Makan-makan di Boat Noodle

by - April 07, 2015

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... Mak aiii,hampir seminggu aku rasa tak update blog! hampeh betul rasanya,haha... entahlah..minggu lepas aku banyak kerja nak buat, kerja lipat kain,kerja mengasuh anak orang,kerja sikat rambut,kerja itu kerja ini..last-last korang baca sampai ayat ni korang kena tipu dengan aku,hahahahaha...entah, busy dengan GST barangkali.. maklumlah, standby memahami lebih mendalam pasal GST,hambik kau, bajet rajin,kahkahkah...



Sebelum berlakunya GST(cewah kau), aku telah dipelawa ke Boat Noodle oleh seorang blogger yang aku rasa sudah ramai mengenalinya. Blogger yang aku maksudkan adalah Bro Framestone.. Aku tak pasti sejak bila aku jumpa bro,aku rasa time premier screening cerita 'Apa Tengok-Tengok' kot . Lamalah jugak, cerita tu pun alahai,sendu saja,tapi layan saja (tetiba),haha..Apapun thanks bro!



Disebabkan bro mengajak aku, jadinya aku okay..tapi ada jugak fikir 2 3 kali sebab bila aku google, ramai yang cakap boat noodle ni tak halal..dah sudahhhhhhh, ni yang takut aku nak pegi boat noodle kan? Sekali okay, aku pegi! Sebab? Aku nak tahu sendiri apa status berkenaan Boat Noodle ni..


Statusnya adalah:

"About the Halal Cert, Boat Noodle is currently at the last stage of application :), if not mistaken the application process needs to go through certain period of time to manage, run and test and retest on SOPs :) so its a process..."


Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,puas hati korang? So,korang boleh melantak dengan secara berhemah dan membaca Bismillahirahmanirahim serta doa makan hokay... Lepas kisah halal, aku nak annouce kat korang,minggu lepas la kan, sebelum gst,aku berlibur la sekejap kat times square pastu terus ke boat noodle times square, lokasi boat noodle ni kan agak tersorok sikit sebab aku pun tanya guard kat situ,kihkihkih... dia level 2 dan berdekatan dengan escalator nak ke wayang GSC tu.... 


Yang bestnya, aku first time pegi boat noodle dan aku agak teruja jugaklah tengok boat noodle ni haaa, sebabnya... homai, ramai gila customer, ada yang menunggu nak makan kat boat noodle,gigih tau uolsss..Aku pegi boat noodle sebab nak tau sendiri penjelasan dari staff dorang tentang sijil halal ni (sudah diberitahu di atas tadi statusnya) dan sebab kedua adalah ada menu baru la uolssssssss...bukan semata-mata mee sampan tu haaaa,hihi...



Aci tak kasi aku cerita sejarah boat noodle ni? sebab sejak aku mengarang entri ni dan sampai ayat ini masih tiada gambar,haha..so chill dulu, aku nak sembang dulu,kekekeke...Okeh! Boat noodle ni berasal dari Negara Thailand dan datang dari perniagaan yang kecil dia atas boat di tengah Thailand. Jadinya, Boat Noodle ini telah sampai di Malaysia kerana mereka mendapat ilham bahawasanya rakyat Malaysia ini selalu busy dan tak sempat makan. Makanya,wujudlah boat noodle.









Apa yang menarik dengan Boat Noodle ni adalah Mee Sampan dia tu haaa.. Aku ingat Mee Sampan ni ada satu perasa je,sekali oh okay... ada 2.. Boleh refer gambar atas ini dan aku lebih suka dengan perisa Pathumthani sebab dia ada pedas-pedas sikit. Takdelah pedas sangatkan. Apa yang membezakan mee sampan ini adalah perisa sup dia tu haaaa... ^___^




Antara menu-menu hot yang korang boleh order sampai lebam. Alahaiiiiiiiiiiiii,rindu pulak rasanya nak makan dekat Boat Noodle ni.. Sajian utama di sini adalah Masakan Thai seperti mana kalian tahu boat noodle ini berasal dari thailand . Dannnnn,kepada peminat masakan thai aku rasa korang patut ke sini dan try semua menu yang ada sebab aku pasti korang akan suka :D





Sangkaya ni bakal menjelma di restoran boat noodle. 
Tunggu jela eh :D






Baiklah, panjang dah cerita kat atas tu...aku rasa aku nak belanja korang gambar pulak, antara dua-dua ni aku suka dua-dua,hahahahahaha... Paling aku suka green tea!!!!!!!!!! dan Thai Iced Tea pun not bad gak weh,rasa dia walauweiiiii,sedap oiiii... mengidam mengidam mengidam ...Tapi selama berejam-jam aku kat boat noodle tu, hampir 3 botol green tea aku order,hahaha..sedap oiii...tengok bekas minuman dia pun menyelerakannnnnn,kihkih






Coconut Pan ni kalau dapat masa duduk tepi pantai memang puas hati gila,sedap baq hiangggg! 
Fresh terus usus perut ampa





Mee sampan dan antara dua ni ada beza dia iaitu dari kuah dan rasa :D
Mee ni korang kena makan panas-panas,kalau dah sejuk tak sedap sebab ore kelate oyak 'mee bekok tok sedak doh' . Maka,makanlah panas-panas ye..




The classic thai instant noodles smothered with slices 
of chicken sausage.crab stick and greenies.




