Kelantan kampungku part 2 : Akad Nikah oleh Tok Guru Nik Aziz tanpa bersalaman

by - April 05, 2014


Alhamdulillah,berjumpa lagi kita di entry sambungan bagi entry kelantan kampungku part 1,nasib baik tak jadi seorang yang mungkir janji.. Tetiba mata tak mengantuk,so ambe teruskan untuk menaip. Actually, tadi baru je lepas hantar motor untuk transfer ke kelantan. Harap-harap pandai la adik ambe jaga motor ambe yang cute seperti tuannya ini,emm emm..Bersengkangnya mata ambe malam ni adalah untuk menceritakan kisah percutian minggu lepas. Seminggu di kelantan serupa 4 hari . Sekejap :(


Majlis Akad Nikah dan Solat Jemaah : Masjid Tok Guru Pulau Melaka, Kota Bharu
Tarikh Akad Nikah: 21/3/2014




Alhamdulillah, selama ambe pergi balik kelantan.. Ini adalah kali pertama ambe menjejakkan kaki di masjid ini, perasaan masa sampai sini? Allah sahaja yang tahu. Dah la masa nak ke sini, semua rushing sebab nak kejar masa takut lambat berjemaah solat maghrib. Kami kereta lain yang tatau jalan ni main redah jela, dah la jarang-jarang singgah di kota bharu ni,huhu...



"Sungguh bersyukur kamu jika kamu menuntut ilmu di sini "






Haaaa ni lah keluarga sebelah abah, ada lagi...tapi mana tah semua menghilang. Sibuk pakai blusher letewww,hiks...Abah takde , bebudak sepupu ambe takde ... ambe ada la,tu tu tu tu :P





Dannnn mereka ini adalah kesayangan si jantung hati ambe. Dari kiri ambe, maklong (kakak umi), kawan maklong dan umi. Maklong ambe seorang yang sangat tabah. Selepas kematian suaminya beberapa tahun lepas macam-macam ujian telah melanda,namun..maklong tetap maklong yang tabah. Bila duduk dengan maklong, mulutnya tidak pernah berhenti menurunkan ilmu agama. Maklong ambe ni jugak yang banyak membantu kami sekeluarga ketika arwah suaminya masih ada. Al-fatihah buat Almarhum Ghazali iaitu suami pada maklong. Paklong ambe sudahpun pergi menghadap ilahi,namun arwah paklong sentiasa di hati kami sekeluarga.




Majlis akad nikah dijalankan selepas solat isyak dimana Tok Qadi (TGNA) pada hari tersebut adalah Tok Guru Nik Aziz sendiri. Akad nikah ini dilakukan dengan cukup sederhana dimana maharnya adalah sebuah Al-quran. First time juga ambe melihat majlis akad nikah tanpa bersalaman antara pengantin dan Tok Qadi (TGNA) . Ya, Akad nikah sah walaupun tanpa bersalam dengan Tok Qadi atau jurunikah dan dengan cara ini juga bakal suami tidak nervous,hehe...




Alhamdulillah,poksu ambe sah menjadi suami kepada zaujahnya,Nurul Ain . Hai cik su... Selamat datang ke keluarga kami. Apa yang saya sebak bila melihat gambar atas ni adalah sifat TGNA yang tabah dan kuat semangat untuk menjadi Tok Qadi kepada pakcik ambe walaupun beliau tidak berapa 'cekak'. Allahurabbi.



Kalau tak silap, sebelum majlis pakcik ambe..TGNA baru 2 3 hari keluar dari hospital. 
Poksu ambe : Razuan Awang Hamat ,Pengarah Jabatan Pilihanraya DPPNK yang juga Timbalan Ketua DPP Machang




Tetap bersabar,
Tetap kuat semangat,
Tetap berbakti pada rakyatnya walaupun kesihatannya yang uzur.

