Kurang ke Event

by - March 22, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Ishhhh korang,tak lama lagi nak GST dah kita kan. Sah-sah yang bekerja tu busy duk upgrade sistem, update kerja semasa, mintak hutang kat customer,haha... Padiapa sungguh. Law negara uolsssss,nak membantah pun takut negara tak majukan,haha.. So, sebut pasal update kerja semasa, sekarang ni aku rasa nak hempas-hempas semua file dalam office kecik tu. 




Satu hari aku nak check file dari supplier. Nak tengoklah apa bill yang belum bayooo..sekali aku baru perasan ada satu file hilang dan aku perasan ni bila aku masuk kerja selepas kerja on off selama 2 minggu sebelum raya cina tuari. Maklumlah,time tu tak berapa nak sihat sangat,so mood nak buat kerja memang non hado la kan. Lepas pada masuk kerja balik tulah aku perasan ada satu file hilang dan aku syak accountant aku curi. Bukan syak dah kot,memang ia. Sebab dia je yang tengah siapkan kerja untuk full set account. Stress bhaiiiiiii... Time aku cuti sakit dia datang sehari dua pastu bila aku masuk kerja balik terus dapat tahu dia dah blahhhh macam tu je, Aku call tak angkat. Aku whatsapp memang tak ah dia nak reply, Kesialan apalah perangai macam tu. Tu baru menyusahkan orang namanya tu.



Okay, bagi aku masa sikit,aku nak bebel. haha.



Bila kes tu jadi, aku macam nak menyumpah semua orang! Takkan ah masa aku tak masuk kerja tak boleh alert langsung dengan benda macam tu. Staf bukan ramai pun weh, 2 orang staf 1 bos. Ko ghase?susah sangat ke nak jaga?haha... CCTV hado pun macam takde function langsung je weh. Ko tahu,aku ni hari-hari hadap dengan barang yang dari ringan ke berat,dari kecik ke besooooo.. Haihhhhhh, 3 tahun aku kerja situ.. aku rasa perubahan dalam company tu memang emmmm..




Takde perubahan tapi kenapa ko tak berhenti je mek?

Sebab dia? Dekat dengan rumah aku la weh,5 minit je haaaaa. Gaji pun aku rasa okay dah kot. Tapi masa bekerja memang panjang la baq hiangggggggg. Tapi entah, hati aku mengatakan memang aku taknak berhenti lagi biarpun selalu aku kata kat kengkawan aku,aku nak chauuu dari situ. 


Senang mintak cuti tapi tengok keadaan. Kalau bos ada projek luar,aku ah kena jaga business dia dan seperkara lagi,ramai ingat aku bos kat situ walhal aku kuli je der.






Hardware Electrical.

Hahahahaha...ramai ingat aku student.. tapi tak tak tak,aku kerja kat hardware electrical je weh dan aku rasa ini adalah pertama kali aku sembang pasal kerja aku dalam blog. Ada je customer perangai macam ci*** perangai dia. Ada dia tanya kat aku, awak ada diploma tapi kenapa kerja macam ni? Yupppp,sememangnyaaaaaa aku sedar aku kerja di mana,tapi aku tak peduli pun semua tu.. Sebab jiwa aku dah sebati dengan barang elektrik tu haaaa.... Honestly, aku pun segan nak sembang aku kerja apa tapi kali ni secara eksklusif (POYOOOOOOOOOO SANGAT eksklusif) aku bagitau korang,tu pun kalau ada yang baca sampai sini la kan,kahkahkah...


Macam-macam aku belajar kat situ,dari cleaner sampai ah mintak hutang dengan customer dan sebagainya. ( refer sidebar aku yg ada gambar aku naik vespa tu)




So, berbalik pada cerita kes hilang file tu.... Aku fedup ah jugak, sebab nak kena cari balik dokumen yang hilang tu tapi okay ah,dah setel dah pun cuma kerja lain menimbun even kerja cikai-cikai je pun. 