A light snack which features fresh fried spinach that is cooked in crisp and coupled with a piquant "Soot-Yot" dip. Soot yot in Thai simply means awesome.

Kruk krak kruk krak bila makan oiiii... Sos dia sedap ;)






As the name implies,hunger pangs can have their tummy filled with this wholesome meal.





Kra Pow in Thai refers to Thai Basil Leaf. It's one of the common street food in Thailand that always win the heart of many.

Sebab ayam cincang dia tu haaaaaa,sebab tu ramai yang suka...






Wajib try ni korang,terutama penggemar seafood yang suka gila dengan pedas. Topped with bouncy shrimp and crab sticks, Woon Seb or locally known as Vermicelli is set to give an extra kick of flavors to the diners.






Tak lupa jugak,ada grill chicken meatball.
Sedap jugak ni tapi harga dia boleh tahan gak la,hehehehe


Kesemua ini sebenarnya adalah menu baru di Boat Noodle,so apalagi jom lah try korang :D




Apapun,terima kasih banyak-banyak Boat Noodle having me there. First time kot makan Boat Noodle,pasni aku rasa nak pegi, aku rasa kalau ajak adik-adik laki aku ni memang suka gila dorang ni.. Sebab makanan ni lebih kurang nak sama dengan makanan kelantan. Yummeh sangat! Apapun,aku mengidam gila dengan green tea tu,emmmmmmmm :(






Boat Noodle juga berada di

- Empire Damansara
- The School at Jaya One
- Ikon Cheras
-Berjaya Times Square
Publika
-Sutera Mall,Johor Bharu
-Gamuda Walk,Kota Kemuning
-Klang Parade
-D'Pulze,Cyberjaya


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh hubungi di:




Komen aku tentang Boat Noodle:

  • Makanan dan minuman memang tip top. Erghhhhhh,sebut minuman teringat green tea tu, rugi tak tapau hari tu. Green tea aku paling banyak order,kahkahkah..Nasib ah pundi kencing aku ni tak selalu nak terkucil,wahahahaha
  • Aku perasan sesetengah mangkuk dorang sumbing tapi hal ini aku ada juga bertanya pada mereka kenapa banyak mangkuk sumbing (pecah-pecah) digunakan untuk hidang kepada customer? Maka staff mereka jawab: Disebabkan pelanggan selalu ramai dan masa untuk membasuh mangkuk agak cepat,maka banyak mangkuk yang pecah/sumbing . Purata sebulan mangkuk ditukar adalah dalam 100++ ditukar dan setiap outlet dibekalkan sebanyak 3000++ mangkuk. Apa yang menarik, mangkuk mereka ini didatangkan dari thailand dan disebabkan mangkuk ini datang dari thailand, setiap outlet di Malaysia perlu hadkan pertukaran mangkuk. Isu hukum muslim makan menggunakan mangkuk sumbing ini adalah makruh sebenarnya dan staff mereka pun faham tentang hal ini. Jadinya, mereka masih berusaha untuk menyediakan hidangan yang terbaik untuk pelangganya.
  • Kebersihan dijaga.
  • Sijil halal masih dalam proses.
  • 85% pelanggan muslim
  • Servis mereka cepat dan pekerja mereka pun ramai.
  • Aku nak kasi 3.5/5 bintang. 
  • Boat Noodle,kau tunggu aku..nanti aku terjah lagi dengan tong-tong besar,haha...


Khop Khun Ka Boat Noodle

Salam Sayang,
Mek Onie 
letopink@yahoo.com

You May Also Like

17 comments

  1. Iday suka ice tea dia! dah la cup besarrr! Hahahaahaha Hari tu pergi 4 orang, habis RM150. Hahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana taknya,bertingkek-tingkek mangkuk,haha...tapi serius ah,air dia memang walauweiiiii

      Delete
  2. Boot Noodles ada dekat dPulze Cyberjaya. wah sebelah office je tu.. tapi sokmo x de partner kalau nak g makan... hahaha... jom onie jd partner kite . matilahnak byeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. siot punya ayat last,haha.... set time okey je oiiii

      Delete
  3. Mmg da halal eh ? Sebab 2 bulan lepas ingt na makan at Publika tapi ta jady masuk restoran sebab ragu2. Lps ny blh try. Terima kasih info ✌

    ReplyDelete
  4. untunglah mekk sempat mengasuh anak orang lgi wlaupun dah kerja. hahahahah. ehh ni entri kejam buat perut kitaa lapar. Hahahaha !

    ReplyDelete
  5. Pernah makan masa awal awal dulu duk viral lepas tu stop kejap sebab duk dengar halal tak halal. Lepas ni sambung balik ar ! Teh Ais dia pun kawwwww oi.

    ReplyDelete
  6. letopkeypad makan sediaaa badan xbesaq2 pun..hahaha..melawak jaa noo jangan marah naaa ;-)

    ReplyDelete
  7. Kakak Onie!!! Glamorous boat noodle, makanan yg trending nowadays in Malaysia. :)

    ReplyDelete
  8. nampak sedap sangat, tetiba perut menjadi lapar..

    ReplyDelete
  9. Mmm spinach tempura sounds yummy!

    http://www.theisabellee.com

    ReplyDelete
  10. macam best2 je semua makanan ni.. menarik. kena pergi cari ni. tq share. :)

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..