HIJABZONE7

Usah dirunsingkan lagi kerana saya pasti anda semua sudah mengenali HIJABZONE7 ni. Shawl Halfmoon Bermanik Persis Manis Di Atas Kepala Dan Tips Memakai Shawl Halfmoon pun sudah saya ceritakan di entri sana. 
Salah satu shawl yang saya gemari. Hal ini kerana, setiap rekaan mereka kena dengan citarasa saya. Labuh dan cantik :)

Hijabzone7,
http://hijabzone7.blogspot.com
https://www.facebook.com/HIJABZONE7
Tuan/Puan,
Permohonan menyertai 'Blog Giveaway by Hijabzone7' 
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawasanya saya Mek Onie tuan tanah pada blog letopkeypad.blogspot.com akan berkongsi serta memberi pendapat tentang Hijabzone7 ini.
2. Untuk makluman tuan/puan/cik yang membaca surat ini,saya sudah sekian lamanya mengikuti blog Hijabzone7 dan juga page facebook mereka yang ber-id kan Mek Onie. Untuk pengetahuan tuan/puan juga,pengikut di blog Mek Onie sudah melebihi 100 orang pengikut sejak 3 tahun saya berblog.
3. Di samping itu, saya mula jatuh hati pada hijabzone7 ini semenjak saya ikuti mereka di blog. Setiap rekaan yang dikeluarkan pasti membuatkan saya jatuh hati. Dari segi pemasaran Hijabzone ini saya beri 3.5 bintang dan rekaannya saya beri 4.5 bintang . Selain itu juga, latar belakang di blog hijabzone7 ini sangatlah mesra pengguna dan tidak crowded sangat. Pemilihan latar belakang bagi sesebuah blog juga sangat memainkan peranan bagi pembaca apabila singgah ke blog kita. 
Oleh hal yang demikian, saya seru kepada anda semua untuk menjoinkan diri dalam 'Blog Giveaway by Hijabzone7' ini. Mana tahu rezeki kalian di sana.
Sekian Terima Kasih,
Berkhidmat sebagai participant.
Yang Ikhlas,
Mek Onie
Klik ( http://hijabzone7.blogspot.com/2013/12/blog-giveaway-by-hijabzone7.html ) untuk join Blog Giveaway by Hijabzone7 atau klik gambar di atas untuk join . Good Luck juga untuk korang semua . Due date tak lama dah tu,mana tahu rezeki korang bila join giveaway ini?hehe.

5 ulasan:

  1. saya sekarang dah mula suka pakai shawl. bila tengok model tu gayakan, nampak cantik sangat style-nya. good luck onie!

    BalasPadam
  2. kreatif ah, siap buat surat rasmi tu,haha
    apepun, good luck

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..