Nak buat blog,tapi tak tahu nak cerita apa?

by - June 21, 2012

@hmmmmm, saya nak buat tapi saya tak tahu la kak nak cerita apa..


@akak, kalau saya cerita pasal boipren saya okay tak?


@please guide me to learn how to create a new blogspot?




hawatttt hawattttt dik tanya macam tu kat akak? akak bukan perrrroooooo sangat pun dalam blogging ni, yang tahu login,cek komen, perah hotak nak buat entry apa, balas komen, masuk new post PUBLISH! tu je akak tahu adik..... kalau bab design tu jangan la tanya akak,akak tak expert sebenonya....



tapi kalau adik memang nak sangat sangat sangat buat blog sebab nak kongsi cerita dengan orang lain,ok go on... adik boleh,tapi yang tak bolehnya adik kopipes cerita orang lain..boleh nak kopipes, adik kena la bubuh credit to celcom kepada sapa-sapa,haha (gurau je dik,akak tak penahh lagi tengok orang buat macam tu,hik) contoh: credit RM1000<space>0139876543 ... haaaa,kan senang ^__^




merapu merapu ,maafkan saya -..-" *gaya zizan



macam ni dik,kalau adik nak sangat buat blog tapi tak tau nak cerita apa, adik cerita jela pape selagi cerita adik tu boleh diterima oleh pembaca adik,personal pun boleh,pasal kawan-kawan pun boleh..nak tempek gambar je pun boleh, sebab tu kan blog adik,adik boleh buat sesuka hat adik...




tapi ingat !



kalau nak cerita tu jangan terlalu open ..adik paham kan open akak tu macamana? kalau tak paham sat,akak nak bagi contoh sat ... " semalam aku kena marah dengan daddy dan mummy,lepas tu i pegi rumah my hubby (boipren) tido sana! lepas je dari tu,i lega sikit sebab ada hubby yang sudi temankan i tidur semalaman" no no no no,jangan sesekali adik buat cerita lagu tu naaaaaa... menceritakan aib sendiri dan keluarga di khalayak ramai,sangat tidak bagus tau adik...jangan jadi takmalu.com tau :')

gosip gosip retis kalau boleh adik toksah la nyibuk,toksah jadi wartawan blogger,sekarang orang atasan boleh saman kita tau dik,sebab kita kan blogger PICISAN je dik...mana ada gaji mana ada bonus sebulan,hikhikhik....


adik cerita jela pape yang terlintas dalam fikiran adik tu, lawak jenaka ke.. cerita adik jatuh beskat (basikal) ke..cerita adik main nyorok-nyorok ke,terserah kat adik,yang penting adik happy menulis dan pembaca pun happy membaca cerita adik ^___^


banyak lagi akak nak cerita,tapi kalau akak cerita takut meleret sampai lantai lak dik,so akak berhenti sini dulu la eh, akak nak kena lipat kain ni.. kerja baru akak,hihi...






alololololo,uchuk mama :) *test test



kalau adik nak belajar buat blog adik just google je, akak boleh nak ajar sesikit, tapi takut adik tak tahan la,akak ni garang,muahahaha! akak dulu pun buat blog sesorang,tade lak orang ajar ..pandai je buat blog,ekekeke.. *masuk bakul angkat sendiri

You May Also Like

19 comments

  1. hehee same la...mai dulu pun cube2 sendiri je... tulis ikut sedap rasa. Alhamdulillah ade pembaca . Terharuuuuu :P

    ReplyDelete
  2. @CikMai onie pun terharu sbb mai dtg blog onie :')

    ReplyDelete
  3. ittew nak belajar wat belog gak kak..yuran bapew?

    ReplyDelete
  4. @Ym.Bundle gedik la ang! haha...bila nk date ni weiiii

    ReplyDelete
  5. cerita pasal saya boleh tak? bleh menambahkan follower saya. lala.

    ReplyDelete
  6. kak... boleh beri tunjuk ajar kepada hamba tak kak...

    ReplyDelete
  7. @Tukang Karut boleh, credit RM1500 + handbag coach ...hakhakhak *kejam

    ReplyDelete
  8. cerita la pasal orang kat atas tu...dia dah minta tu

    keh3...

    ReplyDelete
  9. kita dulu takda sape-sape ajar pun, main sign up, dahtu taip merepek-repek. lama-lama pandai sendiri. hihi

    ReplyDelete
  10. ahkak, adik sedih lah bf adik tak romantik. boleh cerita kat blog tak? hewhewhew.

    ReplyDelete
  11. @Asyiqin Haulisah boleh kalau tak memudaratkan hubungan adik,kahkahkah :P

    ReplyDelete
  12. saya jarang update blog sebab tak tahu nak taip apa kalau nak update..hahaha.tuto best :D

    bila nak bagi tuto lagi ? :P

    ReplyDelete
  13. hiks Arisha juga blogger picisan yang hanya bermula dari bawah dan tidak tahu apa-apa mengenai blogspot sebelum ni, tetapi lama-kelamaan bila dah terbiasa menulis dan mengarang cerita, semua akan menjadi gampang. hehehe

    ReplyDelete
  14. perghhh otai blog dengan 3k follower bagi tips...

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..