FOOD REVIEW: RESTORAN ASLI KAMPUNG SIAM INDAH KHABAR DARI RUPA?

by - August 22, 2013



Hai korang ! dah lama tak cerita kisah hidup macam biasa dalam blog ni,rasa macam terhutang sesuatu pulak,haha! cerita ni masa bulan puasa hari tu, haa laaa...nak jugak kongsi cerita buka puasa bersama bloggerkan, tapi kali ni ...okay okay,slow-slow mek,jangan gelabah sangat taipnya tu,cool ye cool !

Kejadian ni last minute sebenarnya, seingat aku haritu aku kerja.. pastu ada la orang kuat kami blogger utagha text ajak buka puasa sama,okay.. actually time tu ada hal lain sebenarnya,tapi disebabkan aku ni rindu sangat kat dorang so aku go on jela.. balik kerja terus google restoran mana nak makan, dengan keadaan yang kelam kabutnya aku google.. last minute wei,biasa la...haha!

Mereka yang terlibat ditempat kejadian adalah aku, Cik Gksb (orang kuat kami blogger utagha ni wei),pakcu,wawa dan kawan aku,piah...cool..
cecececeyyyy,duk kejadian kejadian bagai lak,entri ni dah berbaur entri rompakan dah aku rasa,kahkahkah..

Maka sampai la kami di restoran ni.



Semangat uolssssss! dari jauh dah nampak signboard dia,tak susah mana la nak carinya...






Terimalah dari kami termasuk tukang amik gambar ni,5 orang.. okay 5 orang okay ! ingat,5 orang tau,mueheheheheehehehehe... dapat jugak hilang rindu kat dorang!maklum la,masa zaman study kat penang selalu boleh lepak dengan dorang,sekarang masing-masing ada komitmen pastu duduk pulak sorang bucu tah mana hala (pakcu la tu,kahkahkah...kerja travel je kan!syok gila) sorang lagi kat keyel termasuk si wawa tu haaaa...pestaim jumpa wawa,hai wawa...bhahahahahahaha... cantik la baju uolsssss... 

Restoran ni bukti pertemuan kami,kahkahkah...sorry,bad lighting ye...kuikuikuikui... malas nak edit-edit,takde mood aku nak edit gambar-gambar ni,bhahahahahahahahahahaha...

Time ni kan, aku tahu kata hati memasing padia..haha


*okey,X-large dah gamaq ni... haha

Ingat tak uolssss?5 orang je ni kita orang makan,haha... abaikan menu dalam tu dulu.. aku nak start dari mula ni, aku harap korang bacalah ye.....BACA TAU! mohon jangan terus skip je manjang,bhahahaha...



Mula-mula macam ni, kita orang memang last minute la decide nak makan mana,so aku pun google 'RESTORAN BEST DI SHAH ALAM' (padahal seksyen 7 tu banyak je restoran vavavom,nak jugak google,tu pekdahnya) okay,terus aku terpandang restoran ni,RESTORAN ASLI KAMPUNG SIAM,dalam hati aku,perghhhh! mesti sedap gila makanan dia.. apalagi, ambik contact no. terus call, takut fully reserved,maklumla time tu kan time bulan puasa,mostly laku restoran2 masa bulan puasa ni.

Okay,dapat call orangnya,terus direct cakap dengan owner dia, memula gelabah siot,sebab tatau nak order apa,mana aku tahu ada menu apa kat sana,nak-nak bulan puasa macam ni..so, aku cakap la bajet dalam 100 kebawah,bhahahahaha... sekali aku kena gelak doh dengan owner dia,sebabnya dia kata buffet bulan puasa hanya rm95 utk 3 orang ke berapa,sorry aku lupa..sibuk fikir nak makan apa time tu,haha Sekali aku order la macam kat bil atas tu..dah la aku tak reti nak agak,order banyak mana,so aku order yang aku rasa okay la utk 5 orang,lama gak aku cakap dengan owner dia, sekali aku KENA MARAH dengan owner dia, 'boleh cepat sikit tak,I banyak customer ni' okay,tatau la suara dia or bahasa dia macam tu ke apa,takley nak judge manalah kan sebab by phone,haha...aku tau tu salah aku, sebab call dia banyak kali pastu cancel tu cancel ni,memang kalau aku jadi owner pun aku naik angin macam ni,bhahahahaha.... tapi biasa la,CUSTOMER ALWAYS RIGHT kot ! dia lupa kot prinsip tu,kohkohkohkoh...


