Tanah Aina Cafe dan Ladies Fitness Centre di Shah Alam

by - February 13, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang . Sabtu lepas aku pergi sebuah cafe dimana namanya tidak asing lagi bagi pencinta alam. Lepas dengar nama Tanah Aina,aku teringat..masa perjalanan nak pulang ke kampung aku terpandang satu signboard di highway karak-bentong.. homaiiiiiiiiiiiiii,betapa terujanya aku masa tu, inshaAllah satu hari akan sampai juga di sana. Untuk pengetahuan korang,aku pun pencinta alam yang sentiasa tenang bila tengok hutan dan air sungai. 






Kafe Tanah Aina Cafe
8.2.2015
Sabtu


Tanah Aina Cafe
Wisma Tanah Aina
No 1, Jalan Mesra 1,
Taman Mesra Batu 3,
Shah Alam,Selangor

+603-5524 3258


Seberang KTM Batu 3 dan berhadapan dengan Federal Highway
Boleh Waze ye encik puan ;)





Korang dah biasa dengar eco-resort Tanah Aina ni kan? Sekarang,ada satu lagi tempat yang mampu mengenyangkan perut dan spent time with ur family iaitu di Kafe Tanah Aina ,Batu 3 Shah Alam je... Bagi aku lokasi yang owner ni pilih sangatlah bersesuaian bagi sesiapa yang mahukan ketenangan. Aku pelik jugak, kenapalah owner dia pilih tempat ni. Bila berkesempatan untuk bertanya pada pengusaha iaitu Yg Berbhg Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil tentang lokasi yang dipilih ini barulah aku tahu, bukan eco-resort sahaja yang memerlukan lokasi yang terperuk dalam hutan tapi kafe ini pun turut serta kerana setiap pemilihan lokasi mempunyai sebab tertentu pemiliknya ;)


Antara sebabnya:
  • Pengusaha Kafe ini lebih sukakan bangunan lama
  • Ada kehijauan seperti tumbuh-tumbuhan
  • Dah tentu dekat dengan rumah pengusaha kafe

Dan sebab di atas juga Puan Sri tidak memilih lokasi kafe ini di ibu kota di mana bila sebut ibu kota, sudah tentu noisy place right? Puan Sri, u are right and as long as people know ur cafe ,they will come ... 








Kafe ini telah dibuka sejak sebulan yang lalu, baru lagi tapi masa nak balik... hampir penuh dengan pelanggan yang berkunjung di kafe tersebut, tahniah Puan Sri,u deserve it ;)

Fyi, Puan Sri also known, The President for PEKA (Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia) .Very Inspiring me bebeh ! U know what, Puan Sri can to be a chef,an interior designer and yes,mother! If u lucky, maybe ur lunch or dinner will be serve by Puan Sri from Main Dishes to Desert. Sebelum aku terlupa, Puan Sri sangat suka baking dan korang kalau datang Kafe ni please jangan lupa try kek Puan Sri ok?


Nah muah sikit!





Kami diperkenalkan dengan Menu yang ada di Kafe Tanah Aina.





Nasi Goreng Lesung menjadi tarikan utama kami semasa ke sini! hihi... Selain itu, desert yang di sediakan di atas congkak pun very classic and traditional gitu !!! Yang desert atas congkak tu yesssss uols boleh pilih menu tersebut dan lepas habis makan bolehlah main congkak tu haaaaaaaaaaaaaaa! I'm wondering,why eh ada guli ..ingat dorang present sesaja... sekali haaa...ada sebab dia! Lambat la ko mek :P


dan banyak lagilah..





Yessss! dengan seorang wanita yang gagah perkasa,pencinta alam, presiden PEKA dan ibu kepada salah seorang anak juga pengusaha kepada kafe ini iaitu Farhana yang sama-sama membangunkan kafe tersebut. 




dengan kesayangan yang sememangnya sempoi gila babassss...
dari kiri: iday, ayue idris,hannah sytieh, jolina banos dan maria hasun.





Selain makanan,eco resort.... heiiii... Ada jugak Ladies Fitness Center tau uolsssss... Puan Sri bukan sahaja pencinta alam,suka baking dan masak,tapiiiiiii exercise pun menjadi minat Puan Sri. Heiiiii studio dia ohsem gila kot weh,masuk je terus rasa nak dancing-dancing,aummmmmm... geram... nasib baik ada bapak-bapak,kalau tak makin membuas la aku kat studio tu,mihmihmih...

