Tips temuduga SPA - Pembantu Perawatan Kesihatan U11

by - November 18, 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Last week ada pembaca yang tinggalkan email pertanyaan berkaitan temuduga PPK U11 ni. So,aku akan kongsikan pengalaman temuduga aku minggu lepas. Actually, aku sudah lama tidak menghadiri mana-mana temuduga. Untuk pengetahuan semua, ini adalah temuduga pertama saya selama 3 atau 4 tahun saya memohon kerja di SPA8. Alhamdulillah,dapat juga merasa temuduga dalam sektor kerajaaan ini. Keputusan? macam biasa aku tak berani nak berharap. 


Pembantu perawatan kesihatan U11 ini adalah kumpulan pelaksana dan memerlukan kelulusan PMR sahaja bagi mengisi kekosongan ini. Gaji permulaan bagi jawatan ini adalah RM836 dan mempunyai kenaikan setiap tahun iaitu RM80.


Sehubungan dengan itu, aku akan kongsikan sedikit tips-tips temuduga bagi jawatan ini.


Sebelum pergi temuduga:-
  1. Bagi yang pertama kali dapat temuduga dari kerajaan ini,korang rajinkan diri bertanya pada mereka yang biasa temuduga dalam sektor ini.
  2. Pakaian bagi lelaki dan perempuan mestilah sopan dan kemas mengikut kriteria semasa temuduga.
  3. Ambil tahu isu-isu semasa. Contohnya,nama menteri sesebuah kementerian,nama PM,tugas-tugas jawatan yang korang temuduga (google je,mesti berlambak) .
  4. Kebiasaanya, panel temuduga akan bertanya soalan tentang situasi dan korang perlu olah. Janganlah panel temuduga tanya sepatah korang jawab sepatah. It's not profesional right? Yakinkan panel temuduga.
  5. Sediakan maklumat diri seperti yang diminta dalam surat temuduga.


Semasa temuduga:-
  1. Jangan lupa setkan minda pada hari temuduga untuk menjadi seorang positif.
  2. Salam ibubapa
  3. Solat wajib!
  4. Sampai 30 minit awal di pusat temuduga, haritu waktu temuduga aku 3.30 pm,tapi disebabkan sampai 2.30pm,aku masuk bilik temuduga awal dari waktu yang ditetapkan.
  5. Jangan lupa bawa segala maklumat diri dan resume.
  6. Senyum semasa temuduga,jangan masam muka, kita nak masuk tempat orang buat cara baik.
  7. Jawablah pertanyaan panel dengan sebaiknya dan jadilah seorang yang yakin. 
  8. Jangan lupa,ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa untuk interview dengan korang.

Selepas temuduga:-
  1. Doa dan tawakal


Soalan situasi yang ditanyakan pada saya adalah " Kalau saya hantar awak di bilik mayat macamana?" haaaaaaaaaa,seram sungguh soalan,namun aku berjaya menjawab dengan berhemah. Sebelum terlupa,haritu aku temuduga berkumpulan tetapi sebelum aku masuk bilik temuduga tersebut ada seorang calon temuduga secara individu. So,bila time aku. Aku dan calon seorang lagi dipanggil untuk temuduga sekaligus. Fuh! Time ni aku terus,'arghhhhh,onie kena pandai cakap,kena yakin dan berhemah!!!!' 



Itu sahaja yang saya mampu kongsikan.Semoga berjaya korang :)
Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh email: letopink@yahoo.com

Terima kasih

You May Also Like

10 comments

  1. mesti nebes gila kannn...

    nak share pengalaman lea interbiu gak la..

    heee

    ReplyDelete
  2. yang penting kena confident.hehe..tapi jgn over confident plak.haha,

    ReplyDelete
  3. memang cuak kalau nak pergi temuduga..haishh

    ReplyDelete
  4. Salam , sy bru dpt temuduga pembantu perawatan kesihatan ,, then , boleh tak share soalan ape yang dityn semasa temuduga dengan lebih detail ???

    ReplyDelete
  5. Jom layari www.bieshoppe.com.my

    ReplyDelete
  6. tipsnya keren
    terimakasih ya telah mau berbagi dengan kami..jadi dapat tambahan ilmu soal make up
    oya kalau untuk tren kaos kaki muslimah saat ini model apa ya ...:)
    salam sukses

    ReplyDelete
  7. nice perkongsian yg menarik....sbb esok sy g interview ppk nih di PPUM esok..
    doakan saya..:)

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..