Emmm,tetiba teringat lagu siti  nurhaliza yang tajuknya LELAKI,sedih :(




Dari kiri: Ayah ngah ambe, Ayah su (pengantin hari kejadian), ambe dan hai cik su.... seriously bila tengok untuk kali pertana cik su ni ambe tegur " po ghajin kelih la cik su...mano eh?" ...bila duduk semeta duk teringat, Allah... muka ciksu rupanya iras-iras ustazah fatimah syarha lah ^____^




Dari kiri: Umi ambe,cik su,ambe dan kembar abah ambe ! hihi..... Sebenarnya abah ambe kembar,tapi keluar maklong dulu baru abah.... sampai sekarang abah takde gelaran pak ngah ke pak la ke pak anjang ke,haha... Memintak nanti kawen genetik kembar abah ambe beroleh pada ambe, kihkihkih..






Majlis membatalkan air sembahyang di rumah menantu Tok Guru Nik Aziz... Lagi sekali ambe sebak,sayu semualah..


Maharnya :)



Dan berkahwin juga paksu ambe,kikikiki...jenuh kot tanya soalan "bila nak kawen " "bila nak kawen" ,kakakakakaka... Alhamdulillah,sudah ditemukan jodoh.... dan saya suka cik su sayaaaaaaaa dan paling penting saya nak mendekati cik su dengan lebih dekat. InshaAllah~


Alhamdulillah,berpeluang juga jumpa Tok Guru Nik Aziz walaupun dari jarak yang jauh. Melihat pada kesihatannya, marilah sama-sama kita mendoakan supaya dipanjangkan umur lagi untuk mencurahkan ilmunya kepada anak-anak didiknya, Takbir!!!!!! 



Barakallahulakuma wa 'baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair ya akhi ya ukthi. 

Love,
Anok daro ayah su dan cik su

You May Also Like

19 comments

  1. Gambar last tu kuat benar mung edit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuat bakponyo, aku bubuh mirror jah,hukkkkkkkkk....

      Delete
  2. Seronoknya klu knduri kahwin yg bersederhana mcm ni..tahniah dpt mak su baru..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak.... maksu baru sporting,tapi maksu kat sabah,paksu kat kelantan T_T

      Delete
  3. terharu ciksu baca...sayang kaklong...dan terima kasih semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaklong lagi terharu dapat maksu,ehhh silappp..cik su :P

      Delete
  4. alhamdulillah, makin ramai mendirikan rumah tgga. beznye dpt tgk dgn real tok guru nik aziz. selalu tgk dlm tv je. tahniah buat paksu tu. cantik jubah onie

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah.. selesai majlis.. selamat pengantin baru untuk mempelai.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...tahniah pada CikSu dan Ciksu. hehehe moga Tok Guru juga sentiasa sihat dan panjang umur, saya sayang tok guru kita.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah simple majlisnya yang penting keberkatan...

    ReplyDelete
  8. Baru tahu rupanya boleh jugak nikah tanpa salam. Respect TGNA. Semoga Allah sentiasa merahmati TGNA. Amin.

    ReplyDelete
  9. onie..sebak taw tgk TGNA, such a strong person alhamdulillah smpat jumpa tok guru time kenduri fizo omar n terserempak kat penang aritu tenang jer air muka

    ReplyDelete
  10. kelantan kampungku jua.. mek oni bila lak nak kawin,, hehe,,

    ReplyDelete
  11. ehh,,comel la cik su demo,lembut jah hihi,btw, follow doh blog mek onie,,jemput follow balik,,tq

    ReplyDelete
  12. hok aloh..rindu weh nok kelik kelate tp gak..hurmm..T__T

    ReplyDelete
  13. baru tahu macam ni adat perkahwinan orang sane. buat yg wajib je. itu yg lebih afdal sebenarnya kannnn onie ;))

    ReplyDelete
  14. lama x pergi kelantan..rindu zaman belajar dulu

    ReplyDelete
  15. Alhamdulilah selesai dah urusan paksu. lepas nie urusan anak daro pak su tue pulak. moga dipermudahkan amin :D

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..