Pengalaman sakit gigi dan di emergency ward.

by - January 14, 2014


Okeh,entry ni mek cerita randomly la eh,sebab baru je sihat dah terus nak hadap laptop, sebelum terlupa..assalamualaikum pembaca setia blog kucar kacir mek onie ni haaaaa,tetiba terasa nak pinggirkan terus blog ni (sembang). Btw,mek baru je lepas sihat,tu pun tak 100% sihat lagi,tapi gigih jugak kau nak update blog! Sebenar benarnya,mek nak update last week,sekali musibah datang tanpa diduga,maka harini jela kita bercerita. 




Kisah azam tahun lepas tak tersembang lagi,nanti-nantilah~

Last week jugak,gigi mek buat hal. Sekali buat hal dia sampai ke emergency ward,sadis gilakan. Ya,ini semua ujian dariNya dimana dia nak menguji kesabaran kita. Sakit gigi dia tu mek rasa yang pernah merasai je tahu betapa sakitnya,huhu.. Sakit sampai hilang selera makan terus -..-

Sakit gigi ni first time kot mek rasa betul-betul sakit, letak la panadol ke apa ke,still rasa sakit dia taknak hilang, dia tarik sampai ke otak,haa yang tu memang tak senang duduklah,huhu...


Dah sakit gigi,mek terus jumpa dentist.. mula tu bos suruh pegi hari isnin iaitu semalamlah kan.. pastu memang tak tahan gak mek berkeras nak pegi last week tu jugak. Jumpa dentist mana? Okay,mek jumpa dentist yang buat crowning teeth mek ritu, serius lepas jumpa dia, terus tak takut nak jumpa doktor gigi dah,hihi..Thanks doc! Tapi,jumpa dentist pun dia tak kasi cabut pasai gigi duk sakit,huks T_T

Setel jumpa dentist,




Esokkan hari tu,hari sabtu tak silap, kat office macam apadah...marah-marah orang gara-gara sakit gigi tula,kisah apa aku kan,haha..Petang sikit, tetiba muntah,2 kali.. Memang erghh,nak baring jap,tapi apakan daya, simen semua~

So,balik kerja dengan kelajuan motor 20km/j.. berhemah katanya,tapi dah sampai tahap tu, mek terpaksa pecut,sebab tak tahan nak muntah lagi,sampai rumah (actually kat bawah lagi,oh..aku rumah apartment) terus nak naik ni, sekali nak muntah lagi,terus baling helmet dengan handbag,huhu..muntah la aku kat longkang tu..

Okay,terdetail plak aku rasa cerita ni,kita ringkaskan~



Start hari tu, satu hari 14 kali muntah,makan muntah makan muntah memang lembik habis la badan,last-last..my parents decide to go hospital,sampai sana aku tak nampak manusia dah,aku nampak kerusi je. Duduk sekejap, sekali gedebuk ! pengsan! teruslah aku didahulukan. Maaf makcik pakcik,terpaksa potong nombor uolssss...


Erghh,terdetail lagi~


Time tu tak sedar apa dah, abah kata aku pengsan serupa orang strok. Tangan dua-dua keras macam orang strok,huks! Parahla mu mek. Fyi, perasaan mula-mula nak pengsan tu kan,Allahurabbi,Allah sahaja yang tahu perasaan tu. Mek ni sebenarnya seorang yang lemah semangat,harap bakal suami boleh terima sesiap karenah gua,hewhewhewhew. (lenya)


Masuk dalam emergency ward, doc tanya itu ini,yela..dia taknak mata aku terpinjam. Dia nak kita sedar,tapi duk main pening gini,aihhh.. sabar jelah. Mek ringkaskan terus. 2 botol drip air,tangan kanan 7 jarum,tangan kiri 4 jarum, cari urat tak jumpak,tu makan dia,hoho. Memula kena masuk jarum tangan kanan,perghhhh! nak tercabut jari tengah aku ni haaa . 



