Perdana Trail: Berjalan Sambil Meneroka Warisan Sejarah Negeri Kelantan

by - May 22, 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yeayyyyy...bertemu lagi kisah Negeri Kelantan iaitu Negeri kelahiran aku sendiri. Ingat lagi tak kisah pengalaman menginap di Hotel Perdana tempoh hari?Walaupun Negeri Kelantan ini adalah Negeri kelahiran aku,namun aku masih banyak tempat yang menarik belum aku pergi lagi. Sungguh,perasaan aku bila pulang ke kampung adalah tak sabar untuk berada di rumah nenek aku..yup,itu memang betul,siapa tak rindukan? namun aku masih tidak tahu masih ada tempat yang lagi bersejarah untuk kita pelajari. 

Dengan adanya Program Perdana Trail ini,aku berpeluang meneroka apa yang ada sekitar Kota Bharu,Kelantan. Tidak dilupakan,terima kasih banyak-banyak kepada Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia atas anjuran ini.






Alhamdulillah, Program Perdana Trail ini telah berjaya dilancarkan pada 9 Mei 2015 di Hotel Perdana Kota Bharu oleh Pengurus Besar, Encik Muhammad Taha Zainal dengan gimik yang sangat terbaik iaitu dengan adanya dikir barat,gimik kayuh sampan seperti nelayan. Tahniah diucapkan kepada Hotel Perdana Kota Bharu kerana berjaya melancarkan program ini. 


Oleh itu, tujuan utama Program Perdana Trail ini dilancarkan adalah bukan semata-mata program berjalan kaki tetapi program ini khas untuk tetamu meneroka dengan berjalan kaki sambil melawat tempat-tempat yang menarik sekitar Hotel Perdana Kota Bharu. Untuk pengetahuan kalian,Hotel Perdana Kota Bharu ini sememangnya lokasi yang sangat strategik bagi mereka yang mahu meneroka Negeri Kelantan terutama di Kota Bharu. 


Bagi aku, program seperti ini adalah sangat menarik kerana lebih puas berjalan kaki daripada menaiki kenderaan. Mana taknya, kalau naik kenderaan sudah semestinya menggunakan minyak petrol serta masa di atas jalan raya terbuang begitu sahaja. Apapun, aku lebih suka program sebegini diadakan. Berjalan sambil meneroka ;) Orang kata senang menapak,hihi...





Okay, korang dah bersedia nak tengok tempat-tempat menarik di Kota Bharu,Kelantan? Kalau dah bersedia jom mula baca dan dalami apa yang ada di Kelantan. Sebelum tu, aku nak bagitahu..Program Perdana Trail anjuran Hotel Perdana Kota Bharu ini akan membawa korang ketempat-tempat yang menarik bermula dari :-

  1. Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan
  2. Muzium Negeri
  3. Din Tokyo
  4. Istana Jahar
  5. Bank Pitis
  6. Istana Batu
  7. Kampung Kraftangan
  8. Nasi Ulam Cikgu
  9. Bank Kerapu/Muzium Perang

Banyakkan? Kali ni aku nak cerita sekali harung sebab aku nak memudahkan korang membaca. Aku takut nanti kalau aku buat entri berepisod macam tak best pulak. Ceh, bukan tak best sebenarnya,aku takut pembaca aku merajuk sebab bila tengah syok-syok baca sekali ada entri bersambung di part 2,hahaha... *akibat kuat tengok drama kuat eh mek?hahahahahaha...




Perdana Trail: Berjalan Sambil Meneroka Warisan Sejarah Negeri Kelantan


9 Mei 2015 bersamaan hari sabtu lepas, aku dan beberapa orang blogger serta team Destination Malaysia  telaht terlibat dalam Program Perdana Trail. Bersama aku di atas adalah siapa lagi kalau bukan Pengurus Besar Hotel Perdana Kota Bharu iaitu En.Muhammad Taha Zainal yang sangat humble orangnya. Lagi best, En.Taha pun turut bersama kami semasa program Perdana Trail ini dijalankan. Terima kasih banyak En.Taha kerana sudi luangkan masa bersama kami :)







Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Perjalanan program Perdana Trail ini bermula di Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. So,kepada sesiapa yang pernah atau tidak pernah datang ke Negeri Kelantan bolehlah bertanyakan tempat-tempat pelancongan atau sejarah Negeri Kelantan serba sedikit. 






