :D

    ReplyDelete
  11. ok nak try buat ... anak2 suka bangat ni ..

    onie dah tk friend akk kat mukabuku ke ?

    akk cari nak tag pasal seminar kurus tu tk dpt

    ReplyDelete
  12. @puanbee yessss,buat kak ! sedap woooo...pastu kalau dah sedap tu hulur ke sini sekali ye :P

    onie dah tukar nickname la kak :'(

    ReplyDelete
  13. rajinnye onie! ini yg nak beli oven ni. huhu...

    ReplyDelete
  14. hello. raya lambat lagi ok. haha :p

    ReplyDelete
  15. Rajinnya. hehe. Boleh try resepi ni nak raya nanti ^_^

    ReplyDelete
  16. gua ni anti resipi. gua tahu ngap je. hahaha. buat utk aku weh. awrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  17. bole open booth la pasni onie :P

    ReplyDelete
  18. baca entri ni mmbuatkan hdung terbau2 coklat,kek nescafe macam sedap bunyinya :P

    ReplyDelete
  19. fuhh sedapnyaaaa :D kak onie nak cuba rasa juga. nanti kat poli penang kak onie tolong buatkan utk aisyah sikit, boleh dak ?? hihihih <33

    ReplyDelete
  20. sedapnyaaa.
    bila nak post kat chemay pulak ni?
    :P

    ReplyDelete
  21. Amboii Onie, rajin sungguh! hehe. Thank you for the resipi! Nak try la nnt :D

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..