aku rasa berapa puluh kali kot wei said sorry kat dia,tapi pfttttt...gelabah sangat.. aku pulak kena jaga hati tuan kedai tu,lawak doh... customer jaga hati owner,kahkahkah.. lantaklah situ,yang penting aku datang sana aku nak MAKAN,malas aku ambik port pasal peel orang cenggitu!

sebelum terpanjang lebar lagi, sorry la... pengguna pun ada hak untuk bersuara okay,aku rasa banyak aduan dah,nanti aku kasi link,lol


Dah sampai sana,berkumpullah kami 5 orang dimeja bulat tu, time tu dah dekat gila nak buka puasa,tapi nasi tak sampai lagi woiiiiiiii! order air laici pun haroommm pun tak sampai lagi,air je kot T_T dah dengar azan pun still tak sampai lagi,maka hirup la apa yang patut,haha...Kemain lambat nasinya. Pastu panggil buat tatau je,busy padia pun tatau la... *sabar onie sabar,haha

Last-last sampai pun nasi,kelam kelibut berbuka takut tak sempat solat maghrib... bab solat satu hal,tapi tak boleh jugak nak kata TAK BOLEH SEMBAHYANG SEBAB TAKDE SPACE,TAK BOLEH TAK BOLEH.. selagi boleh permudahkan kami permudahkan. Mostly yang makan berbuka kat situ muslim,so berkejar-kejar la kami waktu solat maghrib tu, sembahyang pun jadi tak khusyuk sebab orang lain duk tunggu turn,nasib aku dengan piah kecik,berkongsi la kami satu sejadah yang tak dimelintangkan itu,kiranya muat 3 orang je surau dia,alahai keciknya... kalau bukan waktu puasa takpelahkan..boleh la berkejar solat kat surau memana,ni time berbuka kot,huhu... Mohon sangat surau tu diperbesarkan,mohon ye~

Setel bab makan,setel bab solat, ni bab nak bayar..cik gksb tanya kaunter,aku tau time tu cik gksb macam kecut usus perutkan?bhahaahahahahaha...aku yang dengar lagi la kecut woi! ce tengok gambar atas tu haaaaa,RM202.50 woiiiii, hotel padia aku makan ni,huhu... kailan yang kuantiti dia lebih kurang macam kat warung tepi jalan harga RM15 ni padiaaaaaaa...senak perut aku wei! tisu tu tak tahan,pun dia charge! kahkahkah...ini lawak! apa salahnya bulan-bulan ramdon buat amal jariah sikit,tisu pun berkira, rugi plak aku time tu tinggal tisu atas meja,haha!


Sebelum aku buat kesimpulan, satu jela...interior dia meletop ! sebab dia guna bekas telur yang 30 biji tu haaa,apatah nama,malas aku google... Maka dengan ini,aku nak buat kesimpulan... kali pertama dan kali terakhir aku makan kat sini dan ini adalah pengajaran buat kami terutama aku ni,sebelum nak makan kena la survey bebetul, harga kalau servis dia cun no hal ! napkin buh atas riba no hal la,makanan sedap no hal la,air pfttttt rm20 sejug, toya betoi aku rasa,nak kata hotel 5 starssss tak plak aku rasa,lol..seperekara lagi,layanan dia tu aku agak nak tergelak, macamanalah boleh sampai kat sana,haha... Surau tu aku mohon kasi pebesaq,lelagi surau perempuan.. ce kasi tertutup sikit,ni tak...tempat orang lalu lalang kot,huhu...malu kat orang~


