Perisa Laksa Kari dari Mamee Chef dan kisah Mamee Chef :D

by - June 09, 2014



Pernah tak suatu hari tu tiba-tiba termakan benda best dan rasa nak repeat lagi sekali? Pernah tak,sebelum ni kita tak pernah tengok pembuatan makanan tersebut dan tiba-tiba dapat tengok depan mata sendiri? Pernah tak? Dulu aku selalu je makan mamee, jajan mamee tu la paling favourite, satu keluarga aku pulak tu suka jajan mamee.. Tapi bila aku introduce mamee chef ni ..memang sehari je habis! satu pek besar ada 4 pek tu haaaaaa... dengan kriuk kriuk dalam tu memang perghhhh la ! Berkenan mamee chef memang family aku suka !


Oh, sebelum terlupa ! 31.5.2014 yang lepas, aku dan 60 blogger serta team Nuffnang dapat melihat sendiri cara pembuatan mamee chef ni di kilang air keroh,melaka ! Okay, perasaan bila dapat pegi melaka tu sangat wowwwww! Sebab aku suka dengan negeri Melaka.. Pemikiran terus nak bertukar pada budak sejarah yang pernah gagal subjek sejarah ,kahkahkah...  Tapi, bila dapat ke Melaka ni, mata kita memang tak jemu pandang pada bangunan bersejarah. Bila dapat peluang ini. Aku rasa,bersyukur sangat. Nak pergi sendiri entah bila. Terima kasih Nuffnang  ^__^V







Teknologi Mi Tarik yang aku rasa akan buat korang lain daripada yang lain dan tak akan kecewa bila alaskan perut dengan mamee chef ni. First time dengar Mi Tarik,woohhhhhh! Mesti best bila makan ni :D

Perasa ?
Aku pasti, perasa mamee chef ni memang terbaik kerana setiap rasa didatangkan dengan perasa yang lain seperti udang, bite-sized tofu,shiitake mushrooms dan sayur . 

Halal ?
Isu Halal ini memang sangat sensitif bagi kami yang beragama islam dan jangan risau,the product Mamee-Double Decker is very particular about having our products certified as HALAL . 

" halalan toyiban has been granted to mamee-double decker due to adhering to the industry best practices in maintaining the highest standrds of quality and hygiene in food production"





Kami ke kilang Mamee Double-Decker dengan 2 bas . Sebelum bertolak ke Kilang Mamee di Melaka tu, kami berkumpul di Kilang Mamee , Subang Jaya . Peace !

Apa yang aku suka bila ada dalam komuniti blogger ni adalah sebab ini lah. Dapat jumpa kawan baru !!! Mungkin mereka yang bukan blogger tak pernah tahu tentang keseronokan ini? Kadang-kadang bila first time jumpa mesti ada perasaan malukan? (aku la tu,dulu~) Tapi,bila dah confident dengan diri sendiri (cewah) bercerita macam dah kenal 10 tahun,mihmihmih... 




Mamee Chef memang power ! Power of taste habaq hang. Tak pernah mengecewakan. Ini semua gara-gara abang zizan,aceceyyyy... (salahkan orang pulak) . 'Ini standard baru,ini baru standard' . Haha! Betul-betul standard Mi Tarik ni haaa.... 'dengan shiitake mushrooms'....hiyakkkk hiyakkkkkk *fefeeling jadi orang japan jap,haha...



Haaaaaaa, Abang zizan dan Chef Ismail uolssss... :D
'Ini standard baru,ini baru standard'



Proud of me ! Tetiba macam mimpi je bila sampai kilang Mamee ni haaaaa... Teringat rombongan sekolah, kalau dulu selalu (sangat) follow rombongan sekolah,sekarang kita follow rombongan blogger pulak,kikikiki... Tapi rombongan blogger lagilah best, boleh pakai baju macam-macam. Kalau rombongan sekolah sah-sah la pakai baju sekolah ye tak, tak berwarna warni langsung,kahkahkah.. Takpe, moment yang membuatkan aku teringat zaman sekolah balik,hehe..... Nampak tak kat belakang tu? Itu semua blogger yang join lawatan ke kilang Mamee Double-Decker. Kebanyakan pun aku tak pernah jumpa, selalu jumpa kat laman sosial,tapi bila sampai sini.. "eh eh awak la...eh eh kamu la... kita selalu borak kat twitter,tapi alhamdulillah Allah beri rezeki ini untuk jumpa kamu kamu semua


Happy kot ! 





