Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru



Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada pemilik blog Denaihati.com kerana terpilih sebagai pemenang 'Best Personal Blog 2013' . Bukan senang untuk meraih gerangan tersebut kerana pencabar yang lain pun sangat hebat. Namun,kepada blogger yang tidak berjaya jangan risau,mana tahu rezeki kalian dilain hari? Walaupun anda tidak berjaya, saya pasti..anda semua memang sangat power ^__^

Hari ini saya ingin berkongsi satu aplikasi baru khas kepada pengguna android kerana Denaihati.com sudah berada di Play Store anda! Untuk makluman anda,Denaihati.com adalah seorang blogger yang tidak kedekut ilmu terutama dalam bidang wordpress. Siap adakan kelas lagi ! Ini baru power ;)



Nampak aplikasi denahati.com? Jangan tengok sahaja,apakata anda pun turut install sekali kerana aplikasi denaihati.com sangat mesra pengguna dan paling penting tak loading. 




Design yang sangat cantik. Tak sarat dan paling penting warna hijau. Segar untuk mata katanya,hehe...



Pada aplikasi ini, terdapat pautan facebook . Pautan facebook ini mengandungi page denaihati.com,denaihati Network dan page hidupkan untuk memberi. Sangat tertarik saya pada page hidupkan untuk memberi itu,kerana bagi saya page itu sangat memberi inspirasi kepada diri sendiri dan orang lain. Walau se-otai mana sekalipun beliau,hidup untuk memberi itu menjadi pelengkap kepada pemilik blog denaihati.com tersebut. Anda power ;)



Selain itu,terdapat juga pautan youtube yang rata-rata ada perkongsian dari pelajar tentang Akademi Denaihati.com ini. Mana tahu suatu hari nanti anda boleh berjaya macam mereka? jom try dengar kisah mereka ;)





Blog?Sudah semestinya pautan blog termasuk sekali di laman aplikasi ini, kerana blog adalah siapa denaihati.com dan disana terdapat segala ilmu tentang wordpress dan sebagainya. Blog beliau juga sangat simple dan mesra pengguna. Paling penting tak sarat dengan design. Maklumlah,blog ini pemiliknya adalah lelaki,mungkin pemiliknya nakkan sesuatu yang simple tapi padat? haaaa... Sebelum terlupa, denaihati.com ini sering kali adakan contest di blog dan hadiahnya seperti biasa,sangat lumayan. :)





Instagram? heiiiiiiiiiiiiiiiiiii....sape pemilik blog yang tiada instagram sangat rugi,hik.. Denaihati.com pun ada instagram,apatah lagi kalian?hihi... Jangan lupa follow denaihati.com di instagram tau :)





Mesti ada yang tanya, Akademi Denaihati ni kat mana biasanya dibuat? haaaaa,di sini ada jawapannya .. Hanya di shah alam dan saya makin tertarik untuk join juga kerana tempat tinggal saya tak la jauh mana dengan akademi ni,hehe...inshaAllah one day :)

Sebelum terlupa, pautan twitter pun turut serta diaplikasi ini. Mana tahu dengan membaca tweet denaihati anda adalah pembaca yang bertuah? Mana tahu,so jangan lupa untuk scroll segala tweet dari denaihati.



Macamana? Hebatkan blogger denaihati.com kita. Siap ada aplikasi sekarang. Semakin maju mencipta nama dipersada alam maya ,Good Job Bro ! Aplikasi yang sangat mesra pengguna dan tidak menyusahkan pengunjung. Totally memang terbaiklah denaihati ! Korang pengguna android jom install aplikasi denaihati.com tanpa berfikir panjang kerana di sana penuh ilmu untuk blogger semua. Tak rugi pun kalau install. Serius :)


p/s: InshaAllah kalau berkesempatan dan ada rezeki saya akan join akademi Denaihati.Com di shah alam,inshaAllah ;)



6 ulasan:

  1. Ke arah industri blog yang lebih baik. Kemah ayat! Kita pulok bilo lagi nok wak aplikasi ginih etek..

    BalasPadam
  2. shah alam dekat je...rempit jom ... takpe nnt ade rezki kita p ^_____^

    BalasPadam
  3. Tahniah…..sama-sama kita pasang apps ini di smartphone kita dan moga memberi manfaat kepada semua sambil memeriahkan segmen review aplikasi terbaik daripada Denaihati. Semoga dapat bonus nanti sempena akhir tahun ini.

    BalasPadam
  4. errrr... aku rasa macam aku ni duduk dalam gua la pulak dan lama dah tak keluar...

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..