Buffet Ramadhan 2015: Me'nate Steak Hub terbaik!

by - June 21, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, sebenarnya aku dibulan puasa ini, taknak cerita bab makanan sangat. Tapi bila aku sendiri pergi merasai makanan di Restoran Me'nate Steak Hub,aku terpaksa jugak share dengan korang,haha! Sebab? Nanti aku cerita. Sebenarnya, restoran ini pernah diviralkan di media sosial berkenaan harga yang sangat tinggi. Masa tu aku pun pelik,kenapa tinggi sangat. Sampai cecah ke ribu. Gilalah. 


Sekali lagi aku terfikir, adakah angka ribu itu hanyalah sekadar angka? Aku pun ada terfikir jugak, jika bayaran yang kita makan itu berharga RM956.00,adakah angka tersebut dianggap rm95.60? hahahahahahaha... boleh pulak aku fikir macam tu kan?Tapi sebenarnya tidaklah macam tu uolsss. Harga dia kalau riban,maka wang yang perlu dibayar pun riban la nampak gayanya. Tapiiiiiiiiii,kenapa mahal sangatttttt?Okey sekejap lagi aku cerita.


Yang penting aku ni memang kaki western food dan steak ! aummmmmmm. Minggu lepas, aku try di cawangan Setapak. Senang je nak cari sebab Me'nate Steak Hub ini betul-betul bersebelahan di KL Festival. Tak silap aku, Me'nate Steak Hub ni berada di bangunan baru iaitu Starpac Point. Nak senang waze ajelah. InshaAllah tak sesat.





Sebelum aku cerita panjang lagi, Restoran Me'nate Steak Hub ini telah diusahakan oleh orang kelantan iaitu En.Mustaffa Othman,Master Butcher Chef/Founder. Serba sedikit yang aku tahu tentang En.Mustaffa Othman ini adalah beliau merupakan seorang yang sangat tidak kenal erti penat,lelah dan seorang yang sangat bertanggungjawab dalam menguruskan daging semasa bertugas di Istana Ratu Elizabeth,London. Dalam pada itu,bukanlah senang untuk betul-betul berada di istana tersebut selepas setiap ujian dan cabaran yang telah dilalui oleh pemilik Me'nate Steak Hub. Seorang lagi warga Kelantan yang berjaya dalam perniagaannya. Tahniah kepada En.Mustaffa Othman yang telah berkhidmat di Kota London selama 11 tahun yang jarang sekali pulang ke Malaysia.


Dengan kesabaran En.Mustaffa, maka terbinalah empayar perniagaan 'Me'nate Steak Hub' dan kini mempunyai 3 cawangan di setapak,ampang jaya dan wangsa maju. Alhamdulillah. Berkat kesabaran En.Mustaffa dan keluarga. :)


Suasana di Me'nate Steak Hub,Setapak



Antara bahagian-bahagian daging yang patut korang tahu.


Jenis dan harga pun ada yang cecah sehingga RM1008 . Yang tu namanya matsusaka wagyu dari Jepun T_T

Sebenarnya, aku agak terkejut juga bila tengok harga daging yang berada dalam fridge tu,hahahahhaha... tapi,bagi penggemar steak dan lamb, aku rasa harga ni sangat berbaloi dan puas hati ! 


Kurma

Sempena di bulan ramadhan ini. Aku nak sangat bagitahu korang bahawasanya Me'nate Steak Hub pun ada membuat Me'nate Ramadhan Special iaitu hidangan istimewa untuk berbuka puasa. First time nak mencuba Me'nate Steak Hub ni sebenarnya.

Media yang turut serta ,biasanya kamera dulu yang makan,haha.. 

Oh, thanks tatie kerana sudi menjemput diri yang tak seberapa ini. Alhamdulillah, usus perut aku teramatlah gembira haritu! yeahhhh.


Antara blogger yang ada. Meghiah!!!!!!!!



ME'NATE RAMADHAN SPECIAL
ISTIMEWA UNTUK BERBUKA PUASA


Sepanjang bulan ramadhan ini, Me'nate Steak Hub telah menyediakan 6 set hidangan yang wajib kita cuba dan ianya sangatlah berbaloi dan jimat. Portion pun sangatlah memuaskan hati. Bagi yang nak menukar selera dan peminat steak/lamb yang setia aku sarankan korang wajib serbu sini. 



