Kesedaran kerjaya bagi pelajar universiti. (Talent Corp SFCF 2013)


This is a sponsored post ;)



Serius,masa belajar sekali je aku pegi ekspo kerjaya besar-besaran di seberang jaya,penang tu. Time tu aku pergi dengan keadaan yang sangat tak bersedia. Kira pergi ekspo kerjaya sebagai cukup syarat sebab kawan aku yang ajak pergi,haha! sedih sangat kot bila remind balik. Rasa macam nak tumbuk meja pun ada. Tapi bila keadaan sekarang yang susah nak dapat kerja yang power ,okay dan terbaik. Aku ada satu perkongsian untuk dikongsi bersama pembaca aku. Esp, fresh graduate dan pelajar universiti dan juga orang ramai. 



Kau tahu kenapa aku buat tajuk 'Kesedaran kerjaya bagi pelajar universiti?' . 
Sebab,ada satu program kerjaya ni mampu mendidik dan memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai terutama para pelajar universiti mengenai peluang yang wujud dalam industri masa kini. Program itu adalah program Talent Corp SFCF 2013.





Minggu lepas, 12/11/2013 event Talent Corp SFCF 2013 telah berlangsung di Uitm Shah Alam dan event ini telah mendapat sambutan di kalangan pelajar universiti tersebut. 






Program SFCF ini memberi peluang kepada graduan untuk bertemu CEO dan wakil-wakil kanan HR syarikat-syarikat yang menyertai program ini. Senangkan?direct terus. Korang tak perlu turun ke office mereka untuk di interview. Syarikat-syarikat yang terlibat juga mempunyai peluang untuk mendidik orang ramai mengenai perkembangan industri,penjenamaan sektor dan peningkatan pemahaman sektor SSO ( Shared Services and Outsourcing). Menarikkan? 



Kita dapat kenal sesebuah syarikat tu directly. Tak perlu nak search google dulu,haa.. Kadang-kadang program beginilah kita tak pandang,tapi setiap pengisian,penuh dengan benda yang berguna. Mana tahu korang akan dapat tips interview,tips menjadi pekerja contoh dari HR atau manager tu sendiri. Mana tahukan? Program beginilah kita perlu ambil berat.




Program ini juga bergantung kepada kualiti seseorang itu untuk berada dalam sektor keutamaan Malaysia untuk bergerak ke hadapan dan terus berkembang. Dari segi percakapan,kelakuan itu semua menjadi point utama untuk majikan tarik masuk.






TalentCorp dan UiTM menganjurkan SFCF ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan menarik minat graduan muda Malaysia untuk meneruskan kerjaya dalam pelbagai sektor mengikut minat masing-masing. Macam aku dulu,ingat lagi.. time nak pilih kerjaya apa semua tu,aku agak kekok sebab kita tak tahu apa minat kita,dalam sektor apa kita boleh terajui. Tapi,dekat Talent Corp SFCF ni tak usah bimbang, pelbagai sektor,pelbagai syarikat akan korang jumpa bila turut serta program ini. 





SFCF UiTM disokong lebih daripada 30 syarikat yang terkemuka. Salah satu syarikat terkemuka itu adalah Sime Darby ;)


Menarikkan ? jangan lupa sertai jika program ini berlangsung di tempat korang. InshaAllah rezeki korang disana.


Kadang-kadang, bila jadi student ni. Jangan alpa juga tentang kerjaya masa hadapan. Fikir dan terus terajui pelbagai bidang. Jangan tumpukan sesuatu itu pada satu tempat. Langkah kehadapan agar ianya dikecapi. Yang penting usaha kena ada,inshaAllah~



Untuk maklumat lanjut mengenai Talent Corp SFCF 2013  ni boleh singgah di :-
https://www.facebook.com/SectorFocusedCareerFairSFCF
https://www.facebook.com/hashtag/sfcfuitm

11 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..