Muzium Negeri

Bangunan ini telah didirikan dalam tahun 1930-an sebagai Pejabat Tanah Kota Bharu dan kemudiannya menjadi Pejabat Majlis Pebandaran Kota Bharu. Dalam tahun 1990 pengubahsuaian telah dilakukan untuk menjadikan bangunan ini sebagai Balai Pameran dan Pejabat Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.


Di Muzium ini dipamerkan tentang sejarah Negeri Kelantan dan Kebudayaan seperti wayang kulit,mak yong dan alat-alat muzik tradisional secara umum dan satu ruang legar yang khusus untuk pameran sementara yang diadakan dari masa ke semasa.


Muzium Negeri ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan pada 6 Ogos 1990.


Kesimpulannya, bila aku kesini ...kita dapat lihat sendiri 3 perbezaan paling ketara iaitu bentuk patung, muzik wayang kulit dan tok dalang. 






Sebut tentang Negeri Kelantan, aku yakin ramai yang tahu kewujudan wayang kulit. Sebenarnya wayang kulit ini dikatakan berasal dari Kemboja dan di  bawa masuk melalui Patani,Selatan Thailand. Yup, wayang kulit ini dimainkan oleh dalang diiringi muzik gamelan dibalik layar. Setiap wayang kulit berbeza-beza jenisnya dan setiap wayang kulit mempunyai maksud yang tersendiri seperti Wayang Kulit Melayu Kelantan yang menggunakan dialek Negeri Kelantan

Best!!!!! Cuba youtube wayang kulit wok yoh,dop pom samad ore kebal :P

"taney moktey tok jadi,taney woh lanah tok jadi..oloh parok nate beruk ni..." hahahahahahha..


Okeh! Dekat Muzium Negeri ni kita boleh tengok sejarah awal Negeri Kelantan hinggalah ke zaman moden. Selain daripada kisah sejarah Negeri Kelantan kita pun boleh tengok tentang seni budaya yang ada di Negeri Kelantan seperti yang aku cerita kat atas ni iaitu jenis-jenis wayang kulit,permainan wayang kulit,rebana ubi,makyong menora dan banyak lagi.


Muzium Negeri ni mempunyai 2 tingkat dan penuh cerita tentang Seni Budaya dan kisah sejarah Negeri Kelantan.





Antara pameran  di Muzium Negeri di Kelantan :D




Sumber gambar dari rambleandwander


Bulatan Jam

Yeahhhhhhh! Akhirnya aku dapat jejak ke sini juga . Dapat tengok Pokok Kurma secara langsung depan mata dan kalau korang nak tahu, sangat ajaib apabila Pokok Kurma telah berbuah pada tahun lepas di bulan Ramadhan. Walaupun agak pelik dengan kesuburan Pokok Kurma di Bulatan Jam ini, aku yakin tiada yang lebih mustahil dari ini kerana Allah SWT Maha Pencipta. Di bulatan jam ini pun terdapat Menara Rehal yang melambangkan seni bina islam yang terdapat di Kelantan dimana Negeri ini dikenali sebagai "Serambi Mekah" .





Nak ke Negara Arab tidak tahu bila lagi. Alhamdulillah, dimurahkan rezeki ke sini untuk melihat sendiri kesuburan setiap pokok iaitu sebanyak 37 pokok kurma di tanam di Bulatan Jam ini. Gambar ini diambil ketika 09-04-2015 . 


Teruja seketika bila berada di Bulatan Jam ni sambil melihat Pokok Kurma yang subur dan masa kau pegi tu,masih ada kesan banjir lagi di dinding menara jam tu...



Teh Halia Telur Puyuh

Kedai Kopi Din Tokyo

First time masa aku dengar nama Din Tokyo ni aku ingat nama bangunan ke rumah ke istana ke...Rupanya kedai makan yang sangat popular di Kelantan dan menu dia pun sangatlah unik.  Tengok saja la gambar atas ni... Kau rasa? Fear Factor?hahahahahha... Program Perdana Trail ni memang tak menghampakan, bukan dibawa ke muzium-muzium sahaja,tapi kedai makan yang popular pun di bawa juga. Din Tokyo ini berhampiran dengan Stesen Bas Kota Bharu je. Betul-betul di tepi jalan.


Nama Din Tokyo ini sebenarnya berasal dari namanya sendiri dan Tokyo ini dinamakan sempena nama hotel yang pernah wujud sekitar tahun 1970-an. Rancangan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan pun pernah ke sini dan sebelum aku terlupa, Kedai Kopi Din Tokyo ini akan ditutup selama sebulan di bulan Ramadhan untuk pengubahsuaian kedai beliau. 


