Resepi Congo bars yang simple

by - October 06, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masih tak terlambat lagi untuk mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua pembaca setia Mek Onie, Allah..terima kasih banyak kerana still membaca coretan aku lagi.


Disebabkan aku ni dah lama gila teringin nak buat congo bars, dengan semangatnya tadi aku buat dan terus blogpost,kang postpone je manjang mesti dah takde mood nak tulis,baik aku blogpost segera,hiks! Eh, congo bars ni memang femes, ramai dah orang jual ni,tapi jenis aku ni macam tak puas hati,mesti nak kena buat sendiri. Haaa,cerewatnya lahai pompuan ni..


Bahan-bahan dia takdelah susah mana, so..everyone can do this. Yela,nak puas hati masak la sendirikan? Aku pun belajar dari google dan aku pun bukan la power bab masak-masak ni,tapi i try my best,jyeahhhhh! aku punya congo bars nampak gelap pasai aku guna gula perang banyok,gula perang tu depend on u,nak manis letak banyak,taknak manis adjust kasi cun okeh?hehe





Resepi Congo Bars:-

315gm tepung gandum
300gm gula perang *kalau taknak manis boleh kurangkan gram tersebut.
2 1/2 baking powder
3 biji telur
200gm buttercup
1 sudu besar esen vanila
200gm choc chip (nak sedap letak bebanyak ! hihi)
1 sudu kecil garam




Caranya:

1. Ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan.

2. Kacau buttercup dan gula perang sehingga sebati menggunakan mixer dan masukkan telur,esen vanila dan telur sedikit demi sedikit.

3. Setelah sebati, masuk tepung yang diayak tadi dan kacau bersama choc.chip. Resepi aku,aku tak letak kekacang lain,tak sempat nak membeli oi.

4. Bakar menggunakan oven dengan 170° serta suhu oven 170°. Bergantung pada oven korang. Siap! 







tekstur congo bars ni dia padat,tak macam kek yang biasa tu. Dia tak naik,hiks..so,janganlah terkejut kalau congo bars yang korang buat tu tak naik tau ,haaa...seperkara lagi,congo bars ni lebih kurang brownies je haaaaaa :D





Siapppppp! pepagi breakfast congo bars je,hihi.....omputih sangat  ^___^



Selamat mencuba tau korang :D

Salam Aidiladha
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

8 comments

  1. wahhh nk cuba nk cuba!!!
    lg puas ati kalo buat sndiri..

    ReplyDelete
  2. pernah buat, mcm tak jadi. maybe sebab oven kot. heh

    ReplyDelete
  3. macam sedap je mek onie. leyla nk hok ni . xmo buat . bleh ke gtu ?

    ReplyDelete
  4. mek onie...hantar sikit kat sini ...

    ReplyDelete
  5. ooiiii me senang kacang mak lodeh je caranya. (kita tgk jadi ke tidak yang senang ni nanti hahahaha) ingatkan susah tadi hikkssss. ok blh ps dan cuba nanti.

    ReplyDelete
  6. Uwwhhhh,dapnye leh try ni.... bhn2 dia pun senang je tu...^_^

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..