Resepi Rainbow Cookies/Lidah Kucing

by - July 20, 2014

Assalamualaikum, haaaaaa...ambik ko tajuk dia.. terus kisah resepi !!!! kahkahkahkah... Aku rasa mood untuk aku baking dah datang slowly, jeng jeng jeng..aku harap sohabat-sohabat kat wechat/wassap/facebook tak jemu kekalau aku ada post gambar biskut raya ke apa ke kan. Ceyyyyyyy,nak kabo diri sendiri power buat biskut ah ni ye mek? hahahahahha..




Aku ingat nak buat biskut ni susah,rupanya senang je weh. Okay,aku rasa tak perlu kot aku cerita panjang, meh aku bagi resepi agak-agak dari aku tanpa mengguna penimbang,bhahahahaha..Nasib la jadi,tak jadi memang aku tumbuk oven ni,haha.

Resepi Lidah Kucing 
*dah kenapa panggil lidah kucing tah?setahu aku lidah kucing satu color je?haha. K -..-"

Resepi agak-agak aku:-

2 cawan butter - aku guna brand planta
2 cawan gula kastor
4 cawan tepung gandum - cap cempaka murah,haha
1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil emplex - Benda ni kat kedai kek berlambak bertujuan nak bagi biskut tu ranggup
3 biji putih telur - Tapi nak guna 4 biji telur pun boleh.


Cara-caranya:-

1. Ayak tepung gandum,tepung jagung dan emplex bersama. Ketepikan.

2. Pukul gula kastor dan mentega menggunakan mixer. Pukul sampai rupanya seperti krim.

3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit.

4. Masukkan tepung yang diayak tadi ke dalam adunan yang korang putar. Aku guna mixer wei,haha. Tapi bila search google,ramai yang guna teknik kaup balik menggunakan spatula. haha. Suka hati aku je,wakakaka.

5. Nak senangkan kerja aku, aku ambil sedikit adunan tadi kemudian letak pewarna yang paling cerah seterusnya aku guna paling pekat sedikit dan pekat. Actually,aku guna teknik ni sebab aku malas nak guna bekas banyak-banyak. kahkahkahkah...Warna tu bergantung pada uols,aku guna 4 warna je.

6. Masukkan adunan yang telah diletakkan pewarna dalam piping dan gunting hujung piping tu.

7. Selamat bermain dengan warna uolsss, Good Luck ! 



wajib la pink uols ! esok aku nak buat kaler biru plak ahhhh...Tapi pink jugak memang wajib ah.





Pewarna aku guna 1 warna tapi aku elaborate jadikan 4 warna,gitewww.

Warna 1 - 1 titik warna merah
Warna 2 - 2 titik warna merah
Warna 3 - 3 titik warna merah
Warna 4 - 5 titik warna merah

Depends la pada korang nak gayakan macamana,hehe.


Suhu Oven, emmm...disebabkan aku baru beli oven,so aku tak pasti suhu berapa yang sesuai,aku google ramai yang guna 150C,tapi nampak kuning keemasan tepi biskut aku pada first masukkan dulang,pastu aku adjust pada 140C. Okay,menjadi uolsss,macam gambar bawah ni,hehe.



Sejukkan biskut dulu sebelum masukkan dalam bekas. 




Taknak guna loyang khas dia pun takpe,guna loyang biasa sudah,tapi untuk first trial ni,aku guna loyang dia dulu ah. hikhik





Rasa? Of course la se-sweet rupanya weh ! First time kot aku makan rainbow cookies ni! Buat sementara waktu ni (actually,baru siap buat rainbow cookies je ni,sesambil tunggu cookies masak aku update ah entry ni,haha..gigih!) aku buat khas untuk family aku makan, second time nanti sorry! Sape usik cookies tu 20 sen setiap piece,wakakakkakakaka! Dapatlah sebekas untuk kasi bebudak ni makan dulu, aku syak malam ni jugak tinggal separuh,tengok tak caya.


Gula tu depends jugaklah,sape yang tak makan manis boleh kurangkan gula kastor tu k ;)



Okay, siap ! Oven pun dah bunyi tu, jumpa lain entry plak k,muah :D


Selamat mencuba la eh korang,sorry la...resepi kucar-kacir,tapi memang sedap dah ah,jangan risau bebeh ! Adik aku mintak 1,tapi bila aku masuk bilik aku dengar dia buka bekas biskut tu,haaaa sedap la tu ,sedap la tu,hahahahahahahahahahahaha

You May Also Like

13 comments

  1. sedak kakloh napok tuh...first time kot dengar biskut lidoh kucing nih..siap bagi resepi terr..terbaiklah..

    ReplyDelete
  2. selamat malam..singgah tengok tuan blog update ape :D
    yg penting pink ! comel

    ReplyDelete
  3. lawo kaler die.. sblum ni mkn yg byk kaler je.. haha

    ReplyDelete
  4. wah bestnye tengok! nak try buat lah, jimat sikit^^

    ReplyDelete
  5. ada tertengok video gadis melayu menyanyi lagu raya sambil buat biskut ini. nampak macam menarik. Pernah rasa. tapi tak puas makan. Lagi makan lagi nak lagi

    ReplyDelete
  6. ramai betul blogger up entry resepi bila dah dekat nak raya ni..hihi

    ReplyDelete
  7. Assalam...rainbow cookies kat sedap namanya...drp lidah kucing tu kan...
    SELAMAT HARI RAYA...

    ReplyDelete
  8. onieeeeeeee..teringin sgt nk mkn yg onie pnyeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  9. namanya tak berrap nak berkenan pulak... rupa ok dah...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum onie, nak tempah boleh? terliur tengok warna dia menarik sangat ~~~

    ReplyDelete
  11. den pun baru tahu pasal cookies ni tahun ni...memang sedap...tapi nak buatnya memang leceh...hee

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..