First time main Lasertag!!!!

by - April 23, 2015

First sekali, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak pada kak nadiafarahida.com . Haaa terus aku sebut nama blog kak ya..aku panggil dia kak ya je.. seriously orang dia sangatlah humble.. berapa kali aku jumpa orangnya pun sentiasa humble. Aiyebiyu kak ya dioo... Okay, punyalah excited aku nak main lasertag,malam tu aku tak lena tido bag hang... Stress betul bila keadaan macam tu..maklumlah chuolsss, first time nak main lasertag wajiblah ada perasaan excited gitu!




Ada orang keliru umur kita, nak tahu meh baca sini :D



Kat mana aku main lasertag? Okay,cerita dia begini.. Aku main di Wangsa Walk di Wangsa Maju Ahad lepas, heiiiiiiiii... dari puncak alam ke wangsa maju kau,gigih tak aku? Demi lasertag katanya, bila lagi nak acah-acah samurai laser ye dok?haha.. Sampai je Wangsa Walk terus naik tingkat 2, okay jugak wangsa walk ni.. first time kateko ke wangsa walk, jakun sikit..haha..





Tempat aku nak main lasertag ni tingkat 2,dekat dengan wayang dan indoor game..kat area situ memang jadi tempat tarik perhatian orang ramai sebab kat tingkat 2 tu banyak game boleh korang main. Aku geram je nak main game motor tu,emmm emmmm... 


Jyeahhh! duduk sekejap. Salam salam dengan blogger..laga-laga pipi..say hi to jejaka-jejaka.. say sayang ke baby-baby... maka pertempuran bakal berlaku. Hei gila kau time ni kan memang jantung aku degup laju nau.. seram kau...tapi sebelum pertempuran bermula,kita orang dibenarkan masuk ke laser warzone dimana tempat kita orang bakal bertempur. Ada la ambik gambar sikit untuk kenangan dan belanja uolsss tapi tulah, henpon kita tak canggih mana,so gambar ni saja la kita mampu bagi. 




Tempat paling selamat sebenarnya,hahahhaha



Keadaan dalam laser warzone.
Sorry dalam ni takde helmet tau,haha..itu milik bonikacak.com


Sebelah aku ni la kak nadiafarahida.
Akhirnya dapat jugak jumpa bunga omei ..





Kamilah sukarelawan penghapus semut hitam,haha..
Spek kami ada laser. Jejaga. 




Time ni team aku dan team lain berlawan, fuh! Aktif semacam bila duduk dalam tu.






Ya Rabbi,masa masuk dalam tu ketar lutut seh sesambil aku mintak tips dengan kawan aku yang pernah main lasertag ni.. hahaha...mana la aku nak nyorok nanti..masa aku masuk tu cerah la jugak.. Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnn pertempuran bakal berlaku tapi sebelum tu kami mempunyai 36 orang blogger yang katang dan dibahagikan kepada 6 kumpulan di mana aku kumpulan kedua. 


First game kita orang masuk tanpa ada pihak lawan, so time tu jelah nak praktis kau punya power dan sumbang tenaga. First game pun main macam orang gila, Inikan game seterusnya yang bertempur dengan pihak lawan. Choi tauuuuu bila dada i kena tembak dengan laser,bersirat fikiran i... Ada satu game tu aku dapat kosong,time tu haaaa?kosong? aku salah ambik pistol ke? atau pistol tu kurang bernasib baik? haha...Takkkk sebenarnya masa game kosong tu aku rasa game ketiga dah kot, time tu nak pegang pistol pun memang tak sado inikan pula nak berlari? last-last aku menyorok sambil tembak dari jarak jauh. Tapi tak kena pun uolsss,choi betul diri ini,emmmmm emmmmm..



Result aku selalu corot,maafkan aku ahli kumpulan aku. Aku tak sado that time,haha..kaki ni ibarat ada besi tapi tiada skrunya,haha....Tapikan korang,memang enjoy gila la oiiii, sebenarnya aku je over lari macam kena kejar hantu,walhal jalan pun okay aje..bila dada u kena tembak dengan panahan laser, uolsss redha jela,hahahahahaha... 






