Masjid Kristal,Kuala Terengganu

by - June 02, 2015

Assalamualaikum, aku rasa ini entri lapuk dah ni... bulan 3 punya jenjalan baru nak masuk dalam blog! kau rasa?hahahah..sebelum tu aku ada cerita kisah Pulau Perhentian Kecil dan Kampung China/China Town di Kuala Terengganu. Actually aku agak terkejut jugak sebab kisah Pulau Perhentian ni hari-hari keyword masuk dalam blog aku, kiranya ramailah eh memang suka dengan Pulau Perhentian ni? So far view kat entri Pulau Perhentian tu saja hampir mencecah 10k..terkejut plus berdarah hidung rasanya,kiranya tak sia-sia jugak aku share pengalaman ke sana,hihi..*thanks readers!



Perhentian dah cerita, Kampung China dah cerita dan kali ini aku sempat menjelajah Masjid Kristal di mana lokasi ini 20 minit dari hotel aku yang berada di Kuala Terengganu tu ( sesi memerah otak,hahahahahaha ) . Aku kesini dengan menaiki teksi dan memang takde penjimatan disitu,huhu..Pada mulanya,memang nak naik bas kayu free tu,tapi disebabkan masa menunggu tu ada dalam sejam lebih so tu yang aku ambik teksi je,huks... Lagipun, memang haritu sahaja boleh berjalan sekitar Kuala Terengganu. 






Sejarah Penubuhan Masjid Kristal

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah membuat kajian tentang monumen islam yang terkenal di seluruh dunia yang terkenal di seluruh dunia.


Pada asalnya, pembinaan masjid ini dicadangkan diperbuat daripada emas,tetapi memandangkan sudah banyak masjid di dunia ini yang menggunakan konsep ini emas di dalam struktur pembinaanya menjadikan keunikannya tidaklah begitu terserlah. Oleh yang demikian, tumpuan mula diubah kepada kristal yang juga salah satu bahan semulajadi.


Untuk membina masjid yang dibuat daripada kristal keseluruhannya mungkin akan menelan belanja yang terlalu tinggi. Alternatif yang paling hampir adalah menggunakan kaca yang direkabentuk secara eksklusif supaya ia menyerupai kristal (Crystal Effect)





Tentang Masjid Kristal

Tarikh dibina : April 2006

Dirasmikan oleh : DYMM SPB Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin

Tarikh perasmian : 8 Feb 2008

Kapasiti jemaah : 700 orang

Luas platform : 2,146.12 meterpersegi

Luas dewan solat : 946.64 meterpersegi

Anggaran kos: RM23 juta






Masjid kristal ini juga dijadikan modal politik pihak tertentu semasa pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.




Pernah sebelum ini, Masjid Kristal telah mencetuskan kontroversi di media massa dan akhbar-akhbar serta menjadi bualan seluruh negara dimana Masjid ini dibina oleh orang bukan islam(arkitek), arah kiblat salah dan pelbagai lagi. Yang aku terkejutnya,masjid ini masih belum dibenarkan untuk solat jumaat di sini. Serius,pada mulanya aku agak terkejut dan memikirkan tentang kos pembinaan masjid ini adalah salah satu pembaziran. Yelah, setiap pembinaan masjid dibina bukan semata-mata pada rekaannya tetapi fungsi sesebuah masjid tersebut





Apapun aku happy sebab dah lama menyimpan hasrat nak ke sini. Sungguh terkesima dengan rekaannya.


Okay tu je kot, jumpa lain entri. InshaAllah, next week akan menjelajah ke luar negara. Teruja sebab pertama kali akan kesana. Semoga dipermudahkan.


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com



You May Also Like

11 comments

  1. SubhanaAllah cantiknyaaaaaa! Tak pernah jejak kaki kat sini lagi.. hurmmm

    ReplyDelete
  2. 23 juta untuk bina masjid =)) tarik orang ramai dekatkan diri dengan masjid~~ cantik sngat!

    ReplyDelete
  3. cantik.. belum kesempatan lagi ke sini

    ReplyDelete
  4. tak pernah sampai lagi sana. cantik tmpt

    ReplyDelete
  5. nice angle and shoot. suka tone gambar "thumbs up

    (blogwalking) http://susulobakmerah.blogspot.com/ <<jom follow

    ReplyDelete
  6. Last sampai sanaa dua tahun lepas kot. Hahaha. Syoknyaa jalan jalan :P

    ReplyDelete
  7. Wah akak pergi jenguk masjid kristal, saya syorkan akak singgah masjid kristal pada malam lagi cantik mata memandang :-) sebab masjid kristal berlampu warna warni.

    ReplyDelete
  8. Cantikkan , best gila tambah tambah kalau naik bot pusing situ ehhee

    ReplyDelete
  9. kemah keming gambar pon..lawa lawa blako..lamo doh x g ganu..last time g tahun bilo taktau..haha

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..