Perkhidmatan eQurban.com Iaitu Sembelihan Korban dan Aqiqah.

by - June 18, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, kita semua sebenarnya masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki di dunia sementara ini. Namun, jangan kita lupa sesekali dengan kesusahan orang lain. Senang kita, sebenarnya ada yang lagi susah dari kita semua ini. Dah lama rasanya tak berkongsi ilmu Allah ni,tiba-tiba terasa rindu zaman persekolahan semua ni. InshaAllah kali ni saya akan berkongsi tentang korban dan aqiqah. 



Sebelum saya terangkan lagi tentang korban dan aqiqah ini. Saya memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang saya huraikan keduanya ini. Apapun,kedua ibadah ini adalah sunat muakkad yang bermaksud amalan sunat yang  Nabi amalkan sepanjang hayatnya dan baginda tidak pernah meninggalkannya. Usah khuatir, jika kita lakukan kita peroleh pahala dan jika kita tinggalkannya tiada seksaan kerana meninggalkannya. 



Korban dan akikah ini sebenarnya mempunyai 2 perbezaan dari segi pengertian, masa, daging dan hikmahnya yang tersendiri. 


KORBAN

Pengertian: Menyembelih binatang ternakan yang dilakukan pada hari Aidiladha atau hari tasyrik dengan tujuan beribadah
Masa: Selepas naik matahari 10 Zulhijjah (hari raya) hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
Daging: Dibahagikan sebaiknya kepada 1/3 fakir miskin, 1/3 orang ramai, 1/3 orang yang berkorban


AQIQAH
Pengertian: Menyebelih binatang Al-an'am pada bila-bila masa sebagai tanda kesyukuran sempena kelahiran bayi.
Masa: Bila-bila masa yakni sebelum bayi baligh dan lebih afdal dilakukan ketika hari ke-7 kelahiran bayi.
Daging: Sunat dimasak manis dan dibuat jamuan.


HIKMAH KORBAN
  • Menimbulkan rasa syukur atas nikmat Allah SWT
  • Mengingatkan pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS
  • Menanam semangat berkorban
  • Memberi peluang kepada fakir miskin menikmati daging korban
HIKMAH AQIQAH
  • Sebagai tanda syukur atas kurniaan zuriat
  • Menghebahkan kepada masyarakat tentang kelahiran anak dari kurniaan Allah
  • Mengeratkan hubungan silaturahim sesama saudara/jiran
  • Mendekatkan bayi dengan penghayatan  islam


Pada entri di atas saya ada nyatakan "Perkhidmatan eQurban.com Iaitu Sembelihan Korban dan Aqiqah". eQurban.com telah beroperasi sejak tahun 2010  dan sehingga kini masih mendapat sambutan ramai pihak. Perkhidmatan ini sebenarnya bertujuan untuk membantu ekonomi umat islam di beberapa lokasi seperti kemboja. Setiap keuntungan jualan juga disalurkan semula untuk program prasana seperti pembinaan tandas,perigi dan lain-lain lagi.


Sebelum tu, saya perkenalkan dulu apa itu eQurban ni. eQurban ini menyediakan kemudahan untuk anda membuat tempahan korban /aqiqah lembu atau kambing melalui sistem online mereka. Mudahkan? Sekarang ni semua dihujung jarikan ;)


Begitu juga program wakaf,eQurban pun ada menguruskannya yang melibatkan beberapa projek seperti tanah wakaf,al-quran wakaf dan banyak lagi yang bertujuan memberi kemudahan tambahan terutama di Kemboja. Bagi yang tak tahu lagi,eQurban ini 100% hakmilik bumiputera dan jangan ragu-ragu lagi semasa proses penempahan.
PROGRAM KORBAN DAN AQIQAH DISEDIAKAN OLEH PIHAK eQURBAN RESOURCES SDN.BHD. 




KORBAN & AQIQAH 
HARGA UNTUK SEEKOR KAMBING- RM550/SEEKOR
HARGA UNTUK SATU BAHAGIAN LEMBU- RM295/SEBAHAGIAN

Perlaksanaan aqiqah terbaru di Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah Indonesia

"Alhamdulillah 12 ekor kambing untuk aqiqah telah selamat disempurnakan perlaksanaanya dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Sulaimaniyyah di Indonesia. Keputusan perlaksanaan di tempat ini telah diputuskan kerana keperluan semasa. Semoga Allah menerima ibadah ini dan anak-anak tahfiz mendapat manfaat dari sebelihan aqiqah ini"
InshaAllah dengan setiap kerja yang kita lakukan biar kerana Allah SWT. 




atau boleh klik banner di atas untuk penempahan.
Tahniah buat eQurban.com kerana mewujudkan program yang sangat bermanfaat ini kepada semua. 
Maklumat lanjut : http://equrban.com


Salam Sayang,
Mek Onie 
letopink@yahoo.com

You May Also Like

1 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..