"Pertama kali 7 Eleven ditutup akibat banjir" - kata adikku

by - January 07, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Amboi tajuk kau mek..Actually tajuk ni buat aku teringat pada adik aku fuad (ad) yang sedang berada di kelantan ketika banjir. 

Bagi mereka yang belum mengenali aku,aku berasal dari kelantan dan mempunyai saudara mara,adik dan tok nenek di sana.


Tanggal 26 Disember 2014, pagi tu aku bangun dengan harapan banjir di kelantan surut,namun.. aku semakin mengikuti perkembangan banjir di media sosial dan berita-berita di tv, cuba call saudara mara di sana dan kesemuanya 'makcik 24 jam' jawab..Perasaan time tu memang Allah sahaja tahu, kami saudara mara di perantauan terus resah gelisah, dimana kalian semua, selamat ke kalian? 


Alhamdulillah,keesokan harinya kami dapat berhubung dengan mereka. Adik aku, pakcik makcik.. semua selamat.. Cuma kerosakan dari segi harta benda kami tak berapa pasti lagi, cuma alhamdulillah sangat .. Semua selamat..


So, 1.1.2015 kami pulang ke kampung,kelantan. Yup,kali ni memang pengalaman pertama yang sangat sangat sangat bermakna buat aku. Sepanjang perjalanan balik kampung apabila masuk daerah gua musang, Allahurabbi ! Tak sangka.. Setiap rumah.. setiap persekitaran seperti padang jarak padang terkukur, masih ada sisa banjir . Harta benda berselerak. Rumah tinggal tangga. Ada yang tidur ditepi jalan. Ada yang beratapkan langit berlantaikan tanah/daun. Ada yang makan ditepi jalan. Ada yang menunggu ditepi jalan meminta bantuan. :'(


Perasaan aku pulang ke kampung adalah bukan satu perasaan yang gembira seperti pulang beraya. Tak! Perasaan yang aku maksudkan adalah hiba,sebak .... T_T
*aku rasa, yang melalui perjalanan ini pasti akan terasa


Andai perasaan itu boleh direcord ,hmmmmmm..tapi tulah,Allah sahaja tahu perasaan aku dan keluarga masa tu. Biasanya ada jugak aku tidur sepanjang perjalanan pulang ke kampung,tapi kalini takkkkkkkk.. aku hayati,aku fahami apa yang sedang berlaku..






Paloh Rawa

Sampai kampung sebelah umi aku, Allah.. sepatutnya halaman ini bersih,ceria..tapi huru hara,bersepah...alhamdulillah jugaklah, rumah masih ada berbanding mereka yang tinggal tangga dan langsung tiada rumah. Entahlah weh, sesampainya aku di rumah ini.. tiba-tiba air mata tak dapat kawal. Nampak kesan air pada dinding hijau depan sekali tu? yup, air sampai level tu, itupun..atuk aku berkeras taknak keluar dari rumah ni . Allah.

Nasib ada ad yang pujuk tok ayah dan tok mek.






Harta benda yang tak dapat diselamatkan dan kami anak cucu pak mat tahir akan merindui setiap barangan yang ada dirumah tersebut. 





Hanya kenangan.





Kerusi. Tilam. Toto. Cadar. Bantal golek kesukaan. 
Semua punah.






Yang tinggal hanya ruangan yang kosong.


Keesokannya, kami sekeluarga mengerah tenaga untuk membersihkan halaman dan pinggan mangkuk di belakang sana. Start pukul 11pagi dan berakhir jam 4petang. 





Dan terus ke rumah mak saudara di tanah merah. Keluarkan segala harta benda dalam rumah untuk bersihkan bahagian dalam dulu. Allah. Penat tapi berbaloi sangat. Sebab time ni dapat eratkan hubungan silaturahim. Buat kerja dengan riang walaupun dalam keadaan begini. Aku yakin,saudara maraku serta seluruh rakyat kelantan tabah dalam mengharungi ujian ini.


Level air rumah makcik aku lebih kurang 1.7 meter. Habis perabot dalam tu. 
Rak Al-quran, perabot dan meja.
Habisss punah ranah.






Baju.





Keperluan dapur.
Time ni weh, aku rasa nak pengsan. 
Start pukul 10pagi dan berakhir 6petang.
Tu pun tak habis sental lumpur tu.
Dengan cacingnya,katak,bau...euwwww..
Redha saja.

