Saraya Zahret butik terawal hasilkan pakaian muslimah

by - October 10, 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera,eh korang peminat butik dan pakaian muslimah ? Okay,aku yakin di entry kali ni aku akan kongsikan satu butik yang super awesome, segalanya akan memuaskan hati kalian . 



Puan Suriyati Daman,pengusaha butik saraya zahret ini. Kini 6 cawangan butik saraya zahret telah dibuka iaitu di Kota Damansara,Bangi,Menara Busana MARA, Seksyen 7 Shah Alam, Seremban 2 dan Modvier,Bangsar. 

*okay,aku slow-slow cerita ye,hehe.... 

Apa yang aku bangga dengan butik-butik yang ada ni terutama butik saraya zahret adalah usaha mereka. Mana taknya, 6 cawangan butik perlu di handle dengan tabah dan penuh bertanggungjawab.


Bukan Puan Suri sahaja terlibat dalam pengurusan butik-butiknya, Encik Johari dan Puan Intan Zuriani iaitu adik kepada Puan Suri turut menguruskan butik Saraya Zahret. Fuh! Perniagaan adik beradik yang sangat berjaya. Berbalik pada tajuk aku, butik ini telah ditubuhkan sejak tahun 2011 dimana ketika itu banyak butik seperti sekarang belum dibuka dan butik ini adalah butik yang terawal hasilkan pakaian muslimah ;)



Sentuh bab design, aku yakin setiap design yang dikeluarkan mampu buat para wanita di luar sana menjadi tidak keruan kerana design yang dihasilkan mempunyai maksud yang tersendiri,design yang ekslusif dan material yang awesome.






2 minggu lepas kalau tak silap, aku singgah ke butik saraya zahret . Dengar nama pun,wow...SARAYA ZAHRET,seindah maksudnya..istana bunga-bungaan. 



First sekali bila aku masuk butik, aku lebih suka tengok setiap dekorasinya. Butik di cawangan bangi ini sangat-sangat ekslusif  yang bertemakan dengan perabot yang mewah terdiri dari black & gold... Banyak juga pilihan busana dari skirt,baju hinggalah ke tudung, semuanya dihasilkan sendiri oleh mereka. Apa yang aku perasan di sini,shawl mereka adalah lain dari yang lain. Serta design baju pun lain dari yang lain. 






Haritu aku pergi butik saraya zahret cawangan bangi,seriously..aku tak pernah rajin nak menapak ke bangi,sebab dari rumah aku sangatlah jauh, tapi demi saraya zahret aku gagahi juga,hihi... InshaAllah, lain-lain cawangan akan aku terjah. Teringin nak tengok dekorasi dan koleksi di cawangan yang lain,hehe


Disebabkan pengurus butik ini suka pada skirt, makanya.. pelbagai design skirt telah direka oleh Puan Suri yang korang boleh dapati di butik saraya zahret selain tudung dan baju. Macam saiz tu, dia variety saiz iaitu s-xl .






"The best preparation for good work tomorrow is to do good work today."





Harga? 

bermula dari rm10-rm200 something.
Pilihan semua ditangan kita. 

Lagi-lagi akak-akak yang nak pergi dinner ke event ke kenduri ke,korang patut datang sini,sebab banyak design yang lawa ! Tak dapat ke cawangan bangi,kat shah alam pun ada uolssss... yang mana stay di luar kole lumpur tu,kat seremban pun ada uolsssss... mohon saraya zahret buka cawangan di pantai timur,hiks...







Paling best dan vavavom,koleksi kekanak pun ada ! comel gila,kalaulah aku kecik, sah-sah aku nak pakai baju kanak-kanak atau tweenkle zahret, haaaa...nama pun dah comel,hiks !


Salah satu item tweenkle zahret yang comel,sesuai untuk kanak-kanak perempuan. 





Tak perlu risau kalau-kalau korang tatau macamana nak gayakan shawl dari saraya zahret kerana di sana nanti korang akan diajar oleh staf mereka macamana.



