Jawapan dari saudara-maraku di kelantan

by - December 28, 2014

26.12.2014

Assalamualaikum,
Tarikh yang sangat buat perasaan aku berkecamuk,gelisah,resah dan tertanya-tanya.
Adakah mereka selamat?
Adakah mereka cukup makan?
Dimanakah mereka berpindah?
26.12.2014 satu hari aku tak dapat buat kerja dan tangan aku,abah,adik-adik,saudara mara tak lepas dari genggaman yang kau cipta Ya Allah.
Apa yang kau sedang duga ini Ya Allah?
Time ni Allah sahaja tahu perasaan aku dan seluruh ahli keluarga di perantauan ini.



Bukan ibu bapa aku di sana.
Tapi aku punya mereka seperti adik (yang sepatut balik selangor awal bulan 1 ini)
Mek
Ayoh
Pakdo
Makdo
Maklong
Moksah
dan seluruh saudara maraku samada belah abah dan umi.



Aku tahu,perasaan ini tidak akan bermain di fikiran bagi mereka yang tidak mempunyai anggota keluarga di sana.
Tapi aku, aku punya mereka!
Aku sayang.
Jikalau engkau mahu pergi menemui ajalmu,kau pergilah secara tenang,jangan duga begini.



Berbalik pada tarikh 26.12.2014,
Aku cuba hubungi satu no.pusat bantuan bukit mas jam 2 petang.
jam 2.30,3.00.4.00 still tidak berbalas.
akhirnya jam 4.40pm berbalas dan bertanyakan aku siapa.



Aku reply.
Sejam kemudian baru dapat panggilan dari mereka,itu pun sekejap.
Yang paling aku sebak.
Pakcik,adik dan 2 orang sepupu keluar harung air berjalan kaki ke tanah merah demi untuk selamatkan mek,ayoh dan pakcik oku.
Dari pagi keluar dan sampai jam 5 masih belum pulang ke bukit mas.



Besar harapan kami di perantauan ini.
Disebabkan air ketika itu semakin tinggi, pakcik terpaksa akur.
Meninggalkan mek,ayoh dan pakcik oku di tanah merah.



Sejam kemudian pakcik pulang dengan selamat.
Allahurabbi.
Terima kasih Ya Allah kerana kau permudahkan urusan mereka.



Ini saudara mara sebelah umi aku.
Sebelah abah aku, aku mampu hubungi sepupu aku di johor bertanyakan keadaan keluarganya iaitu kakak kembar kepada abah aku. Mereka di sana kelaparan kerana kekurangan makanan dan ketika itu air semakin naik.



Allah,apapun dugaanMu Ya Allah,kau permudahkanlah.
Kau ringankanlah,kau lindungilah mereka Ya Allah.



Aku rasa, ini adalah perasaan yang sangat berkecamuk.
Bukan aku sahaja,seluruh ahli keluarga mamat(belah umi) dan Awang Hamat(belah abah) menanti jawapan dari saudara maraku di kelantan.
Kami di sini mampu berdoa.


Dan harini banjir makin surut,alhamdulillah~

Jasad di perantauan,
Tapi hati aku sentiasa di kelantan,kampungku dan tempat lahirku.
Semoga adik aku juga selamat di sana.
Amin Ya Rabbal Alamin




You May Also Like

6 comments

  1. risau kan mek dengan keadaan banjir sekarang. kita pun family dekat pahang line kejap ada kejap tak dek. selalu nya tak dek. bekalan air dngan elektrik dah tak dek sebab air makin naik. mohon Allah lindungi mereka semua.

    ReplyDelete
  2. semoga semuanye selamat..
    tumpang sedih dgn keadaan mereka kat sana..
    tgk video smpai nangis2..
    mmg sedih sgt..
    walaupon xde sedare mara kat sane tp blh rs ape yg mek onie rs..
    ='(

    ReplyDelete
  3. tabah mek onie...moga semuanya selamat dan segala urusan dipermudahkan oleh Ilahi...amin...

    ReplyDelete
  4. Salam. Hee semoga banjir segera surut.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..