Heavenly Lamb


Tomatoes Rice, Mandy Rice, Dhal Rice, Briyani Rice dan untuk pengetahuan korang, daging-daging tu telah di potong oleh seorang yang cepat,pantas dan pakar iaitu siapa lagi kalau bukan En.Mustaffa Othman :D

Beras panjang 
Heavenly Lamb
RM300/ Meal
(4-6 pax)



Drinks - Free Flow
Briyani Rice
Lamb Shoulder
Mix Salad 
Soup Of The Day
Fruits (Mix)
Kurma



Photo by fatinbella.com

Set A 
RM75/person


- Angus
-Beef Ribs
-Lamb ribs/ranghost
-Pasta Olio Aglio
-Mix Salad



Photo by fatinbella.com

Set B 
RM75/person

-Lamb Shank
-Lamb Ribs
-Lamb Rack/Loin
-Lamb Syabu
-Pasta Olio Aglio
Mix Salad 




Set C
RM100/person

-Salmon
-Mussel
-King Prawn
-Scallop/Crab Meat
-Pasta Olio Aglio
-Mix Salad



Photo by nazlannasir.com

Set D
Khas untuk peminat Wagyu
RM150/person

-Wagyu Beef
-Wagyu Beef Ribs
-Pasta Olio Aglio
-Mix Salad



Antara menu yang disediakan.

Bersama pemilik Me'nate Steak Hub,En.Mustaffa Othman

Me'nate Steak Hub,Setapak


Pasta Olio Aglio



Boleh dapat di Set A: Angus, Beef Ribs, Lamb Ribs/Ranghost

Boleh dapat di Set B: Lamb Shank, Lamb Ribs, Lamb Rack/Loin,Lamb Syabu



Menangis tak tengok? Juicy gila daging dia ! Tayah nak cicah sos bagai dah. TAK LIAT! SEDAP! 

Wagyu: Oh menangis menangis,ni la yang paling mahal T_T

Mix Salad


Peminat daging kambing,wajiblah mencuba menu ini ! WAJIB okayyyyy!

Bersama Syasya Solero

Pemilik Me'nate Steak Hub bersama staf yang terdiri daripada anaknya sendiri



Totally perfect !!!!! Time tu pulak memang aku mengidam dengan steak ! and finally ambo jupo lamb/steak yang superrrr marvellousssss nak menangis rasanya..Apa yang menarik di sini, korang janganlah risau, semua daging-daging tu halal. Jangan risau nah! Satu lagi, kot takut bil sampai beriban,pun jangan risau..setiap menu ada ditulis harga dengan jelas. Oh,surau? Jangan risau jugak sebabnya ditingkat atas ada disediakan surau. Cumanya kalau taknak menunggu ke apa better bawak la telekung memasing. Apapun, A-Z semua terbaik ! Gila kau makan steak tak menangis?opkos la menangis,dah la pestaim makan daging yang berkualiti dan cara masak super power saia saia la. Korang perlu tahu, pemilik Me'nate Steak Hub ini sememangnya pakar dalam bidang pengurusan daging. MasyaAllah,bukan calang-calang orang rupanya :)



Rating: 4.7/5 fuh!


Selamat berbuka puasa dan selamat ber-steak chuolssss! Sebab tulah aku kena share dengan korang jugak pasal Me'nate Steak Hub ni, bukan sahaja sedap.. tapi skill pengurusan daging ini bukanlah jatuh ke tangan orang yang biasa-biasa sahaja ;) Dah try makan sini meh la try bagi pendapat chuolsss tu diruangan komen dibawah. Nak baca gak pengalaman korang makan di Me'nate Steak Hub.


Okay ! sekiranya chuolsss mengidam dan nak tukar selera. Jemputlah ke Me'nate Steak Hub ye. Love u!


Sebarang tempahan : 012-905 1517 / 011-1283 8749


Setapak Branch (HQ)
C-01 & C-01-03,
Starparc Point,
Jalan Taman Ibukota,
Off Jalan Genting Klang,
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4131 8121 
Fax: 03-4131 1611


Ampang Jaya Branch
No.16,Jalan Kerja Air Lama Satu,
Taman Shuet Liang,
68000 Ampang Jaya,
Kuala Lumpur
Tel/Fax: 03-4251 3460


WangsaMaju Branch
25,Jalan Delima 12,
Wangsa Link, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.





Terima kasih Me'nate Steak Hub kerana sudi menjemput kami semua. InshaAllah saya akan terjah bersama keluarga dan sahabat yang lain :D

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

12 comments

  1. Boleh tahan harganya. Tapi jika tengok pada kualiti, cara masak, memang patut harga begini. Apa salahnya jika keluarkan sedikit duit untuk belanja diri sendiri kan?

    ReplyDelete
  2. hai mek. kalau nak terjah bersama keluargda & sahabat lain, jangan lupa payung sy sekali. wihihi.. x mampu la iols nak pergi me'nate nie.. :(

    ReplyDelete
  3. pergh harga boleh tahan
    kalo ade org belanja sedap neh!

    ReplyDelete
  4. Onie.. kenapa dera akak di Bulan puasa ni.. dah terliur ni.. x kira.. Onie kena blanja akak makan kat sini.. hahahah...

    ReplyDelete
  5. Heavenly Lanb, looks good n yummy ;)

    ReplyDelete
  6. ingatkan semua mahal2 tapi ada jugak harga mampu makan kan..

    ReplyDelete
  7. menjejes ayaq liuq!!!! hahahahahaha

    ReplyDelete
  8. meme patut mahal pun.. haha,, Me'nate

    ReplyDelete
  9. teruja tgk steak nye..nyum nyum

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..