Kisah Semut Dalam Bilik Dan Lipas Dalam Kereta!

by - July 09, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua! Sorry la, sekarang asal lewat malam je baru terhegeh-hegeh nak up entri (kisah?????) . Dikala emosi tak menentu ni, macam-macam perangai datang ..dengan rimas semut dalam bilik... lipas dalam kereta....kau ghase? Sape yang berhak dipersalahkan ni? tuan badan ke serangga-serangga tak diundang ni????hahahahaha...



Pernah sekali aku naik kereta memalam pastu terlajak libas tangan ke muka adik aku,aku ingat dia bergurau...aku ni pantang sikit kalau aku tengah serius driving pastu ada pulak orang buat lawak mega dalam kereta. Kau ingat lawak berjenaka dalam kereta? Sekali, lepas libas aku kena marah balik..sebab bukan adik aku yang gurau dengan aku...Rupanya, sepasukan lipas datang serang kat lengan aku...Mahu aku tak melibaskan? Geli okay.



Kejadian ini bukanlah pada aku, ianya terjadi jugak pada adik aku(nasib la oii naik kereta kakakmu ini).. Kejadian ini biasanya berlaku di waktu malam sahaja dan waktu malam adalah afdal bagi sepasukan lipas 'berjenaka' bersama tuan kereta itu,hahahaha....stress aku ! Aku rasa mungkin faktor kebersihan dalam kereta kot.. Actually, kereta aku tu dah macam tongkang pecah beserta pakej tak basuh kereta 3 bulan. Aku syak ini punca dia. Tapiiiii,tak jugak, lepas basuh lepas kemas pun ada lagi... Ke aku kena tanam serai dalam kereta ni?hmmmmmmmmmmm







Part paling seram, bila lipas bermain kat tangan dan stereng masa aku driving...tak la aku nak lepas sterengkan, kang tak pepasal lipas dan tukang pegang stereng tu ke laut...hmmmmmm... 


Tips di sini adalah:

  • Jaga kebersihan kereta
  • Basuh kereta 

Jangan pulak ampa p upah pasukan hapus serangga, tak pepasal satu kereta orang tu siram racun dalam kereta kau,hahahahaha...







Semut? Sebenarnya kan, aku ada satu penyakit yang tak dapat dipisahkan dengan semut ni, tak kisahlah semut oren ke semut gatal ke semut mayat ke..aku memang anti gila dengan semut,huwarrrr... Satu semua dan sampai ke rumah dia aku siasat,hmmm... ex-housemate aku tahulah tabiat aku macamana...asal nampak semut aku p cari tempat dia bersarang...satu lagi aku ni pesen cepat rasa kalau ada semut kat badan aku,dia punya merayap serupa apa la...huhu


Sama jugak,kadang-kadang kedatangan semut ni mungkin faktor kebersihan dalam dan luar rumah kita. So, jomlah kita menanam serai dalam rumah...eh!


Sebenarnya bukan 2 serangga je aku anti, banyak lagi..tikus, lalat dan nyamuk pun aku anti,huk... Cerita kisah lipas,pernah gak lipas duk buat tragis dalam rambut aku,nasib baik kawan aku ada time tu,huk! So,jalan penyelesaian bagi kesemua ini adalah mudah sahaja.. jaga kebersihan, upah pasukan hapus serangga dan tumbuhan-tumbuhan...Patutlah aku perasan daun pandan dalam kereta bos aku! Salah satu sebab dia letak daun pandan tu adalah untuk mewangikan kereta (jimat tayah beli pewangi katanya,LOL) dan menghalau lalat,ohmannnnnn! Semudah ABC je rupanya nak halau-halau serangga ni...


Tapi,lagi mudah kalau tanam serai yang siap ada dalam botol,ehhhhhhh.....krik krik.....Hmmm,doakanlah aku jumpa penyelesaian yang terbaik untuk halau serangga-serangga semua ni...


Bersambung.......

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

2 comments

  1. semut leh tahan lagi tapi kalau cik lipas merayap kat badan, memang melompat la.. geliiii

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..