SEKIRANYA INI DETIK TERAKHIR

Sekiranya inilah detik terakhir...


Memberi bukan untuk menerima,
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa,


Bukan itu yang diburu sejak mula,
Menyebut kebaikan meragut keihklasan,


Tidak mengapa jika tidak dikenang,
Asalkan segalanya menghadirkan rasa ketenangan,


Sesungguhnya kerana Dia lah segalanya..

Jika sanggup datang mesti sanggup pulang,
Bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah,
Bertemu untuk berpisah dan perpisahan ini adalah untuk pertemuan,
Semoga kembara kita di dunia akan sampai ke destinasi yakni syurga biiznillah,inshaAllah..

jangan terus patah semangat,dalami diri sendiri,apa yang terjadi ianya adalah pengalaman yang mengajar kita bersama untuk bekalan akhirat nanti, mashaAllah..luasnya kehidupan nikmat Allah swt, apa yang kita ada itu adalah nikmat kita, bersyukur dengan apa yang ada,kerana bersyukur itu kadangkala lebih besar makamnya dari bersabar ... semoga perkongsian onie kali ini sebagai peringatan untuk kebaikan bersama,Yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang buruk serta kurang itu adalah datang dari kesilapan saya sendiri,,wallahulam~ 

11 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..