Bagi yang nakkan 3F (jeng jeng jeng,apatu 3F kan?) korang boleh hubungi:-

Farhana- 017-767 1988 / Maz - 016 - 996 8002

Sebab kenapa korang perlu pergi Ladies Fitness Center ni?
  • Studio Luas baq hangggg
  • Loker dan bilik mandi pun disediakan oiiii
  • Free parking !
  • Pengajar yang berpengalaman.
  • Boleh lek-lek layan makanan di Kafe Tanah Aina .
Kat mana tempat dia?
  • Tak payah nak gerak jejauh sebab Ladies Fitness Center ni satu bangunan dengan Kafe Tanah Aina di mana ia turut dikenali WISMA TANAH AINA ^___^ So,dekat dah lah kan? Aku pun dah rasa meroyan nak pegi ni,sebab first time masuk studio dia beraso supo nok lepa dode dode T_T Suko berdoos sebab luas!





Photo by kak ayue idris


Photo by kak ayue idris




Antara blogger yang turut serta. Dorang pun excited gak macam aku, haha... sebab? tempat dia nice gilaaaa, makanan  nice gila...jap lagi aku bagi bintang k?


dan juga kepada blogger lain yang turut serta.





Akhir kata saya, terima kasih banyak-banyak Puan Sri kerana menjemput kami ke sini serta siap ada goodies ,kek yang dibuat sendiri oleh Puan Sri,haaaa... comel tau Puan Sri ni,hihi.. dan paling tak lupa tocei to hai blogger very muchie. Takde hai blogger tak kenal la kot kami dengan Wisma Tanah Aina yang super awesome ni kan :)





Kali ni aku nak bagi komen sikit tentang Kafe ini:-
  • Agak tersembunyi Wisma Tanah Aina
  • Semua masakan dia 100% takde bahan pengawet dan MSG wehhhh,haaa...barulah makanan sihat uolsss// 
  • Servis 3/5 : InshaAllah aku akan update lain selepas aku ke sini lagi sekali tanpa dikenali sebagai blogger :)
  • Harga bermula RM4-RM39 ,so reasonable la kan?
  • Dekorasi yang sangat lawa dan tenang seperti berada di satu tempat yang sangat tenanglah orang kata,hihi..
  • Dari kafe,Ladies Fitness Center merupakan satu pengusaha yang sama.
  • Makanan masa aku pegi ada yang rasa dia light-light gitu..
  • Korang kena try pengat durian tu k, sebab paling mabelesssssssssss ..
  • Menu paling special adalah Congkak including tea or tea. Yang congkak tu bukan sekadar congkak je wei... dia ada sediakan desert sekali (refer gambar atas ok?)
  • Okay, 4/5 bintang acik onie kasiiiiiiii.....
  • InshaAllah akan ke sana lagi untuk try menu western,sebab aku ni suka makanan western,haaa...hilir nau kau :P


Jangan lupa singgah Wisma Tanah Aina okay, confirm tak menyesal baq hianggggggggg ;)



Separuh Photo by Islam yang super pro photog,bang.. pakej fotografi kawen ada memurah ke bangggggg?haha

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


You May Also Like

7 comments

  1. Assalamualaikum onie, wahhh bestnya.. sheila pun dah dalam aim nak pergi Tanah Aina.. suka alam semulajadi, tapi tunggu adam besar sikit. biar dia suka sekali join duduk hutan. hehehhee makanan mabeles, terliur kita ~~~

    ReplyDelete
  2. unik sangat makanan dalam congkak tuu ^^

    ReplyDelete
  3. pergh siap ade fitness..leh kurus2 dulu pastu makan..hehe

    ReplyDelete
  4. Suka dengan kata-kata owner pasal alam sekitar..... hope lepas nie dapat buat review dekat resort dia pulak kan....tapi pengat durian itu memang paling best

    ReplyDelete
  5. Review yang sangat best, memang mencari tempat yang jual makanan tanpa msg ni, tq tau, salam kenal :)

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..