Ingat Raya Ingat Jakel !

by - June 30, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sabtu lepas, kemain semangat aku bangun awal semata-mata nak pergi Jakel kat Shah Alam Seksyen 7 tu, bagi yang taknak sesak atas jalan raya tu,aku cadangkan korang pergilah awal,senang dapat parking, tapi kalau dah sesak jugak, cari alternatif lain. Haritu aku parking dekat sekolah apatah namanya tu, kira kena berjalan sikit nak ke Jakel tu, atleast takla sesak cari parking. 


Tahun lepas aku dah try sendiri beli baju kat Jakel, haaaaa...kalau korang nak tahu,baju kat header blog aku ni, aku beli kat Jakel la uolssss, time tu harga around rm99 ke berapa entah, tapi bila bodek-bodek..dapat la rm50 sahaja.. Punyalah nak meroyan nak ambik semua warna, tapi hampa sekejap, takdak size dah! haha... Tapi masa aku pegi,Jakel memang tengah buat sale. Sale sampai aku rasa semua nak ambik baju tu! dah la lawa,kualiti cun,harga lak homai... murah gila !


Tapi tulah korang! aku taknak cerita kisah tahun lepas,aku nak cerita pasal minggu lepas je ni.. Minggu lepas aku pergi Jakel bersempena pelancaran Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz, Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dan Koleksi Baju Raya Upin Ipin dari Jakel.





Musim perayaan makin dekat dan sesuai sekali dengan moto 'Ingat Raya Ingat Jakel' yang telah menjadi pilihan Jakel. Untuk yang terbaru ini,pemilihan Nabil Ahmad sebagai Duta Baju Melayu sangat sesuai dan mampu mencapai objektif Jakel dimana ianya mampu mensasarkan kumpulan pasaran bermula dari golongan muda yang menjaga penampilan serta yang selalu up to date dengan dunia fesyen. Setiap koleksi yang dihasilkan oleh Jakel ini mempunyai 'cutting' yang berbeza mengikut peredaran masa.


Paling istimewa sekali,tahun ini Jakel juga menampilkan Koleksi Raya Upin Ipin dari Jakel. Dengan kolabrasi antara Jakel dan Les' Capaque Production Sdn.Bhd, semoga ianya mecapai objektif dimana setiap Koleksi Raya Upin Ipin dari Jakel ini mampu menarik minat ibu bapa yang mahukan produk berkualiti serta mampu milik bagi anak mereka. Apa yang penting, aku sendiri yakin..setiap pengeluan Koleksi Raya Upin Ipin ini mampu menarik minat anak-anak kecil untuk berbaju melayu semasa beraya nanti :D







Pada hari tersebut juga, Aaron Aziz iaitu Duta Baju Melayu selama 2 tahun ini pun turut hadir memeriahkan majlis 'Gempak Raya Bersama Jakel 2015 Di Jakel Shah Alam" . First time aku jumpa Aaron Aziz depan, dah tentulah handsome oiiii! (sempat lagi,haha) 






Penampilan terbaru adalah Duta baru Jakel iaitu Nabil Ahmad dimana koleksi Baju Melayu dari Nabil Ahmad berpotongan hipster tapi nice la aku tengok,takde pun ketat sangat dan pelik sangat,just nice kalau nak buat jenjalan masa raya nanti. 







Tak lupa juga, penampilan khas dari pelakon cilik yang sangat petah bercakap ini pun turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis 'Gempak Raya Bersama Jakel 2015 Di Jakel Shah Alam. Kerjasama dari Les' Copaque bersama Jakel ini bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa yang mahukan produk berkualiti seperti yang saya cakapkan sebelum ini. Apapun, setiap pengeluaran produk ini, Jakel juga dijadikan sebuah pusat beli-belah keluarga dan sesuai dengan konsep One-Stop-Centre . Memang senang la pasni mak-mak yang nak cari baju anak kecil ini. Pergi je Jakel semua ada !hehe






Masa ni sesi lelongan bersama pelakon cilik ini,Mia Sara,Rykal Iskandar dan Upin & Ipin. Serius ramai gila masa dorang buat lelongan atau happy hour dimana pelanggan di Jakel boleh membeli dengan harga yang jauh lebih murah dari harga asal. Fuh!





Sesi Lelongan bersama Nabil Ahmad dan Aaron Aziz. 
 Sesak gila time ni, yang penting 10 pelanggan yang terawal membeli koleksi mereka,mereka berpeluang untuk bergambar bersama artis kesayangan dorang. 





Saiz bagi Koleksi Baju Raya Upin Ipin bermula saiz 0-13 :)





Bazar Jakel
 Bukan dalam Jakel je ada lelongan. Masa aku pegi, kat Bazar Jakel ni pun ada lelongan !!!! haaaa,kat sini la aku penag nyoping! meriah uols!



Sambutan Orang Ramai di Bazar Jakel

Kalau korang pergi Jakel Shah Alam minggu lepas, memang untung gila...! sebab Jakel Shah Alam bagi koleksi baju melayu secara percuma kepada 100 pengunjung terawal dan 400 pelanggan terawal yang membeli baju melayu berpeluang mendapat hadiah koleksi baju melayu jugak. So, sape ada pegi minggu lepas???????? Rugi la ampa tak p,hehe



Warna ? Okayyyyyyyy! Baju Melayu Aaron Aziz dan Nabil Ahmad ada banyak warna dan aku yakin warna hijau zamrud,biru diraja,peach,jingga,hijau tiffany,hijau mint dan merah cili bakal menjadi warna kesukaan abang-abang kat luar sana. Haaaaa,apa tema baju abang-abang semua? Mesti havoc kan?hagituh!


Tak lupa jugak weh, Jakel pun ada keluarkan Koleksi Baju Kurung Moden Rozita Che Wan. Haaa curlastttt la chuolssss nanti masa raya. Dengan rekaan yang ekslusif,moden dan elegan Jakel telah keluarkan 10 rekaan dengan harga bermula dari RM329 dan ke atas. Pelbagai rekaan dan yang pasti boleh didapati di semua cawangan Jakel seperti di Jakel Mall,KL, Jakel Kubang Kerian, Jakel JB, Jakel Shah Alam dan banyak lagi.


Semoga raya korang lebih bermakna dengan koleksi dari Jakel dan jangan lupa untuk singgah ke Jakel kerana masih ada sale di sana. Happy Shopping korang,aku dah shopping raya...ampa bila pulak? Menangis kegembiraan tengok koleksi dari Jakel ! :D

Untuk mengetahui lebih lanjut: www.jakel.my


Salam Sayang,
Mek Onie,
letopink@yahoo.com






You May Also Like

2 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..