Apapun game ni memang terbaik !!!!!! Game alaf baru di tahun 2015 yang pernah aku main, menangis gembira hokay! Terima kasih laser warzone sebab adakan tempat sebegini rupa! Sangat enjoy!!!


Sebenarnya lasertag ni penah dibuka di IOI City Mall tapi sekarang sudah bertukar ke Wangsa Walk,jadinya yang kat Wangsa Walk ni ada la dalam usia 2 bulan. Baru je lagi tapi aku tengok ramai orang datang main ! Selain kat Wangsa Walk ni,kat Ecurve 1st Floor dan Gurney Plaza,Penang pun ada korangggggg....So, pasni dimanakah pula kita nak bertempur wahai sekalian alam?hihi



Niiii tempat laser warzone ni kan, bukan je korang main tembak-tembak panahan laser di dada,bahu dan belakang uolssss tapiiiiiiiiiiiiiiiii korang pun boleh buat birthday party,gathering,office outdoor dan tournament. Fuhhhh! Hiburkan diri begini pun dah rasa aman damai.


Harga? Ada Party Package, ada normal price dan ada student price yang bermula RM17 hingga RM60... untunglah yang student tu,emmm emmmm... worker price takde ke?hehe :P Taknak 3 4 games? oh takpe korang,unlimited games pun bolehhhh...


Emmmmm, bestnya! Tapi disebabkan diri ini jarang exercise. Maka harini pehe aku baru baik dari kesan bertempur dalam laser warzone tu,haha... Uolss jangan tiru sikap saya ok?haha... Dahhhhhhh,jom set time lasertag lagi sekali korang... Aku tak puas hati dengan point kosong aku tu,haha...malu je . Apapun tahniah semua sebab korang bermain bersungguh-sungguh dan team aku tak menang,mungkin sebab aku yang lemah ini?haha... 

FACEBOOK
www.facebook.com/laserwarzone

CALL
03-4131 0006

Terima kasih kak nadia.
Terima kasih Laser warzone.
Terima kasih ahli kumpulan.
Terima kasih korang sebab menyayangi diri ini,haha..okbai.


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

p/s: tak sabar saya nak tunggu bulan 5 awak.

You May Also Like

17 comments

  1. Dapat kita jumpa lagikan onie. Samalah kita, neves. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah,sekali jumpa dah ada anak,haaa kann :P

      Delete
  2. Sama. EMi pun first time la hari tu main laser jet. Next time confirm nak ajak kawan2 main lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emi ! bestkan...pun best dpt jumpa emi :D

      Delete
  3. first time dengar benda ni..huhu..macam paintball ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang,cuma ni tembak orang guna laser,hehe

      Delete
  4. ni mau main lagi onie paling hebak ni. balas dendam dengan markah O tu. xpe.... eh eh bulan 5 ada apa awak? kekekkkeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. heharap la kak,jangan kosong lagi dah,malu je!haha

      Delete
  5. huhu onie...takpe pelan2 belajar nanti mesti onie lagi pro...hehe..lama xjumpa onie last jumpa masa bangi golf resort rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah,lama tak jumpa akak-akak gojes onie....akhirnya jumpa pun tahun ni,hehe :D

      Delete
  6. Assalamualaikum onie, dapat berjumpa gak kita. hahaha siap lawan2 lagi. hahahhaha sheila rasa asyik terkejar onie je. pastu asyik kena kejar dengan abah careno hahahhahaha ;p

    ReplyDelete
  7. Hahah... Strategy xmnjadi...xpe next time >.<

    ReplyDelete
  8. Saje je buat kita rasa nak terjah Wangsa Walk jugak. Hiksss :D

    ReplyDelete
  9. dah lama tak datang sini.. nanti free nak try jugak!

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..