BUTIK SARAYA ZAHRET
Cawangan Bangi ,Seksyen 8






Tips untuk sesiapa yang ingin buka butik adalah how to find the best location ;)

Apa yang aku adore gila dengan saraya zahret ini adalah proses penghasilannya dari design sehingga hasilkan sesuatu produk dengan sendiri tanpa menguoah mana-mana orang luar. Setiap design yang dikeluarkan adalah sangat unik dan cantik serta memudahkan pelanggan untuk mencari busana muslimah.




Shawl dan dress from saraya zahret.
Perasan tak shawl dia? Awesome woooooo! Sebab apa awesome?




Yeahhh! setiap shawl saraya zahret akan ada satu juntaian cinta SZ dan laber tag dimana item tersebut adalah asli dicipta oleh Saraya zahret. 




*abaikan model tak bermaya atas tu,haha






Terdapat banyak pilihan shawl, aku masa ke sana pun memang perghhhh... macam nak semua !haha... 

Target saraya zahret adalah wanita yang bekerjaya dan wanita dewasa. Tak lupa juga busana kanak-kanak boleh didapati di cawangan saraya zahret. Selain itu, saraya zahret ini banyak juga join vendor dan setiap minggu pengurus butik saraya zahret mengeluarkan idea untuk menghasilkan design yang baru. Setiap design yang dikeluarkan adalah sangat terhad.


Paling istimewa,penggemar skirt boleh dapatkan skirt di sini kerana design yang dihasilkan sangat cantik. Hal ini kerana,perngurus butik ini sangat meminati skirt.




Paling happy bila dapat berjumpa dengan owner-owner yang gagah perkasa. Dengar mereka bercerita tentang business mereka tetiba jadi adore gila dengan mereka. Tak lupa juga,kami sempat berjumpa dengan pengurus butik saraya zahret cawangan seremban 2,Encik Johari dan pengurus saraya zahret cawangan kota damansara, Puan Intan Zuriani


Alamat cawangan butik saraya zahret

KOTA DAMANSARA
45G JALAN PJU 5/20E,
THE STRAND,KOTA DAMANSARA,
SELANGOR
TEL: 03-6150 8836

BANDAR BARU BANGI
G11, JALAN 8/35,
SEKSYEN 8,SERI BANGI,
SELANGOR
TEL: 03-8912 3210

SEREMBAN 2
NO.64&65, JALAN S2 F1,
GARDEN HOMES SEREMBAN 2,
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-6339 181

KUALA LUMPUR
LOT NO 02-03,LEVEL 2,
BUSANA@MENARA MARA,
232 JALAN ABDUL RAHMAN,
KUALA LUMPUR
TEL: 03-2602 1231

SHAH ALAM
SARAYA ZAHRET SHAH ALAM,
NO 13-A, JALAN PLUMBUM R/7R,
SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM
TEL: 03-5524 2769


WAKTU OPERASI :
10.00 AM - 8.30 PM

WEBSITE :
www.sarayazahret.com

FACEBOOK :

INSTAGRAM :
@sarayazahret

EMAIL :
web.sarayazahret@gmail.com




Tak sabar rasa nak melawat butik-butik di cawangan lain.
Terima Kasih banyak saraya zahret kerana sudi meluangkan masa dengan kami dan ilmu perniagaan,semoga Saraya Zahret terus maju dan sukses. InshaAllah.

Salam sayang,
Mek Onie 
letopink@yahoo.com

You May Also Like

6 comments

  1. Cepatlah buka cawangan di pantai Timur plak Saraya Zahret.. tak zabar nak beli.. gitu

    ReplyDelete
  2. Benci ar pergi tak ajak , nak feeling pincess sowang sowanggg. T_T. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. wahhh~ nt leh pergi jugak!

    #KlikKlikIklanNuffy

    ReplyDelete
  4. meman cantik cantik pakaian kat sini.. rambang mata.. huhu

    jemput lawat http://goo.gl/rHbK7R

    ReplyDelete
  5. la dekat dgn umah k lily ni, rasanya cam boleh singgah je balik ni ek

    ReplyDelete
  6. bestnya kalau dapat grab satu..cantiknya yang ade blink blink sequin tu

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..