Bila sampai kilang Mamee Double-Decker ni, rasa teruja gila kot ! Besar godang-godang dia dari pintu masuk hingga la ke bucu sana tu haaaa... Dan paling penting,persekitaran kilang tersebut sangat memuaskan. Semasa dalam sesi pengenalan Kilang ini , Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Kumpulan Mamee iaitu Mr.Pierre Pang, berkata selain pengenalan perisa baru yang berinspirasikan cita rasa Asia Tenggara, syarikat beliau turut merancang memperkenalkan pelbagai bihun dalam rangkaian Mamee Chef, selain mi tarik yang kini sudah berada di pasaran. 


Korang jangan tak tahu, Mamee Chef ini sudah diikitiraf sebagai 10 mee segera yang terbaik di dunia. Sekaligus,melonjakkan jenama Mamee dalam pasaran Mee segera ini. Hebatkan? Selain itu juga, Mamee Chef yang diperkenalkan pada hujung 2012, kini mempunyai 3 perasa iaitu Tom Yam Thai, Ayam Pedas Shitake dan Laksa Kari :D





Pinky comel dan yang pegang mic tu adalah seorang Marketing Manager iaitu Mrs.Sham Mee yang memberikan serba sedikit ucapan kepada pihak media semasa kami membuat lawatan di kilang Mamee. Thanks Mrs. Sham Mee and thanks Pinky yang banyak guide kami semua :D






 Sebelum terlupa.. Mamee Double-Decker ini diasaskan pada 1971 dan sudah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama sebutan ramai di Malaysia dalam industri makanan dan minuman (F&B). Tahniah saya ucapkan kepada Mamee Double-Decker kerana berjaya sehingga ke harini :D


Korang ni pun selalu je makan produk ni kan? Meh sini aku tunjuk beberapa gambar yang menunjukkan proses pembuatan Mee Segera dan Jajan Mamee ! hehehe... 



Kat sini tepung akan di mix kan sebelum masuk ke proses seterusnya iaitu rolling . Suhu di sini agak panas sedikit.


Steaming





See see, kakak ni menyempat aje kot !Pastu pose ala-ala duta la konon? pirahhhhhhhh! haha...Actually,perasaan aku time ni sangatlah happy bila dapat tengok sendiri proses-proses dia... Selalu makan je,harini kita tengok depan plakkan,hikhikhik...





Yang mana ada defect pekerja akan ambil dan letak dalam bekas hijau tu. yang pecah-pecah pun dorang ambik supaya kualiti mamee terus terjaga ;)





Proses packaging ni memerlukan tenaga yang cepat . Paling suka tengok proses ini, pekerja kira-kira dan masuk dalam pack untuk dipackaging ! :D






Haaaaa,ini mamee monster bagi ringkasan untuk proses pembuatan mamee ni haaa.... 

Mixing - Rolling - Slitting - Steaming - Cutting - Seasoning Shower - Frying - Packaging 



So,dapat gambaran tak macamana pembuatan mamee ni? Excited gila bila ada kat sana, yela selama ni selalu makan je, sekarang dapat tengok sendiri setiap proses pembuatannya. Dari tepung jadilah jajan dan mee segera,auchhhhh ^_^




Kebersihan dan kualiti kilang sangatlah dijaga .

Thank you Thank you ... !


Lepas kita tengok sendiri cara pembuatan mamee... sekarang aku rasa mesti ada yang tak tahu lagikan dimana Mamee Double-Decker ada membuka kedai di deretan jonker walk/jonker street tu, aah...aku sendiri pun tak tahu kewujudan kedai yang dipanggil Mamee Jonker House tu,selepas lawatan ke kilang kami di bawa pula ke Mamee Jonker House,hik...


So,sinilah...aku nak cerita level suka aku terhadap melaka ini adalah kerana bangunan yang bersejarah tu. Dah la bersejarah, lawa pulak tu... walaupun dah berpuluh-puluh tahun bangunan di setiap sudut Melaka terbina,namun ianya tetap gah dan tetap bersejarah buat setiap pelancong ! That's why aku nak pernah jemu bila datang Melaka :)





And yeahhhhhh! keep right !!!! Bangunan warna kuning ! Oh, hai Umie Artoqiemie ! hahahaha...