Dan disebabkan kesibukan bekerja yang terlampau dan emosi yang swagging sikit, aku mengambil keputusan untuk tidak ke mana-mana event buat masa terdekat ni dan maybe berterusan? Cuma! Aku akan ke event apabila weekend sahaja bergantung kepada keadaan sebab my priorities is :-


My Faith
My Family <3
My Work 
Blogging *hobi wajib




Disebabkan semakin banyak event di luar sana, aku terpaksa memilih juga,maksud memilih aku adalah tempat dan masa. ops,sorry sebab aku rasa otai blogger pun takde nak sentuh bab ni tapi suka hati aku je nak sembang pasal ni,hahahahahaha..tapi serius ah, aku tulis apa yang aku rasa...segala salah faham korang boleh direct dengan aku terus, Takmo la eh cakap belakang, tak manis.


Tapi tu ahhhhhh, rindu gila nak ke event bagai semua tulah. Rindu ah jugak nak jumpa kengkawan blogger semua tu. Tapiiiii, aku minta maaf banyak-banyak jika aku ada mungkir janji dengan sesiapa, terover sembang,tercakap lepas, termarah-marah... huhu....dulu,memang aku gila event,semua event aku sapu,kahkahkahkah....kerja pun selalu on off,kahkah..teruknya kau mek...



The reason why...

Aku rasa,pengalaman lepas telah mengajar aku menjadi seorang blogger bertanggungjawab dan aku happy dengan apa yang aku buat. InshaAllah,jumpa lagi di lain event..apapun,aku masih menerima event sebenarnya cuma macam aku cakap la, bergantung pada masa dan keadaan.



Haaaa,tu jelah. Sorry terpanjang lak bebel. 
Sebab rasa dah lama gila tak cerita pasal diri dalam ni,kikikikiki.


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

13 comments

  1. okey la tu onnie... kita buat apa yang kena dengan jiwa.. hek hek

    ReplyDelete
  2. Sama entry kita ! Hahahaa. Inspired by ke ape. Lol. Takpe mek , ada rezeki adalah muka muka kita timbul dekat event ye tak. For now , focus keje dululah. Memang rasa frust juga kadang kadang tak dapat pergi event , tapi nak buat macam mana. Bukan rezeki nak attend time tu , dulu yela gila event. Sekarang berehat sebentar. Kasi chancela muka muka lain pula. Tak gitu ?

    p.s : asal komen aku tak cukup panjang cam komen ko ni !!! T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. weh,aku lupa nak mensi ko kat atas nad weh,haha... sep la sikit ..auwww

      Delete
  3. hahah... takpe mek...priority first! nanti dikendong berciciran, yg dikejar xdapt... hehe dah nak kawen lagi...mestilah bz xD #eyhh ..huhu apa2 pon all the best! (^___________^)V

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawen lambat lagi,abang takde lagi, tapi prepare je awal-awal even takde abang,kah!

      Delete
  4. teringin nak ke event mana2 tapi tula takde rezeki dan kebanyakkan nya semua jauh nun tengah bandar sana. mekkk kalau ada event belah penang kot kalau tak boleh pegi boleh la pass ke akak ye. kahkahkah kemain kannnn :p

    hurm hurm hurm kerja ko tu mek hurmm. tunggu aje la jadi macam yg kita2 sembang tu. sementara ni stay aje la kat situ. insyaAllah rezeki ada dimana2. ulat dalam batu pun boleh hidup. ini kan pulak kita yang dekat atas batu. gituuu kahkahkah ok la baiiii :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin gak eh?jejaga,nanti ketagih,ahahahaha :P

      tulah,bertabah jela dengan kerja tu,huhu

      Delete
  5. gambar vespa tu macam aku pernah jumpa... kat Shah alam ke?

    ReplyDelete
  6. ileks mek. buat hok mano penting dulu la..ko guano..

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..