Movie Review: Annabelle

by - October 04, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera sedaghe sedaghi. Macam dah lama gila kot tak review movie ni. Actually, aku ni memang seorang yang penggemar dengan cerita seram. Cuma, agak terkilan tak dapat tengok the conjuring di wayang dan mungkin lusa aku baru nak tengok The conjuring dalam pendrive yang diberi oleh sahabat. Haha..baru nak tengok.. nak layan malam ni, takut terkencing kat tilam je,kahkahkah. Maklumlah, sendirian.hehe


Sendirian pun,aku tetap gigih untuk review movie ni. dah la gambar berhantu, jenaka apa la kan..Oh, 1.10.2014 sepatutnya nak tengok, tapi bila tengok di online,seat penuh! gilalah. Pastu aku terus book untuk esokkan . Pun hampir penuh! Gila apa manusia ni, laju gila book,huhu..dan first time juga aku book di mobile apps GSC. So far apps dia sangat senang untuk digunakan. Sekejap je book! Okay la,puas hati,next time agak-agak nak jadi manusia terawal tengok movie boleh la book kat mobile apps je, haritu nak tengok cerita apatah..2 kali pergi setia city mall.. full pah ceroh! haha.. 


Okay ! Berbalik pada cerita annabelle, aku agak blur jugak la sebab tak tengok the conjuring lagi. So,jalan cerita dia agak slow.



Sinopsis Annabelle:-
Menceritakan sepasang suami (John) isteri (Mia) yang sedang menunggu kelahiran bayi sulungnya sehingga sesuatu perkara misteri yang datang tanpa diduga dalam kehidupan mereka yang bermula dari jirannya sehingga terus menghantui pasangan ini sehingga bayi dalam kandungan Mia hampir terbunuh angkara sepasang suami isteri yang menyerang John&Mia.


ada jugak manusia suka dengan patung hudoh ni,tok pehe ambo!haha


Disebabkan Mia sangat suka dengan patung, john telah menghadiahkan patung yang aku rasa lawa sangat ke sampai Si Mia ni suka?haha.. Sejak wujudnya patung (annabelle) itu di rumah John&Mia,kehidupan Mia semakin dihantui oleh perkara yang tidak pasti apa punca sebenarnya sehingga  Mia membuat keputusan untuk berpindah ke rumah baru.


Bayi dalam kandungan Mia selamat dilahirkan.Sejak bayi (Leah) ini hadir dalam kehidupan John & Mia,perkara yang tidak diingini seperti kejadian lepas berulang kembali sehingga mereka membuat keputusan untuk berjumpa Paderi dan Mia mula membuat kajian tentang kejadian aneh itu.
Hari demi hari, kejadian aneh itu semakin teruk sehingga mengganggu nyawa anaknya (Leah) yang berusia 6 bulan sehingga mengancam nyawa anaknya. 


Adakah keluarga John selamat dan adakah nyawa Leah tidak terancam? dengan itu,poie lah meramaikan wayang itu,haha..


Okay,bagi aku.. cerita ni seram juga tapi seram dia tu boleh di kira berapa minit dan cerita agak slow dan ada jugak la scene suspen. Okay, still gigih menaip walaupun gambar bawah ni macam apa,kahkahkah! Ramai yang kata the conjuring lagi seram dari annabelle?okay,siang esok aku marathon the conjuring. Memalan ni saia ta kuad la,haha..


Lagi seram Ju-On aku rasa. Annabelle ni macam so-so je seram dia, Macam takde perasaan tengok seram dia,orang lain menjerit aku senyap?what the......hahahahahahahahaha..



haiiiiii,lemah semangat!haha


Kesimpulannya di sini,aku kasi 3 bintang dari 5 bintang jerrrrr... Baru nak fefeeling sepak kerusi depan disebabkan terkejut layan cerita ni,tapi hampeh.... agak slow seramnya, cuma time Mia turun ke stor pada waktu malam dan terdengar tangisan bayi,eh seram bhai nak cerita balik,tak jadilah cerita..haha...engkorang tengok la sendiri. try bagi berapa bintang uols nak letak..

RATING: 3.0/5 BINTANG
Okay, selamat malam. 
Minta maaf kalau review agak tak best, dah lama tak karang sinopsis,lol..


Salam sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

9 comments

  1. memang tak lah kita nak nengok cerita seram gini. takutt :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah,seram gak,wuwu..tapi kita kasi 3 bintang je

      Delete
  2. macam seramm...harapan lah nak tgok sorang2 cm ni..hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tayah bermimpi nak nengok sorang :P

      Delete
  3. hm.. tengok jugak ke anabella.? kan dah cakap x payah tengok dekat twitter itu hari.. hm.... K

    ReplyDelete
  4. Tengok poster pun dah seram dah...

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..