Jangan lupa beli ! lelagi mamee cup tu! sedap gila......... Sape yang penggemar baju atau barang-barang yang boleh dibuat kenangan tu,no worries Mamee Jonker House ada menjualnya ! hihi...


Mamee Jonker House telah dibuka sejak bulan 11 tahun lepas, kiranya baru juga Mamee Jonker House ini dibuka dan sangat luas !





" Hai dato' bila boleh kita date? "




Noodle Doodle ni terletak di bahagian atas . Dan sangat sesuai untuk kanak-kanak ! 
Bukan kanak-kanak je boleh masuk noodle doodle ni,kakak-kakak abang-abang,pakcik-pakcik dan makcik-makcik punnnnnn boleh masuk tempat ni, lagi satu...yang sukakan doodle,korang wajibbbbbbbb...wajibbbbb okay... wajib datang ke sini ....Jangan risau,korang akan di guide satu-satu :)





Dah la dapat buat cup doodle free ! Dapat pulak customize apa yang kita nak... nak bubuh cabbage ke nak bubuh carrot ke... haaaa.....tak rugi okay,sebab cup doodle yang korang doodle tadi dapat bawak balik dengan isi dalamnya sekali !!!! Then, mesti ada yang sayang nak makan lah tu :P



As usual,muka i always pucat lesi . Entah bila la nak pandai pakai blusher dengan gincu entah,bhahahaha... Okay, muka i tu abaikan sekejap..fokus dekat cup tuuuu,sememangnya aku la yang colour dan tambah sikit-sikit doodle... dah lama tak mewarna tetiba kena warna, terkial-kial kau,hahhahaha ! tapi bestlahhhh..... dapat ilmu baru! dari kita pandanngggggggg dan seterusnya boleh hasilkan mamee sendiri ! 


Apa yang aku nak kata, hasil pembuatan Mamee ini sangat dititik beratkan dari segi kualiti dan kuantiti serta kecekapan pekerja. Ianya bergantung kepada ketangkasan masing-masing tanpa meninggalkan kesan pada produk. Mamee Double-Decker memang terbaik :)








Thanks Nuffnang Thanks Mamee Double-Decker to give the opprtunity to all blogger include me ! Gembira rasa bila dapat ilmu baru dan pengalaman baru ! 

Ewahhhh! 


Semoga berjumpa lagi Negeri Melaka dan saya janji bila singgah di Melaka saya akan ke Mamee Jonker House untuk ke Monster Kitchen ! Tak sempat nak memasak sendiri ! Dan korang pembaca, pernah tak pergi Ke Mamee Jonker House dan Kilang Mamee?  



Lekassss cari la saya ! :P

Thanks again Mamee dan Nuffnang.  Enjoy Day :D

Kesayangan korang,
Mek Onie

You May Also Like

23 comments

  1. Hahahaha nampak dah Mek kat mane. Teehhheee !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyyy,tu tandanya akak sayang sy,kahkahkah

      Delete
  2. ida suka masak kari mamee letak udang. hehehe :)

    ReplyDelete
  3. seronoknya pergi trip kt kilang makanan.. hihi.. :)

    ReplyDelete
  4. Syoknya...!! Wah awalnya publish.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam Kenal.. saya pun join jugak lawatan ni.. tapi ramai sgt blogger x sempat nak tegur semua kat sana.. best la cara awak tulis.. saya tulis simple jer.. kalau sudi jemputla singgah blog saya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jap ag mek oniey bole jd duta mamee la ..heeheehe

      Delete
    2. salam kenal kak eyza ! hehehehe... kita ada sapa-sapa gak ritu kan?hihi


      Amboi aiman,haha

      Delete
  6. fewwitttt!! lawa lak mekonie nye edisi gambar kali ni

    ReplyDelete
  7. best nyeee mek dpt join trip camni! :)

    ReplyDelete
  8. wah..wah untungnya..
    dpt jmptan tapi x sempat nak p...
    wah lpas ni leh jadi duta mamee la..ha..ha.. :)
    x pakai lipstik pun dah lawa :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaahhhhh, kalau tak ley jumpa...

      Delete
  9. tuuuu kanan sekali yg buat pece! hehe

    ReplyDelete
  10. Entry nie ke menang? gigih cari balik entry nie nak serap ilmu dari otai.. hahaha LOL

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..