Perasaan bila memakai gigi crowning

by - October 28, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Allahaukhbar, sesungguhnya aku bersyukur sangat bila entri berkenaan gigi crowning tu terus memberi keyakinan pada bakal si pemakai . Dari entri gigi crowning juga,sehingga ke sekarang tidak berhenti email/pm (facebook) masuk bertanyakan aku tentang gigi crowning. Kiranya tidak rugi juga aku kongsikan secebis pengalaman aku yang tak seberapa itu.


Kebiasannya mereka yang email aku akan bertanya kos,buat kat mana,takut ke bila doktor potong gigi dan sebagainya. Aku dengan rela hati berkongsi pengalaman aku kepada mereka. Malah, mereka terus ada keyakinan diri untuk berjumpa doktor gigi dan memakainya. 

Sudah setia dengan gigi crowning: 1 tahun setengah.




Semalam, buka dashboard blog. Seorang insan bertanyakan aku perihal gigi crowning. Terima kasih awak kerana sudi meninggalkan komen dan soalan. Kepada yang lain pun,aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi email dan pm aku di facebook. 


Jawapan kepada gambar di atas:

Salam Mek Onie,
Wsalam dear.


nak tanya, okay x lepas buat crowning? 
Okay sangat awak. Cuma kena pandai jaga dan jangan lupa diri,hihi..Makan kena hati-hati..


Ada rasa best?
Ada,yang bestnya bila kita sendiri dah kofiden apabila memakai gigi crowning ni.


Menyesal?
Menyesal jugak,sebab haritu pengsan je kot...pengsan sampai patah gigi...pastu menyesal jugak bila kena habiskan duit pada kos rawatan gigi. huhu


sakit gigi?
So far,buat masa ni takde sakit lagi..hihi..


ngilu?
Ngilu masa buat je,masa potong gigi..muahahaha..tapi saya tak nak bius..sebab saya takut jarum,kihkihkihkih...so,saya rela ngilu dari kena cucuk,muahahaha


Confident x nk senyum?
Heiiiii,konfem la konfiden gila !!!!! hik...lagi satu dah tak kena ejek dengan orang,kuang kuang kuang...


Saya teringin nak buat crowning gigi depan sbb tampalan gigi depan dah xcantik & doktor pun sarankan supaya buat crowning. Cuma dalam proses memikir ni, agak sayang dengan gigi original (wpun huduh)..Agak dillema sbb nak kawen & nak gigi cantik (=_=) Mohon mek oni berikan pandangan n bantuan boleh?

Pandangan saya adalah better awak percepatkan rawatan tampalan ini. Tak sakit!! serius tak sakit awak. Cuma tulah,ngilu je,hihi... Kalau awak nak buat crowning,pleaseeeee...ambik yang permanent punya k. Biarlah mahal sikit supaya senang dikemudian hari.

Bantuan saya pula, awak nak rasa diri awak lebih konfiden? Awak nak rasa gigi awak cantik?better awak pergi jumpa dentist dengan kadar segera dan benda ini tiada penyesalan. Sungguh!




Saya buat gigi crowning di bahagian gigi hadapan tu,gigi besar tu haaaa...dulu patah teruk...selalu kena ejek... sekarang.. taraaa! back to normal dan saya lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Senyum pun sekali,hik! Awak taknak ke jadi lebih yakin macam saya yang sekarang ni awak? 


Please, biarlah rasa membazir dan sakit kerana membazir untuk mengubati hati dari tidak berkeyakinan dan malu (ada gak la wei rasa malunya,hahahaha) dan sakit yang sementara tu akan jadi manis selamanya. Pada anda diluar sana,jagalah gigi dengan sebaik mungkin kerana pemberian Allah swt itu sangatlah bernilai. Maafkan diriku ya Allah kerna aku tidak menjaga gigiku dengan sebaiknya :(


untuk pertanyaan berkenaan gigi crowning anda boleh email saya di letopink@yahoo.com.
Untuk lebih details apa itu gigi crowning korang boleh ke menu atas sekali yang ada tertera perkataan CROWNING,terima kasih.


Maaf saya bukan doktor gigi,tapi saya seorang insan yang akan memberi keyakinan kepada bakal si pemakai gigi crowning,hehe...atau korang boleh singgah di forum gigi crowning

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


You May Also Like

9 comments

  1. good info mek onie :) bagus jugak kalau buat gigi crowning ni ea

    ReplyDelete
  2. alololo jeles tengok gigi mek dah cantikk..xD

    ReplyDelete
  3. mek onie . saye still lagi tak buat . takot and tak de mase . lagi penting takde bajet lagi . mek, yg permenant tu cane ? hari tu ad tnya kat klinik . rm 600 sbatang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah,akak buat ritu pun rm600/satu batang gigi..mahalllll...alaa,tayah takut,serius takde pape..dulu onie gitu gak,takut..tapi bila siap rasa nak p jumpa lagi,hehe

      Delete
  4. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
    Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  5. Salam Mek Onie. (^_^)v.. Wahh,xsangkanya Mek Onie buat entri tentang persoalan saya haritu. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjawab persoalan yg menjadi dilema dalam diri saya. Saya pun telah bertanya kepada beberapa orang pengguna crowning (termasuk Mek Onie sendiri) dan semuanya memberi respon yang positif. Melihat respon Mek Onie, tak sabar rasanya nak nak jumpa dentist cepat2. Hehe. Keyakinan dah ada. Bajet pun dah ada. InsyaAllah hujung tahun ni akan buat before get married next year. Once again, tenkiu so much Mek Onie & Wish me luck ! \(^_^)/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu lagi mek onie, xfaham ayat 'please ambik yang permanent punya k'.bukan ke crown tu memang permanent? Ke maksud mek onie crown full porcelain punya? Huhu (-_-)°

      Delete
  6. im reading your post in 2017! hahaa, thanks for sharing awak, tengah survey2 nak buat crowning sbb gigi depan penuh ngan tampal2 jadi dah tak cantik and rasa xconfident gila bila berkomunikasi

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..