Pengalaman kerja katering dihari minggu


Hai koranggggggggg ! Jangan lupa tau join GIVEAWAY SIMPLE DARI MEK ONIE . Simple je korang,hehe...Yeayyyyyy! benda baru semalam,harini ambe dah gigih blogpost pasal pengalaman bekerja dengan katering ni,hihi... Pedulik la wei, ambe tengah ada mood nak share ni.. Niat ambe join katering ni serius ambe nak cari pengalaman. Ambe tahu dah, kerja ni memang perit dan penat,tapi bila join dengan katering akak sorang ni memang happening gila wei ... 




Mempersembahkan,muka bacin dari ambe,serius ambe tak cukup tido !!!! Maklum la kena bangun jam 5 pagi,siap-siap pastu pepagi buta ambik member pastu terus pegi tempat berkumpul tu...ko bayangkan malam tu tido pukul 12 lebih. Pastu esoknya nak kena bangun jam 5 pagi. Pastu pulak ko nak salahkan sape pulakkan. Sape suruh ko tido lambat mek,haha... Tak pasal muka bacin,cis !



Oh yeahhhhh! Dah lama teringin nak pakai vase,kahkah! Akhirnya merasa jugak,nampak maskulin dengan muka bacin ambe,lol..Yaaaaa,uniform semalam punya kejadian,hehe... 


Bertolak dari tempat berkumpul jam 8 pagi...sampai senawang,haaaa...ye,event di senawang semalam,merasa la jugak jalan free hadap highway hadap keretakan,huhu..sampai senawang jam 10 pagi gitula,ambe lupa... Sampai sana, tugas dah start....gelabah weh gelabah



Ambe kasi point jela kerja apa yang ambe buat semalam, senang la nanti sesapa yang nak join katering dorang take noted kan??

  • Tolong angkat barang dari lori ke tempat masak yang disediakan (rumah teres orang weh,so..ko imagine la kecik mana halaman rumah orang tu)
  • Set up meja 'kuih corner' (sambil setup sambil ngap,engko jangan tiru sikap ambe,haha)
  • Gear (tempat letak kuih) kuih disusun kemas.
  • Potong buah,potong kuih-muih.
  • Set up tempat makanan. Okay tempat makanan tu serius lawa dan ambe menyesal tak ambik gambar,gelabah wei time tu.
  • lap gelas. 
  • Angkat lauk ke train.
  • Dan ambe memang winner masa hari kejadian,pasal sorang pun taknak tolong ambe potong kuih seri muka yang lembik gila tu.huh! 3 jenis kuih talam dan 3 jenis tu jugak la ambe tungkus lumus potong kekecik nak letak kat 'kuih corner'huh!
  • Serve kat meja pengantin. Steady baq ang, kecut perut ambe rasa -..-"
  • Kemas meja vip
  • Angkat pinggan gelas orang lepas makan
  • Topup makanan kat dalam train.
  • Selesai majlis kemas pulakkkkkkk... 
  • Segala barang dari kita orang memang kena angkut,kalau tertinggal bos bebel. 
  • Angkut barang naik lori, pasal ambe malas nak basuh pinggan gelas,halaman rumah tu dah banjir dan ambe malas nak bukak kasut dan duduk dengan budak-budak ngeng!haha... 
  • Balik dan zzzzzzz dalam kereta estima bos! nyaman~






Meja pengantin dan makanan pengantin telah dideco oleh bos katering ambe, mungkin dalam gambar nampak tak lawa,tapi in real serius..kreatif gila otak bos katering ambe... laki bini deco weh,dedua kreatif ! Engko nampak kek tu? belah bawah sekali ambe yang pegang masa dalam perjalanan nak ke senawang,so... keinginan nak tido tu memang 10%,huhu....


Apa yang ambe nak ceritakan,


Ko cakap jela kerja apa yang tak penat? Aku rasa semua kerja penat even jadi bos lagi penat sebenarnya. Jadi designer pun penat. Ish,tak ada kerja yang tak penat la ambe cakap,huhu... Macam yang kat perenggan atas sekali tu,ambe ada kata NIAT utama ambe nak kerja adalah pengalaman bekerja tu,mana tahu lepas ni dipanggil lagi oleh bos,hehe... 



Macamana ambe boleh terjebak dengan kerja katering ni?

ada satu hari tu,bos katering datang office ambe,borak punya borakkan, dia ada cerita yang dia nak pakai budak katering,so ambe dengan baik hatinya kasi la num.phone ambe ke dia. Dah lama 2 3 bulan kasi,baru 2 minggu lepas dia call balik,blur sekejap ambe,huhuhu... So,dia call dan cakap nak pakai orang,so ambe pun okay jela, pasal baik ambe pergi bekerja dari duduk rumah besar punggungkan,haha! (padahal nak melarikan diri dari melencong ke shopping mall)


Perasaan masa kerja katering?