Antara Menu Yang Popular di Kedai Kopi Din Tokyo ini adalah:
  • Telur Taliban
  • Teh Dangdut
  • Nasi Dingin
  • Nasi Tumpang
  • Nasi Berlauk
  • Teh HaliaTelur Puyuh




Okay! Pengalaman aku minum Teh Halia Telur Puyuh ini memang sangat mencabar juga sebenarnya... Serius time tu aku terbayang rancangan Fear Factor,hahahahaha...Teruknya bayangan aku ni -..-" ..Tapi bila sekali aku hirup! Perghhh!!! tak berhenti ! Walaupun pada mulanya aku dengar telur puyuh dalam air itu adalah sangat errrrrr... Tapi korang jangan tak tahu ye. Teh Halia Telur Puyuh ni memang banyak khasiatnya. Salah satunya adalah buang angin,hik...Kalau korang nak tahu, kedai Din Tokyo ni mempunyai 3 generasi yang kesemuanya ada nama DIN,sebab tulah dimanakan DIN TOKYO.....Oh! Serbuk halia yang aku minum atas tu pun dibuat sendiri dan juga black pepper.... Kesemua bahan itu dihasilkan hampir seminggu juga. Itu adalah salah satu keistimewaan yang ada di Kedai Kopi Din Tokyo ni...







Bank Pitis


Bank pitis adalah bangunan batu yang tertua di Malaysia. Bangunan ini telah dibina pada 1889-1890,ketika pemerintahan Sultan Muhammad III Long Kundur Bin Sultan Ahmad. Bank Pitis ini bertujuan untuk menyimpan pitis-pitis perbelanjaan Negeri Kelantan dimana maksud pitis bagi Negeri Kelantan adalah wang. Bank Pitis ini terletak di Luar Istana Jahar dan berukuran 12 kaki lebar dan 12 kaki tinggi. 





Istana Jahar

Istana Jahar merupakan istana-istana yang menarik yang terdapat di Bandar Kota Bharu. Ketika pemerintahan Sultan Muhammad II, Istana Jahar telah dibina pada 1855 yang bertujuan untuk dikurniakan oleh cucundanya yang bernama Long Kundur Bendahara dan kini Istana Jahar telah dijadikan Muzium Diraja Negeri Kelantan sebagai pameran Sejarah Kesultanan Negeri Kelantan.


Di Istana Jahar ini dipamerkan adat-adat bermula dari kelahiran hinggalah kematian. Dari pameran ini kita boleh nampak apa yang berlaku dalam proses kehidupan dengan adat-adat yang pernah dilakukan oleh Sultan-Sultan yang pernah memerintah Negeri Kelantan. Selain daripada pameran pakaian tradisi terdapat juga pameran seperti melenggang perut dan aku tak pasti zaman sekarang masih amalkan atau tak,hehe...Sungguh, setiap adat istiadat yang diadakan merupakan simbolik bagi sesetiap negeri mengikut keadaan dan suasana. 

Sebagai contoh melenggang perut ini diadakan ketika kandungan berusia 7 bulan dan akan melahirkan anak sulung. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memudahkan kelahiran,memelihara kandungan dan menjauhkan kecelakaan pada ibu dan anak yang bakal lahir.




Pameran adat berkhatan dan pakaian tradisi yang terdapat di Istana Jahar.




Balai Senjata juga turut ada ditepi Istana Jahar yang mempamerkan senjata-senjata lama Negeri Kelantan seperti keris,lembing,badik,kelewang,kerambit,parang dan lain-lain. Setiap senjata ada fungsi masing-masing dan menggunakan senjata pun ada caranya.




Antara senjata dan sejarah peninggalan di Balai Senjata.

Bagi yang meminati senjata melayu dan tradisi aku sarankan korang pergi ke Balai Senjata yang bersebelahan dengan Istana Jahar. Rupanya setiap penghasilan senjata itu ada nama dan fungsinya. Setiap barangan yang dipamerkan di Balai Senjata ini juga pernah menajdi sebahagian kehidupan masyarakat di Negeri Kelantan ketika dahulu. Sekarang mungkin masih ada yang menggunakan senjata tersebut sebagai perlindungan diri.


Okay nexttttt,kita berjalan ke Istana Batu!






