Ruang kerja aku.

by - November 24, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Heiiii ! Sekarang aku happy gila,happy bukan sebab dapat duit ke apa, happy sebab dapat ruang kerja aku sendiri. Serius fefeeling macam dekat hotel walhal disebalik sudut ni tersangatlah la sepah!kahkahkah.. Sudut ni aku fokuskan dengan cat polka dot dimana proses masa mengecat ni aku mengambil masa seminggu weh, serius penat buat polka dot tu,maklumlah secara manual,kalau yang pakai wallpaper tu sejam pun tak sampai..Tapi disebabkan ramai yang bertanya how to create this,aku pun sharelah tips mengecat bilik polka dot  . Serius penat nak lukis-lukis dan main dengan warna. Selain daripada mengecat bilik polka dot ni,aku pun ada jugak buat pattern lain iaitu stripe wall. Pun susah jugak stripe wall ni, pasal aku takde benda balancing tu,kalau ada confirm senang, ni tak,aku kena ukur betul-betul dari atas ke bawah,penat seh ! buat sensorang lak tu... 



Tapi ....


Aku puas !!! Sebab bila siap hasilnya lawa.. *sorry puji hasil kerja sendiri,lol
Sape kata pompuan tak reti ngecat?heiiiii see the hand la,sesenyap aku pun,aku pandai ngecat,kau hado? (ayat lapar pelempang)



Okay, tu cerita 2 tahun lepas, lama jugak aku peram dan lama jugak idea deco bilik nak datang balik,maklum la.. aku ni punya perangai yang malas sikit berbanding gadis-gadis luar sana. ops. acah je. hahahahahahaha..ada je malasnya, 


Disebabkan mood deco datang balik,aku memang nakkan satu ruang kerja aku dalam bilik dan yes, settled satu ! 




Sayang nak buang plastik meja,haha!


Meja: 
Ikea(Linnmon/adils) - Rm95

Pasu:
Ikea(Skurar) - Rm9.90/pc

Frame:
Ikea(Tolsby) - Rm2.50/pc

Paper art:
Ikea ( Kort) - Rm3.90/5 unit

Masa ni bawah meja kosong, mula aku taknak letak pape kat bawah meja,tapi disebabkan bilik aku ni ruangnya sangat kecil, aku mengambil keputusan untuk letakkan rack kecik bawah meja, haa laa bilik kecik memang untuk aku sorang je,orang luar datang sila tido luar,haha...boleh nak tido dalam,dengan syarat kaki kau kena lunjur bawah meja,takpun kepala kau masuk dalam meja,setuju?haha










Aku pilih meja putih sebab wall aku dah crowded dengan warna uolsss...kang kalau aku pilih meja warna merah, confirm tak tenteram hati orang yang masuk nanti. Mesti ada rasa berpinau mata dan mulalah nak sumpah seranah aku,kahkahkah.. Atas meja tu memang aku nak letak pasu macam tu,sebab cececeyyyy..biar masa aku buat kerja jiwa aku lembut je pandang bunga :P


Frame bergambar pun wajib gambar bunga ! Actually aku nak cari gambar yang agak rare macam yang kat bawah meja aku (refer frame tu haa) .. Tapi habis dah ! eh,ke takde saiz dia tah,lupa aku..Tah,aku suka benda yang pepelik.. perangai pun pelik.. no wonder la orang kata aku pelik,kisah? tapiiii ! macam ada satu benda lagi yang tak complete ! haha.. nantilah aku cerita kat entry lain, ni kita fokus pada ruang kerja aku dulu. Semoga ruang kerja aku yang baru ni memberikan aku inspirasi yang lebih power  dari sebelum ini. 



Dan yang pasti,semoga bersemangat untuk blogging ! yang penting selesa dan tak sakit pinggang dan sebelah meja ni katil..rasa ngantuk gila-gila terus bummmmmm! kat opis mana ada katil weh sebelah meja kerja, hahaha..So,sampai di sini sahaja entri aku kali ini,semoga level kekemasan bukan hanya 2 hari sahaja...semoga setiap hari kemas dan cantik ! cewah,ini semua poyo....podah !

Salam sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

25 comments

  1. wahhh siap meja kerja tu... bagus2..
    ayie pon dlm bilik mmg sediakan meja sebb sng nak bt kerja lg2 nak ltk laptop..
    btw, nice view the work place..

    ReplyDelete
  2. cantik..pandai mek decorate bilik...:)

    ReplyDelete
  3. boleh laa panggil mek decorate ruang kerja kita pasni.. heheh ^__^ ada bakat jadi interior designer tu mek :)

    ReplyDelete
  4. akak nye ruang krja di mana mana. atas katil, depan TV. HAHHAHHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau onie atas katil kelaut lerr,depan tv pun satu hal,tak siap keje,haha

      Delete
  5. Untung ada ruang buat kerja , kita ni ruang nak berjalan pun berkira. Wakakaka. Janji ada ruang tengok Running Man. Ehhhh sangat Nadia. :P

    ReplyDelete
  6. wah.. soho...kena tiru gak nih.

    ReplyDelete
  7. muja nak sangat ada bilik sendiri and ada meja sendiri macam ni.. one day maybe,, nak buat warna pink jugak,, hehe

    ReplyDelete
  8. Mek Onie......... design bilik cam nie jugak boleh.. ?? hehehe kagum dengan Mek. best best best.

    ReplyDelete
  9. nak try nak try duk kat meja kerja tu.. :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum onie. lawa ruang kerja awak.. niceeeee ~~~

    ReplyDelete
  11. bestnya..nak jugak ruang kerja macam ni..

    ReplyDelete
  12. Ramainya testimoni yang menggunakan produk ini, moga bertambah cantik kepada pengguna yang memakainya.

    ReplyDelete
  13. salam nk tanye la.. design dalam frame tolsby tu awk buat sendiri ke

    ReplyDelete
  14. salam nk tanye la.. design dalam frame tolsby tu awk buat sendiri ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, takla ..beli kat ikea gak,hehe

      Delete
  15. cantik dan kemas.. :)
    saya pun tak suka bilik serabut2, suka yang simple dan luas..

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..