Tulah adik aku ,ad. 
Dia,sepupu dan pakcik aku harung air paras leher demi nak tengok atuk nenek selamat ke tak.
Pada mula tu, adik aku,sepupu dan pakcik nak bawak balik nenek ke pusat pemindahan...tapi disebabkan paras air terlalu tinggi,mereka redha tinggalkan atuk nenek di tanah merah (rumah tinggi dan yakin selamat disitu)
Aku tanya adik aku, 'weh, gano perasey mung time harung air?"
Pah adik aku jawab.. 'nyawo time tu 50-50'


Fuh! aku yang dengar dah naik bulu roma.
Takpelah ad, semoga ad tabah..belajar dengan ujian ni..
dan kaklong harap,ad jadi orang yang beriman..
jago tok ayoh nge mek molek di kapong deh.
Ayoh tok berapo segar lonih terrrr...


*tetiba sebak pulak,padahal dah kawal emosi masa menaip ni :(



Dan, untuk bantuan luar.. aku berterima kasih sangat.. kerana korang adalah rakyat yang sangat prihatin dan pemurah. InshaAllah,suatu hari nanti,Allah pasti balas budi baikmu. Terima kasih banyak dan kepada mangsa banjir .. aku yakin, hampir kesemua trauma dan emosi mereka agak terganggu akibat banjir,namun ..aku yakin... Allah masih bersama kamu semua. InshaAllah.

Sampai kat aku,jadi trauma bila hujan turun,lillahi ambo oyak..


Itu sahaja, aku tak mampu nak bercerita panjang, takut emosi terganggu lagi,Allah~

Usah kita ratapi apa yang berlaku,tapi jadikanlah peristiwa ini suatu pengajaran dan kekuatan untuk membina kehidupan semula. Pasti ada hikmah yang Allah sedang atur untuk kita semua,wallahualam-Mek Onie


Salam sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

17 comments

  1. ya allah sedihnya onie. nik yang baca ni dapat bayang macam mana keadaan kat sana. Nak balik hujung bulan ni, harapnya dpat bantu yang mana sempat.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, tak dapat maria gambarkan perasaan mcm mana, Tabah la kak mek semua ujian ada hikmah. In Sha Allah :')

    ReplyDelete
  3. sabarlah Onie & keluarga. semua ini ujian dari-Nya

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum onie, sebak sheila baca ni onie. Allah. tak tergambar camne perasaan mangsa2 yang lalui semua ni. Allah.. semoga mereka semua tabah menerima dugaan ini... T__________T"

    ReplyDelete
  5. allahuakbar...moga segala urusan dipermudahkan...moga dikeluarkan dr sebarang kesulitan

    ReplyDelete
  6. moga semuanya tabah mghadapi dugaan Allah...

    ReplyDelete
  7. Sebaknyaaaa kita baca entry ni , tabah ye awaaaaa.

    ReplyDelete
  8. sedihh mek baca cerita ni. kita pun masa tak dapat tepon famili dekat pahang dah tak senang duduk. risau tu memang allah je yang tahu sampai tak boleh tido. moga allah permudahkan segala urusan :D

    ReplyDelete
  9. allahu,, semoga fmly mek onie tabah yer.. setiap dugaan tu pasti ada kebahagiaan..

    ReplyDelete
  10. mek onie keep strong ye . kami sentiasa doakan mangsa bnjir kat sana .

    ReplyDelete
  11. Rumah Queenpink pun baru lepas kena banjir.

    ReplyDelete
  12. Ya allah mek..semoga family mek baik-baik je dan tabah..

    ReplyDelete
  13. fuh paras kepala. sabar lah ye onie.

    ReplyDelete
  14. semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik =))

    ReplyDelete
  15. singgah sini . Done follow ! follow back please .

    ReplyDelete
  16. yang membaca pun dah rasa sebak sangat..moga Allah mengurniakan sebaik2 balasan atas kesabaran dan menggantikan kehilangan harta banda dengan sesuatu yg jauh lebih baik lagi, insyaALlah.

    ReplyDelete
  17. Sabarlah dengna ujian yang melanda. Ada hikmah di sebaliknya

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..