Istana Batu/Muzium Istana

Istana Batu ini masih terletak di Pusat Bandar Kota Bharu di mana berdekatan dengan Istana Jahar dan Kampung Kraftangan. Istana Batu ini sangat bersejarah kerana ramai pelancong datang ke sini untuk melihat sendiri tentang Keluarga Di Raja. Istana ini dibina pada tahun 1939 di mana ketika ini Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad ke-IV memerintah . Istana Batu ini telah dikurniakan kepada Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Zainab II sebagai hadiah perkahwinannya.


Sungguh, Istana Batu ini sangat besar dan kita sendiri boleh merasai bagaimana duduk dalam istana :)





Antara pameran yang ada di Istana Batu adalah Salasilah, Rajah-Rajah, Barang-barang hadiah,perabot,perak,pakaian dan lain-lain lagi. Tempat tidur Sultan Ismail Petra pun ada. Yang bestnya kat sini,kita boleh tengok sendiri pameran peribadi diraja yang telah diserahkan untuk dipamerkan di sini. Memang banyak sangat barangan bersejarah yang sesuai menjadi bahan penyelidikan bagi mereka yang betul-betul berminat untuk membuat kajian tentang keluarga Diraja Kelantan.







Salah satu ruang kamar Sultan Ismail Petra. Sesiapa sahaja boleh masuk ke sini untuk melihat sejarah keluarga diraja Kelantan. Tak puas jalan kat Istana Batu ni,sebab besar dan banyak benda boleh belajar di sini.... next time kena datang lagi.






dannnnnnnnn destinasi yang paling ditunggu-tunggu adalahhhhhhhhh



Kampung Kraftangan

Kampung kraftangan juga dikenali balai getam guri yang dibina dari kayu dan sangat unik . Sebut saja tentang kraftangan mesti ramai yang meminatinya kerana dari sinilah kita boleh melihat pakaian tradisional dan pelbagai budaya dan seni. 





Muzium Kraftangan



Antara barangan yang dihasilkan dan juga dijual,bagi sesiapa yang mahu membeli cenderamata di Kelantan,korang disarankan ke sini. Di dalam muzium ini terdapat pelbagai koleksi hasil kraftangan seperti alatan menenun songket, barangan yang diperbuat daripada buluh,tembaga dan banyak lagi.



Pertunjukan silat pun ada di Kampung Kraftangan. Hal ini kerana,Kampung Kraftangan menjadi tarikan utama pelancong datang ke Negeri Kelantan.


Okay okay, Program Perdana Trail ni sebenarnya buat kita lupa pasal penat. Tapi bila kita belajar balik tentang sejarah Kelantan ni rupanya sangat menarik dan lepas penat belajar tentang sejarah Negeri Kelantan kami di bawa ke Restoran Nasi Ulam Cikgu . Lokasi? Betul- betul dalam kawasan muzium kraftangan.


Mempersembahkan 

Nasi Ulam Cikgu

Macamana eh aku nak cakap?3 kali weh aku menambah,hahahahahhahaha.... dah kalau ada budu,ulam,ikan keli,ayam mahu tak menambah? Yang bestnya di sini, makanan sangat murah dan lauk pauk sangatlah banyak, ok...gambar kat atas tu adalah untuk 5/6 orang makan dimana harganya adalah RM56 satu set....kau rasa? Aku cerita kat umi aku, terus balik raya nanti dia nak aku bawak ke sana....Tapi serius ah, ikan keli dia sebesar lengan kauuu orang... Ayam pun besar..lauk pun banyak...harga pun murah,haaaaaaa....sape tak stress kegembiraan bila dapat makan di sini?


Lokasi? 
Betul-betul depan Istana Batu.





Muzium Islam

Muzium Islam ditubuhkan pada tahun 1991 beroperasi pada bangunan lama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) terletak di Jalan Sultan Kota Bharu bersebelahan dengan Masjid Muhammadi,Padang Merdeka dan Memorial Perang Dunia Kedua (Bank Kerapu). Pameran di sini ialah koleksi artifak,gambar-gambar tokoh Agama Islam,sejarah kedatangan Islam dan banyak lagi. 


Barangan dan sejarah kehidupan Almarhum Murabbi Ummah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mula dipamerkan sejak sebulan yang lalu di tingkat atas Muzium Islam. Sungguh, walaupun hanya barangan peninggalannya,nasihatnya dan sejarah kehidupannya namun secara tidak sengaja air mata aku mengalir. 


Alhamdulillah sempat jumpa Almarhum Murabbi Ummah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa majlis akad nikah pakcikku. Kalau dikenang balik,tak sanggup aku tengok Alhmarhum yang dalam keadaan uzur masih mampu menjadi Tok Qadi pada pakcik saudaraku iaitu adik abah. 


