Mek Onie? Siapa saya?

by - December 28, 2014

Photo by : @aidelnizzuddin

Mek Onie | Blogging Kerana Minat Bukan Kerana Populariti


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kerana sudi baca kisah Mek Onie? Siapa Saya? Alhamdulillah, pertama sekali terima kasih buat pembaca setia blog ini. Maaf jika ada kekurangan sepanjang perkongsian saya di blog yang tak seberapa ini. Tujuan saya blogging bukan atas dasar review/promote barang sahaja. Tetapi saya cuba selitkan beberapa pengalaman saya untuk pembaca blog ini agar memberi manfaat kepada mereka serta membantu mereka dalam apa jua keadaan. Untuk pengetahuan semua, blog ini tiada unsur-unsur gosip/jenayah atau sewaktu dengannya.


Dalam dunia maya ini saya lebih dikenali sebagai Mek Onie atau nama sebenar saya adalah Siti Auni Afifah Bt Ghazali. Saya dilahirkan di Hospital Machang,Kelantan pada tarik 6 Disember. Saya mula blogging sejak bulan jun 2010. Ketika itu saya sedang belajar di Politeknik Seberang Perai,Penang dalam jurusan Diploma Mekanikal Tekstil. 




Mek Onie | Seorang Yang Kecil Tapi Berjiwa Besar


Mek Onie | Abaikan Sikap Negatif Dan Terus Belajar Menjadi Positif



Sebelum saya bertukar kepada mekonie.com, blog saya dikenali letopkeypad.blogspot.com. Sejarah nama url/domain ini tidak perlu tahu dan saya menggunakan mekonie.com kerana mudah untuk pembaca saya ingat akan blog ini. Alhamdulillah, tahun 2016 ini saya masih bujang dan saya rasa tahun ini penuh ujian dan cabaran. Oleh itu, saya cuba untuk menjadi Mek Onie yang kuat bekerja dan anak yang baik serta rajin. (InshaAllah)


Tentang umur saya, biarlah orang yang mengenali saya tahu. Bukan apa, kadang-kadang perwatakan kita ini tidak menunjukkan umur sebenar kitakan?hehe.. InshaAllah InshaAllah InshaAllah saya cuba menjadi diri saya yang sebenar, berubah sedikit demi sedikit (lillahitaala). Sentuh bab siapa diri saya sebenarnya ini memang tidak perlu untuk diceritakan tetapi saya ingin mengambil kesempatan untuk mengatakan bahawa saya blogger dan tidak semestinya saya sombong. InshaAllah kalau orang baik dengan kita, kita baik dengan orang tersebut. Tak perlu malu/segan untuk menegur saya kerana saya pun insan yang biasa (cewah). Panggilan paling glamour adalah 'Mek' (hehe) . Paling sangatkan? -..-"








Genap 6 tahun saya berada dalam dunia blogger. Siapa kata takde naik turun? Ada. Cuma pandai atau tidak sahaja untuk kita kawal diri sendiri. Alhamdulillah juga. Niat perkongsian saya di blog ini dapat membantu orang ramai dalam beberapa masalah. Apapun, dalam dunia blogger saya tidak mengejar populariti dan biarlah kita berusaha atas niat lillahitaala dan untuk bangunkan diri kita sendiri. 



Mek Onie di media:-


Event sepanjang bergelar blogger:-



Harapan saya untuk tahun ini?

InshaAllah,saya nakkan yang terbaik. Saya jadikan blogging ini sebagai hobi dan andainya saya ini ada tersombong dengan mana-mana blogger atau bukan blogger please tegur saya dengan cara berhemah. Andainya kita selisih bahu di mana-mana tegurlah saya,saya tak makan manusia,saya makan nasi dan budu sahaja,haha. Till we meet again sayang-sayang semua. 


For any review,sponsorship,enquiries,interview (as a blogger) or invitation please email me : letopink@yahoo.com


You May Also Like

20 comments

  1. kann. sepp sikit mekk. kita buat lek buat peace je tak kawen lagi sekarang. hahahahah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...iolah,tapi selalu je doa semoga jodoh dipercepatkan,eh :P

      Delete
  2. mek onie sombong la ngn kite . hahaha . tade la. gurau jek . kene menuntut dengan mek onie ni pasal blog . sudi ke nak jadi sifu ? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah, sudi sangat awaknya... selalu-selalukan lah bertanya pada onie,hehe

      Delete
  3. Sape tak kenal mek onie? famous kowt! Seronok kwn ngan onie, tak kedekut ilmu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi nisssssssssssss, tang famous tu janganlah tulis,segan kita T_T

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah, tahun 2010 kita score untuk blogging,muahahaha..overkan?

      Delete
  5. Mc'Au ! Nama ni la si Ana selalu duk terlepas cakap bila nak sebut nama Onie. Hahaha. I used to it dah. :D

    ReplyDelete
  6. sgt hebat... semoga tahun akan dtg lagi bertambah hebat

    ReplyDelete
  7. Mek Onie memang hebat dah, Mek Nad ni tah kemanaa hahaha

    ReplyDelete
  8. Hai Mek Onie.. Salam perkenalan..... Terima kasih sudi berkawan dgn saya....

    ReplyDelete
  9. Salam mek onie...tergerak hati nak bw sini...seronok akak baca psl men onie ni. Nice to meet u!

    ReplyDelete
  10. hebat mek ni...nak masuk paper gak..ehhee

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum mek onie. =) first time singgah sini. menarik crita criti kt sini. ^_^ semoga bermanfaat jua bg yang membaca. salam kenal ;)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..hi,mek onie..akak dtg setelah sekian lama menyepi..tp dtg jenguk2 je..blog akak masih tetap sepi..heh..

    dah jauh perjalanan onie dlm dunia blog..akak doakan mek onie selalu success ya..InsyaAllah satu saat & ketika nanti akak akan ikut jejak langkah mek onie..doakan akak~ =)

    geng blogger dolu2,
    Kak Sal a.k.a missfroggy~ ;)

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..