Glam Hijab Fashion & Beauty Festival 2015

by - March 10, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yeayyyyyyyyyyyy bersua lagi kita nahhh,kikikikiki... terlupa nak cerita satu benda lelagi untuk pencinta fesyen dan kecantikan serta para peniaga. Entri ni khas untuk korang dan aku pun sebenarnya minat fesyen sebab dari aku form 4 sampai diploma aku belajar pasal tekstil dan fesyen. Disebabkan ada benda best,aku rasa memang patut share jugak dengan korang! hehe..



Nexttttttttttt event untuk pencinta fesyen dan kecantikan iaitu Glam Hijab Fashion & Beauty Festival 2015 akan berada di Menara Felda. Korang takkan rugi,sebab tempat event kali ini akan diadakan di tempat yang sangat mewah,cantik dan selesa. Untuk pengetahuan korang semuakan, Menara Felda ini adalah pertama kali dibuka oleh orang ramai. So,korang takkan tak excited lagikan?hihi..



Bukan tu je, dijangkakan 1 juta pengunjung dari seluruh Malaysia dan Negara Jiran bakal ke festival ini bagi memeriahkan majlis ini dan tak lupa juga uolssssss... artis pun ada tau,hihi...Bagi korang yang tak tahu lagi tu kan, festival ini ada konsep dan tema dia iaiti "Seni Melayu" bersama-sama dengan pertunjukan kebudayaan seperti mainan gamelan dan sebagainya.



Selain daripada pertunjukan, banyak lagi aktiviti yang aku rasa sangat-sangat berbaloi untuk korang pegi antaranya adalah korang boleh shopping alat mekap/produk kecantikan, busana muslimah serta aksesori wanita dan akhir sekali peragaan juga akan dilakukan oleh pengendali booth. 










Bagi para peniaga,korang pun tak ketinggalan jugak tau untuk turut serta menjual barangan anda. 

Jom booking booth sebelum habis!!!!!!!!!!!!!

  • harga bermula dari RM2000 untuk 2 hari. 
  • Keluasan booth 3mtr x 2mtr


Segala tempahan booth boleh hubungi:

Cik Zalikha
011-2332 7191 




Kelebihan jika hadiri festival ini:-

  • Dapat membeli belah.
  • Dapat berjumpa artis
  • Dapat berkenalan dengan pengusaha produk.
  • Berpeluang menjana pendapatan.

Untuk makluman anda, publisiti akan dilakukan secara meluas melalui media nasa dan elektronik dan aku rasa korang mampu menjadi setanding mereka. Mana tahu ada dropshipper yang mempunyai cita-cita tinggi untuk mengorak lebih jauh ;)


Jumpa korang di sana :)
Untuk maklumat lanjut: https://www.facebook.com/glamhifab


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

4 comments

  1. eh. ni opis kaksu ni! kaksu kerja felda
    heeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. apalagi kaksu,serang la nnt,kekekeke

      Delete
  2. kalau muja peniaga, mmg tak lepas dah peluang cenggini

    ReplyDelete
  3. Nak pergi! Suka kumpul tudung plus shawl. Aarrgghhh tak sabarnya

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..