Tempat menarik di shah alam : Tasik Shah Alam

by - October 10, 2014


Assalamualaikum. kum apa ..kumbat,bat apa batman..man apa mentol ..tol apa tolak...sekian aku merapu,haha..Okay, jangan tipu korang tak pernah nyanyi cenggitu,wuwuwuwu.. Sebelum terlambat sebulan,aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha buat kaum muslimin dan muslimat sekalian. Tahun ni aku beraya haji sensorang je. Family aku semua kelik kapong,kelate.. oloh la,dekki beraso.. huk.. Nok wak gano,ambo keno kijo, cuti lagi banyok hari,muahahahahaha...


Actually,raya haji aku tidaklah keseorangan. Kali ini aku beraya bersama geng 4A. Ala geng yang masa buat kecoh di laman seni 7 tuari,hehe.. Nasib baik la ada dia orang,at least pagi raya aku tak la pilu. Alhamdulillah juga berkesempatan sembahyang raya bersama geng 4A .


Balik sembahyang raya tu terus pergi ziarah (sangat) rumah member(geng 4A) aku, dijamu dengan pulut serta rendang-rendang,alahai...kira bahagia sangat dah tu ! hehe..





ala mek,tayah manis sangat boleh tak?hahahahahahaha
Shawl from saraya zahret


Balik daripada rumah member terus kungfu kat dapur, well... a big plan for that day..kemain tau big plan,haha...padahal last minute punya plan,haha... Terus aku siap-siap masak makaroni bakar dan sedikit pencuci mulut. Congo bars aku buat malam tu,gigih tak gigihnya aku buat kek malam tu,haha...padahal kerja rumah berlambak,nasib baik sempat setel malam tu jugak,lega..


Lepas setel semua masak-masak,pack makanan semua then siapkan diri sendiri pula sebab member sorang lagi (geng 4A) ajak makan tengahari rumah dia. Menu makanan rumah dia adalah nasi jagung. First time kot makan nasi jagung,alhamdulillah..tayah gaduh nak cari nasi dah haritu,heeeee...







Lepas setel makan rumah kawan, terus shot tasik shah alam,nasib baik juga la haritu cuaca manis. Takde hujan takde petir. Bahagia terus picnic kat tasik shah alam, kebetulan pulak dapat port cantik, mula la mengade memasing nak ambik gambar,tetambah manusia dua dari kiri gambar di atas tu,haha.. selalu je nak buang tenaga memember ambik gambar aku yang ajet-ajet itewww,haha...


Dengan itu, makaroni bakar ambe laku haritu. Tepuk tangannnnnnn! Susah juga nak kasi cukup 4 orang. Mana taknya, kiri sekali tu busy dengan study master dia, kedua kiri tu...ajet-ajet busy,haha... yang ketiga dari kiri tu sudah masuk ke alam pekerjaan dan kanan sekali bakal...aku doakan weh... auwwwwwww...



Okay, fikir plan untuk picnic bulan 10 ni pula. Sebulan sekali berkumpul macam ni pun dah okay. Share problem,share jenaka,share makanan,share kamera,hahahahaha... Dari meroyan dalam shopping mall,baik beriadah macam ni,lagilah bagus.


Berbalik pada tajuk,haha... jauhnya aku baru nak berbalik pada tajuk,wuwuwuwuwu.. Disebabkan selangor ni payah nak dapat pantai selain pantai remis tu,aku decide at least sebulan sekali mesti pegi tasik shah alam,haha... kelakar je aku ni..sorry,sejak study di penang, penyakit suka ke pantai tak boleh hilang melainkan roh aku sudah terpisah dari jasad ini. Allah. Rindu pantai bersih,penang... bersih lagikah? Cerita pasal tasik shah alam ni, aku dah lama teringin nak berkayak.. tapi aku boleh imagine,esokkan tu mesti sakit tangan,huwarrrrr...




Okay, aku rasa dah terlebih meraban dan aku lupa,esok 2 hari takde kat rumah dan aku perlu packing apa yang patut, sehingga bertemu lagi korang... aku rasa,aku makin takde masa nak blogwalking, penyakit apa ni mek? malas eh? huhu... InshaAllah, aku try blogwalking ye nanti,rindu oiiii !


Salam rindu,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

8 comments

  1. taman tasik shah alam ni tempat kak yong jogging time belajar kat UiTM dulu...rindu nak lepak lepak kat sini...

    ReplyDelete
  2. Jangan nak malas blogwalking sangat boleh tak sayam ? Hahaha.

    ReplyDelete
  3. Mek onie makin lawa! Fana suka. Hehehe. Ala, macam best je Tasik Shah Alam tu. Nak pegi jugak. *hentak kaki

    ReplyDelete
  4. nak p picnin kat shah alam terasa macam jauh sangat huhuu

    ReplyDelete
  5. dulu masa study kat UiTM Shah Alam tak pernah ke sini pun..huhu..

    ReplyDelete
  6. selalu jogging kat situ masa bujang....

    Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..