Tak salah kalau korang nak try makanan kat sini, kalau duit tu agak lebih nak tapau perut sendiri no hal lah,just go on,hehe.. takkan aku nak halang plakkan, aku berkongsi apa yang patut, aku taknak orang lain pun rasa macam apa yang aku rasa,huhu....tu pasal aku berkongsi, hoho

Actually,dah ada yang buat aduan tentang hal ni... cumanya,malaslah aku nak share link kat sini, ce korang google sendiri,konfem jumpa! Sorry agak keterlaluan entri kali ni,aku rasa patut kot kongsi benda ni,PENGGUNA BERHAK BERSUARA! sorry entri terlalu panjang,sorry jugak sape yang tetiba rasa macam 'ish mek onie ni dah kenapa,tetiba ngamuk tak tentu pasal'..haa ni lah perasaan aku woi,huhu..sorry jugak untuk pihak restoran ni,memburukkan? jauh sekali,sebab aku rasa memang layak aku berkongsi supaya tiada pelanggan yang kecewa macam aku ni haaaaaa! 



Harga tak setimpal servis,kualiti makanan dan layanan,huhu.. first and last~


You May Also Like

21 comments

  1. bila ingat balik... gerammmnyaaaa.........

    sakit hati pon ada

    ReplyDelete
  2. maaaaigood.....sambal sotong petai RM 25.00 ?? memang jujur cakap sape yang betul-betul kaya je boleh makan kat restoran ni..mahai nak mampuih habaq hang!

    ReplyDelete
  3. itu memang thank you toksey come again tu. hahaha

    ReplyDelete
  4. bapak rm202? gila babi mahal! hahahaha gua dah update jom semak :D

    ReplyDelete
  5. Mahal nye! Sorg bayar rm50 tu.. *pengsan! Makan kat barra je lah onie.. Ade rezeki dapat barrarize, terus semua free.. Hahaha

    ReplyDelete
  6. sampai 200 lebih makan kt restoren camgituh..siakap 3 rase dah 64 ringgit..kalau luqman la mek..simpan bawak balik tulang ikan tuh boh dlm muzium..mahal sungguh!

    ReplyDelete
  7. 5 orang rm 202 ?? tak patut langsung

    ReplyDelete
  8. Seriuosly mekonie , Ty patutnya ikut juga pi berbuka dan kalau la Ty pi , Ty dah ajak je korang pi bazaar lepak je tepi kaki lima.

    ReplyDelete
  9. baik makan buffet kat hotel jer onie. Konform penuh perut. Kami makan kat resoten kat Kauntan nih Rm150 untuk 8 orang hari tuh. Memang berbaloi. Lebih kurang apa yang kau makan nih. Tapi xde la plak dia charge tisu tuh. Ni memang bebetul orang kaya betul boleh makan sini

    ReplyDelete
  10. Kemain kita nak 100 kebawah je dapat 202 terus.. =.=

    ReplyDelete
  11. mahalnya..tisu pun nak cas..bbiar betik...adoilah


    blogwalking,jemputlah ke blog saya dan bertukar2 link

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Oiii. mahainya....rugi nih klo mkn x knyg. huhuh~

    ReplyDelete
  13. ish.. xpatut betul.. apa la charge mahal2 sgt

    ReplyDelete
  14. jum isi jiwa yang kosong
    http://hunyieda.blogspot.com/2013/09/mengisi-jiwa-kosong.html

    ReplyDelete
  15. Hoiii agak2lah sampai byk tu sekali... minta maaf ena cakap, takkan ku jejak kaki kat sini...

    ReplyDelete
  16. follow sini &korang rasa comel ker? http://bit.ly/1aVB3OB

    ReplyDelete
  17. sekali da terkena macam ni..memang sampai bila2 takkan singgah kedai macam ni...huhu..mahal giler...h

    ReplyDelete
  18. mahalnye! kalo sedap servis bagus tak pe gak kan.....

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..