Tips membina keluarga yang bahagia


Assalamualaikum semua. Allah..lama sungguh tak meluangkan masa dengan blog sendiri,sibuk ke sana ke sini.. dengan laptop problem..dengan internet problem..Stressssss. Kepada pembaca setia blog letopkeypad ni mohon bersabar,sebab aku memang banyak cerita nak cerita kat sini dan aku tahu aku memang syok sendiri dan tidak pasti adakah pembaca tidak bosan dengan penulisan aku?haha.. takpe,aku menulis atas dasar hobi dan minat. Hadirnya pembaca adalah satu bonus kepada aku dan thanks a lot readers! appreciate it :D


Ah,terpanjang mukodimoh.
Over 
over 
over !


Rujuk kepada tajuk di atas, aku yakin dan pasti sangat semakin hari semakin ramai sahabat dan rakan blogger menginjak ke alam perkahwinan. Aku yakin ujian dan dugaan setiap pasangan berbeza-beza dan aku yakin Allah beri ujian dan dugaan mengikut kemampuan masing-masing. Baru-baru ini, kes toreh muka seorang gadis semakin popular dalam kalangan 'kaki social media'.(Jangan viral atas dasar trafik dan duit la ye korang,huhu...jaga aib mangsa juga) Tapi aku tidak ingin mengulas panjang hal itu. Apa yang aku ingin sampaikan adalah tips..ya,even aku tak kawen lagi..kadang-kadang aku ambil 10 - 15 minit untuk baca kisah rumahtangga. Kisah sahabat yang sudah berkahwin. Dari situ aku belajar serba sedikit tentang alam perkahwinan.



Sebelum aku terlupa, aku ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat pasangan ini. Ala, yang pengantin perempuan tu sekelas dan pernah sebantal masa zaman praktikal di penang. Hei, bahagia tengok korang ! Semoga segala ujian yang ditimpa anggap sahaja ianya adalah satu proses korang dalam alam perkahwinan. Hannah,mohon jangan garang-garang dan umar ( mamat ni suka cari pasal dengan aku) mohon jaga kawan aku bebaik ! Love u .



Antara tips yang aku berminat untuk ulas adalah:

  • Niat :-
Di mana, dari niat inilah bermulanya sesebuah perhubungan. Baik perempuan mahupun lelaki. Atas dasar apa korang nak mengahwini seseorang itu? Mampukah setiap pasangan menjadi pasangan yang terbaik? Tanpa berniat dan berdoa kita tak mampu menjadi pasangan yang terbaik. Contoh kalau kawen sebab kepentingan. Hei,baik tak payah. Pasangan begini sebenarnya adalah pasangan yang tidak pernah hargai sesebuah perhubungan.


  • Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang :-
Nasihat adalah salah satu tips keluarga bahagia. Pimpin isteri, salah silap isteri ditegur dengan penuh kasih sayang. Bukan dengan cara herdik. Sedih wei kalau kena macam tu,emmm.. Masa untuk tegur isteri pun ada masa dia. Waktu terbaik adalah masa isteri tengah beristirehat, waktu bersiar-siar,minum petang dan waktu tidur. Kalau tegur masa isteri buat kerja rumah,time busy.. emmm,kemungkinan besar akan ada perselisihan faham. Tapi,lain orang lain caranya juga. 


  • Kawal perasaan stress :-
Yup, kalau aku. Aku memang cepat stress. Semoga bakal suami faham aku dan cara nak atasi stress ini adalah dengan pergi beriadah, tengok benda-benda yang tenang seperti pantai (yess,aku memang suka pantai) ,solat dan yang pasti maafkan semua orang. Adakala hati kita resah. Thats why la memaafkan semua orang adalah tips terbaik terutama dalam alam perkahwinan. Baik buruk pasangan terimalah seadanya kerana sejauh manapun mencari yang sempurna tetap tiada,jadi..sempurnakanlah yang mana ada :)




Jika difikirkan balik, bukan 3 tips di atas sahaja untuk membina keluarga bahagia. Banyak lagi dan sebelum melangkah masuk ke gerbang perkahwinan memang wajib kita tak kira perempuan tak kira lelaki. Wajib kentalkan diri dari segi mental dan fizikal. Heiii,nak kahwin ni bukan satu mainan masa zaman ko bercinta monyet tu haaaa...ini teman hidup...teman sekatil...teman sepoket..teman mengadu..teman bergaduh.. jadi, kepada mereka yang sudah bersedia..percepatkanlah....



Saya?Awak semua doakanlah,hehe..

4 ulasan:

  1. wow. khelas la dah boleh buat entry keluarga bahagia lagi,... urgh

    BalasPadam
    Balasan
    1. entri ni sebagai panduan buat diri sendiri juga bila dah kawen nanti,haha...jangan la tegur gitu oiii...haha...tahu la i bujang lagi,ingat orang bujang takde perasaan ke nak update tips begini,bhahahahhahahaha...awak,saya doakan awak pun cepat kawen tau ! :D

      Padam
  2. akak baru 5thn kawen.. yg penting bertolak ansur, sabar. buat benda yg kita suka mcm zaman belum kawen. masih menonton wayang, jalan pegang tangan walaupun anak br 2 org...

    BalasPadam
  3. semoga tips nie bermanfaat.. yeayy bt yg bru nk tu mungkin boleh praktikkan

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..