Bagi yang tak tahu lagi, muzium ini bukan mencerminkan kepentingan Islam di Kelantan sahaja tetapi sebagai pusat pengajian Islam.







" Di dalam dada kita, ada satu ruang yang perlu diisi dengan cahaya. Cahaya inilah yang akan menyuluh dan membimbing kita. Oleh itu usahlah penuhi dada dengan perkara lain kecuali nur ILAHI- Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz "



Bank Kerapu

Bank kerapu atau Muzium Perang ini mempamerkan kisah Peringatan Peperangan Dunia Kedua yang telah ditubuhkan pada tahun 1991 dimana lokasi Muzium ini terletak disebelahan Padang Merdeka. Muzium ini mempamerkan artifak,gambar-gambar mengenai sejarah peperangan dunia kedua. Secara ringkasnya,Negeri Kelantan merupakan permulaan perang dunia kedua di Tanah Melayu dengan serangan pertama tentera Jepun.


Bank Kerapu kini menjadi Bangunan Memorial Peringatan Perang Dunia Kedua. Korang tahu kenapa Bank Kerapu? Adakah ada ikan kerapu?haha...sebenarnya bukan .. Masyarakat Kelantan lebih mengenali bangunan ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian permukaan bangunan ini disimen dengan menggunakan bata kecil yang menyebabkan permukaan bangunan ni tak rata dan menggerutu... Jap,ikan kerapu menggerutu eh? :P

'Semasa Perang Dunia Kedua,pasukan polis rahsia Jeun telah menggunakan bangunan ini sebagai ibu pejabat Kempai Tai,pejabat rahsia Polis Jepun. Bangunan ini juga dijadikan penjara,tempat penderaan dan lain-lain aktiviti keganasan mereka' -sumber sini






Antara artifak dan dan gambar-gambar yang dipamerkan di Bank Kerapu.




First time naik beca,teghujaaaaaa mek...

Fuhhhhhhhhhhhh! Satu hari melawat kesemua muzium ini sebenarnya tak cukup masa tapi apa yang aku belajar haritu cukup terkesan pada diri sendiri dan inshaAllah aku akan pergi lagi ke tempat-tempat yang bersejarah di Negeri Kelantan ini. Muzium Islam adalah muzium yang cukup menyentuh perasaan aku dimana setiap bait-bait Almarhum Murabbi Ummah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengingatkan aku tentang beliau yang sangat mulia,baik hati dan Menteri Besar yang banyak menyumbangkan ilmu agamanya kepada rakyat-rakyatnya terutama di Negeri Kelantan.


Apapun, Program Perdana Trail anjuran Hotel Perdana Kota Bharu ini sangat seronok. Tak pasti berapa puluh kilometer berjalan haritu namun perasaan gembira tetap ada. Hok sebenar,ambo tok rajin lagi g sini. sedih dop?harap jah lahir dikelate tapi gak, tokdey sokmo nok g alah Kota Bharu. Sebenarnya aku agak seram naik beca ni,hahahahahahahaha..... kau bayang,kanan kiri kereta motor laju.... nak pulak naik beca sampai 2 orang,wakakakakakkaka... nasib ah aku dengan mira ringan,eh eh..... Pasni nak try naik beca kat Melaka pulak ah,hahahaha....


Akhir sekali, jika korang berminat dengan Program Perdana Trail ini, jangan lupa buat tempahan sekarang. :)

Highly Recommended !!!!!!!!!!!!!!!


Alamat:

Hotel Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu,Kelantan

Untuk sebarang tempahan boleh hubungi:
Tel: 09-745 8888
Fax: 09- 748 8855
Email: sales@hotelperdanakotabharu.com

Facebook | Website | Instagram



Terima Kasih Destination Malaysia kerana bawa saya ke Kelantan ! Best gila ;)

Facebook Website | Instagram





Hmmmmmmm, teringin nasi ulam lagiiiiiiii...sape pernah makan nasi ulam?

You May Also Like

7 comments

  1. Banyak lagi tempat tak sampai dekat Kelantan ni. Boleh lah plan next trip ke sanaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. onie pun samalah,harap je kampung kat Kelantan,hahahahhahaha

      Delete
  2. Malunya nak mengaku diri ni orang Kelantan. Nama je anak jati Kelantan, tapi banyak betul tempat2 menarik kat kelantan yg blom pernah pergi. Tak tahu pun wujudnya Bank Pitis tu. Wuuuuu T_T. Kat Bulatan Jam tu pernah la lalu klu pergi KB.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..