Well, kita sebagai pekerja dan tuan rumah sebagai customer, so kami buat dengan sebaik mungkin dan ada la manusia tu tegur, 'eh eh,meja vip tolong kemas belah laki nak duduk'. Haaaa, ko tau,bebainya time tu biar ambe sorang je rasa weh. Pengantin dah la datang lambat, pastu khemah pulak sikit,dah khemah sikit meja tempat makan ada 4 utir jah awop,huhu..Nak bebel amende lakkan... So, lepas ni bagi yang nak kawen dan gunakan perkhidmatan katering ambe suggest pandai-pandai la bajet tetamu yang nak datang dengan tempahan makanan,pandai-pandai la bajet khemah,pandai-pandai la bajet rombongan pengantin nak datang pukul berapa biar semuanya berjalan dengan lancar.


kau tahu, perasaan ambe bila ada dalam team katering ni,sedikit sebanyak banyak mengajar tentang majlis tersebut. Bukanlah ambe nak gebang majlis dorang tak sempurna, sempurna je...cuma tetamu yang hadir lebih bajet dari tempahan makanan dengan katering. Datang pukul 3 pastu tanya nasi dah habis ke,haha...nak tergelak ambe.... Ambe kalau jadi tetamu pun kalau boleh nak datang seawal yang boleh pasal takut makanan habis. ye tak? yang datang lambat maybe dia ada 10 majlis kenduri?haha...tatau la pulak aku kan..Sepatut kami punya katering paling lambat habis pukul 3.30...ni kul 5 baru habis angkat semua train basuh bagai. 


Masa berkemas tu serius kaki macam dah tak berpijak pada bumi yang nyata ko tahu! Penatnya biar aku sorang je yang tahu. Rasa nak kaki ayam je time tu,huhu... Tapi,sepanjang kerja tu sikit pun takde stress,sebab team kita orang paling sempoi. Mana taknya, 2 perempuan 13 lelaki. yang 13 lelaki semua miang nak mampus,ambe rasa nak angkat kaki je,haha! Tapi takpe,miang-miang dorang pun,dorang la paling sempoi dan ambe di sana dipanggil ayu! suka hati ko la adik-adik,akak tak kisah,huhu... 


Dan semua adik-adik tu,ingat ambe sweet 17,kahkahkah! muka tuek dah ko kata sweet 17,aku siku jugak kang,patut la miang memasing,haha... Bos? bos sporting gila ! hihi... 






Sebahagian adik-adik yang miang tapi cool gila. Student uitm puncak alam pun ada weh,pandai dorang cari duit. Bagus! Ambe suka cara dorang,dalam hidup ni,kalau tak reti cari peluang memang emmmm korang jawab la sendiri. Apapun setiap kerja yang kita buat biarlah ikhlas. Karenah manusia? biasalah...itulah rencah-rencah kehidupan dan dalam kerja ni kena sabar. 


Lepas ni nak kena tengok jadual katering lagi, yang mana free ambe follow... dan adakah katering ini bakal menjadi part time ambe?haha... okay la,ambe punya jari jemari rasa lenguh..pinggang sakit... tapi paymentnya alhamdulillah.. bolehlah simpan buat sara kambinghini ambe.. Apapun, kerja katering ni memang penat, happy dan satu pengalaman yang tak akan ambe lupa sampai bila-bila,inshaAllah akan berjumpa next event, ambe nak tunggu event kat hotel dengan resort je ni,haha... bye~


25 ulasan:

  1. Pernah kerja katering sekali... Memg la penat nama pun kerja kan. tapi yg best dia bayar cash n boleh makan free juga ! waahahaaaa... HEHEHE

    BalasPadam
    Balasan
    1. BETULLLLL PIJO...DAPAT MAKAN NASI MINYOK FREE,KAKAKAKAKA

      Padam
  2. awop brapo gaji? nak etekk.. hikkksss

    BalasPadam
  3. wah bagusnya...ada gk adik spupu yg jadikn bnda ni part time..teringin jgk nk try tp lum ada masa..

    BalasPadam
  4. aku pernah buat kerja ni part time dulu masa study... penat gilaaaaa...

    BalasPadam
  5. bgus2...kak dl2 keja kt psar mlm.mula2 malu tp lama2 sronot plak.nak2 mkn diseponser tokey...ambik ja nk mkn apa :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul,yg penting dapat makan nasi minyok free,haha

      Padam
  6. Cuba tolobg masak plak mek. Aku , dulu kerja ketering dgn mak cik aku, kene tolong dari masak sampai serve. Penat tak payah cerita lar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pepagi kul 6 pagi dah kacau kawah...kacau jela...hahaha

      Padam
  7. bila pergi kenduri, belum pernah jumpa budak catering yg malas.. semuanya rajin, cepat & cekap.

    BalasPadam
  8. Mak eka pun amek tempahan catering. Tapi org kawen jarang buat.

    Selalu opis2 tempah untuk kursus, mesyuarat. Tu pun penat gileee

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum onie, dulu sheila selalu gak buat part time job ni. hehee singgah menabung yestorio sini~~~

    BalasPadam
  10. baguihnyaaa. cheq da cuti boleh la update blog.. u-la-la

    BalasPadam
  11. beznye ada pengalaman dlm katering
    yumidalak pernah keje 2 minggu je kedai bakery
    sakit kaki terpaksa berdiri dri jam 10 pagi sampai 10.30 malam
    xde kerusi..bos lak cerewet asyik pantau je
    hihi..pengalaman x dpt dilupakan...pengalaman mahal!
    bez klo kenduri pakai katering..jimat tenaga..tp byk ongkos
    menabung sini-libresse

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..