Masuk pukul 10 malam kot,keluar pukul 2 lebih pagi~

Dah lali kena drip air, hawat jarum dia besaq... awat masa dia masukkan ubat tahan muntah kat tempat drip air tu rasa panaih rasa sakit? Nak nangis iteww T_T



Sekali kau bayangkan, ada sorang pesakit masuk duk buat haru-biru,kita yang pesakit troma sekejap, memula dia masuk aku expect dia yb/dato like that la,pasai dia pakai songkok,baju batik,seluar slek dan berkasut kulit.. sekali ada orang tanya dia student. Ohmai, rasa nak terkincit la jap.  Doc suruh duduk kat katil,dia pegi tepis tangan doc tu..Bahaya pulak aku nak cerita detail,kang tetiba orang tu baca masak aku,haha.. sampai la ada sorang baby menangis dia nak pegi terkam baby tu,aku pulak yang cuak. So, nak diceritakan... dia boleh pulak duk mundar-mandir duk hentak-hentak kaki depan katil aku,jarak kaki aku dengan dia 50mtr.Di buatnya dia terkam aku? mana nak sempat cabut jarum semua tu hoiiiii,sobsobsob..



Time tu tengah tunggu keputusan air kencing dan darah, sejam kot orang tu duk meroyan,wuuuu... lepas sejam kemudian,doc datang dan dia kata boleh balik sebab ujian darah dan ujian air kencing semua okay. So,alhamdulillah la tak kena tahan wad,sape la gembira kalau duduk dalam wad tu,wuuuu...Bila doc kata boleh balik,terus aku dengan umi bergegas cecepat keluar emergency ward. haaa,mengucap panjang time tu. Pengalaman kali ni memang tak diduga. Dengan sakit dengan musibah sebegitu, memang Allah sahaja la yang tahu perasaan aku time tu,nasib baik umi teman kat tepi katil,terima kasih umi abah atas susah payah malam tu T_T


Bulan pertama tahun 2014 dah buat perangai ye mekkkkssss. Ni baru sakit gigi ,demam muntah-muntah.. belum nak deliver anak sendiri lagi,oh~

You May Also Like

12 comments

  1. Ermm tak tau nk sedih je gelak..entry akk ni lawok sunggoh la

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawak tang mana?haha... takley blah ah orang duk buat haru biru tu,kita nak tido pun tak lena T_T

      Delete
  2. semuga awak sihat selalu, take care onie..
    teman :)

    ReplyDelete
  3. huaaaaaaaaaaaaaaa tu baru mcm tu.rara ni.siap belah perut.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. belah perut anak first? tapi tulah,takut plak rasanya nak bersalin,haha..tapi nak anak...

      Delete
  4. bahaya org mcm tu klu dekat2..mmg seriauu..he3
    jaga diri baik2 lepas ni..mkn lebih ckit, jgn mkn megi jer..he3

    ReplyDelete
  5. Mu ni onie..cpt sht ye..cmne nk photoshoot klu gini..hahaha..ada hati lg tu..

    ReplyDelete
  6. sakit gigi, sakit yang menyakitkan

    <--- pernah merasa. akibat bahana re-use floss *noob lg guna floss*, kena infection. sebatang gigi geraham belah kiri kene cabut. wuuuu, nak buat rawatan root, mahal. cabut jerla jawabnya cara mudah. itupun still mahal T..T

    ReplyDelete
  7. Selamat siang bapak/ibu,maaf numpang promosi ya,kami dari MEDIONE ..Perusahaan kami bergerak dibidang jasa rumah sakit diluar negri, diantaranya :
    *Malaysia (Pantai & Gleaneagles,Mount Miriam, Sunway Medical Center)
    *Singapore (Parkway Group,NUH,Tan Tock Seng,Singapore General Hospital)
    *Thailand (Bumrungrad)
    *Australia (Royal Children ,Health Scope Group)
    Kami dapat membantu bapak/ibu memberikan informasi pengaturan RS, temu janji dokter,Transportasi dan akomodasi ,secara gratis,yang dapat memudah kan anda dalam melakukan pengobatan / medical check up di luar negri.Bapak/ibu dapat menghubungi kami di
    021-45645694 / 085694454757
    email : admin@medione.co.id
    medione.hc@gmail.com

    Demikian informasi dari kami semoga bermanfaat

    Terima kasih
    MEDIONE

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..