Tips pemilihan Veil - Raudhah Shawl Store

by - February 26, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. So sesuatu tajuk kau mek,haha... Kali ini aku nak sembang kisah veil,haaaaa... actually, aku ada pasang niat nak buat veil sendiri tapi masa untuk praktis selalu mencemburui aku. Dah lama sangat tak pegang dan gunting kain. Terasa kekok pun ada. 



Pemilihan veil ni sebenarnya bergantung pada diri sendiri. Rasa banyak duit boleh la tempah dengan orang. Rasa nak bajet boleh la buat sendiri. Tapi bagi aku,aku prefer untuk buat sendiri sebab nak cut cost. Makanya, inshaAllah nak dekat kahwin nanti aku buat sendiri,tapi......... (silalah baca sampai habis)




Aku rasa ramai juga orang google tentang tips pemilihan veil ni,lelagi bakal pengantin. Kenapa eh korang google tips pemilihan veil? Korang tak yakin eh dengan apa yang korang pilih? Kenapa mesti nak kena cari markonah google juga? Jawapannya, pendapat.




Aku pun kadang suka jugak google. Contohnya, 'kenapa lelaki itu tidak mencintai aku?' hahahahahahahha...epic nau contoh aku tu.. kadang,apa yang kita google tu kadang-kadang sangatlah berguna. Aku tak faham kenapa ramai orang still suka bertanya tanpa mencari dahulu sebab musabab. Google kan ada,huhu..but,at the same time, google make me dnjdsjbhwsbds,haha...


*dah,back to the point

Shawl Ratu

Tips pemilihan veil:


  1. Bentuk wajah
  2. Bentuk badan
  3. Baju nikah dan baju resepsi
  4. Bentuk veil
  5. Bajet


1. Bentuk wajah

Macam aku,muka aku bentuk oval (kot) ... so,jenis bentuk muka aku ni memang sesuai untuk semua jenis veil. Tak kisah la veil tu jenis panjang ke tebal ke nipis ke, yang pasti muka aku memang sesuai untuk semua jenis veil *depend on design


2. Bentuk badan

Aku rendah,kurus,comel-comel gitu dan jenis bentuk badan aku ni memang sesuai veil jenis panjang paras pinggang sahaja. Tak boleh labuh sangat,takut nampak aku makin rendah,takmo kita...tak cantik gambo,kbai :P



3.Baju nikah dan baju resepsi

Pastikan warna veil dan baju bersesuaian. Pandai pilih naiklah warna baju nikah/resepsi korang. Tapi biasanya, baju nikah ni orang suka pilih warna yang soft-soft gitu.. Baju resepsi baru pilih warna yang 'nyelarrrrr' . Kalau boleh jangan samakan warna veil dengan base baju korang,tapi haruslah sepadan biar dalam gambar warna baju naik dan cantik. Hei,sape taknak cantikkan :P




4. Bentuk Veil

Aku kadang pergi kenduri orang aku suka usha veil dorang,haha... kadang ada yang kena dan ada yang tak kena bergantung pada bentuk veil tu.. Sekarang ramai yang suka memilih design halfmoon yang aku rasa memang menjadi pilihan bakal pengantin di luar sana.




5. Bajet

Dah kalau upah dengan orang,mestilah kena pandai bajet. Pastikan pilih design mengikut bajet anda. Aku rasa untuk nikah tak perlu nak crowded sangat veil nya tu haaaaa... Nikah biasanya simple sahaja dan fabrik yang sesuai dijadikan veil adalah chiffon silk,chiffon georgette atau net. Jangan gunakan fabrik yang tebal atau keras sebab drep tak cantik nanti T_T






Shawl Ratu by Raudhah Shawl Store : Boleh dijadikan shawl atau veil ^_^

Dan Raudhah Shawl Store, terima kasih banyak-banyak kerana bagi hadiah shawl (atas ni) yang sangat berguna di masa depan nanti.Selain shawl, aku memang target nak buat veil pun :P Adakah warna ini akan menjadi tema resepsi aku?cewah! berangan sangat kau mek,haha...Abg bugis dah kawen ada hati kau nak mimpi kawen dengan dia eh mek?pigilah,haha...Fyi, aku memang suka gila dengan design dorang,menangis kegembiraan bila dapat veil ni. Besttttttttttttttttttttttt! 


Thanks again Nauf!


Facebook: Raudhah my
Instagram: @raudhahmy

Sebelum aku lupa,sape nak jadi stokis raudhahmy boleh roger kat facebook raudhah my tu k :D


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


p/s: (sambungan dari tapi yang atas tu.....)tapi dia dah kawen rupanya,aku ingat dia bujang ... anyone yang sudi mengisi seinci ruang cinta,rindu dan sayang di hatiku? wakakakakakakaka...ada jugak minah kena lempang ni kang :(

You May Also Like

12 comments

  1. bentuk muka i x sesuai dgn shawl ni

    sobs

    ReplyDelete
  2. serius memang cantik . harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  3. Ya Allah cantiknyaaaaa. Teringin nak beli satu tapi nak pakai masa bilanya kan kan kan sobs. Kawen lambat lagi

    ReplyDelete
  4. kita pun suk ush veil orng beli pi kenduri kawen. cari ilham kononnyaa bila mengusha. hahahaha :P

    ReplyDelete
  5. suka veil yang simple tapi nampak wow yet sweet. :)

    ReplyDelete
  6. lama lagi kot saya nak nikah. kahkah, result SPM pon belum terima. but thanks for the tip.

    ReplyDelete
  7. Yep, sometimea colour combination veil tu ada yang tak kena. People should be aware of it lagi lagi pada hari kawin. Nice tips gal!

    ReplyDelete
  8. Cmne nk jait veil cm raudhah shawl..bhgn depan dy keras cket.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..