Senang Sahaja,Courts Ada !

by - July 02, 2015



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . Baru perasan! berapa hari je lagi masuk bulan syawal. Setengah orang, persiapan raya dia nak perfect! tukar perabotlah,tukar perkakas rumah la, beli katil barulah,beli tv baru la.. Tapi beringat jugak ye korang, nak shopping boleh,tapi jangan la membazir dan janganlah sampai mendesak diri.


Rumah aku? Honestly,rumah aku takde sofa. Sebab kita orang satu family memang suka sepah-sepah duduk kat lantai. Pernah sekali ada perabot, tapi rasanya cannot go dengan ruang tamu yang tak berapa nak besar ni, makin kecik hado la,haha...Lain orang lain rasa dia kan? So, antara kedai perabot .. kedai perabot mana yang ampa suka? 


Aku rasa kali kedua la kot masuk Courts ni, sebelum ni aku masuk kat setia city mall je.. tu pun nak usha oven,kehkehkeh.. kengkonon nak beli untuk buat kuih masa raya.. tapi time tu takde yang terbekenan di hati,hahahaha.. Sebut kisah Courts ni kan, korang tahu tak start last week lagi Courts ada buat sale? Lelagi kat Courts Setapak tu. Menangis weh tengok harga dia. Lagi satu, Courts sekarang tengah adakan Kempen ' Senang Sahaja,Courts Ada' . Tujuan sebenar kempen ini dijalankan adalah untuk memudahkan pembeli dengan membayar dengan pelbagai cara :D




Sempena rayakan? Apakata kita shopping di Courts? dan sempena ulangtahun ke-28 ni jugak Courts Setapak. telah melakukan perubahan besar terutama dari segi susun atur perabot serta barangan lain supaya pelanggan Courts merasai satu pengalaman yang baru semasa shopping di Courts,paling penting pelanggan Courts selesa.






Saya dan rakan blogger sempat menjengah Courts Setapak,serius besar ! Bermula 27.6.2015 Courts  Setapak telah berubah ke wajah baru dimana keluasan Courts di Setapak ini sehingga 52,000 kaki persegi, haaaa...besar la kan?






Dah la besar, luas pulak tu..dengan wajah Courts yang baru ni..korang akan dapat merasai:-

-Paparan Interaktif
-Rekaan Stor Teratur
-Perkhidmatan Pelanggan Selesa





Set Katil

Salah satu ruangan yang menarik perhatian aku :)





Peti sejuk dan Mesin Basuh



Perkakas Rumah

Televisyen


Perabot Klasik



Sofa Katil


Set Bilik Tidur Yang Dihias Rapi


Set Ruang Tamu



Konsep Baru di Courts Setapak:-

  • Pelbagai konsep baru seperti your furniture seperti your furniture, your bedding,cool zone plus dan ultimate screen. 

Courts mempunyai 2 tingkat dimana setiap tingkat mempunyai barangan yang berbeza-beza seperti:-
  • Teknologi terkini,deretan produk it Digital dan pilihan barangan elektronik.
  • Perabot-perabot
  • Katil
  • Cool Zone Plus.





Ruang Istirehat

Ruang Istirehat pun disediakan,senanglah nanti kalau nak shopping lelama kat sini, hehe...ruang istirehat pun sangat cool dan selesa :)






Mr.Tim Luce, Ketua Pegawai Eksekutif

Mr.Tim Luce seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang telah memberikan penerangan tentang konsep Courts yang berwajah baru ni serta pelbagai jenama yang diserap masuk supaya pelanggan merasai sesuatu yang baharu. 





Pilih Katil Anda

Dengan konsep demo pada ruangan tertentu ianya lebih menarik perhatian pelanggan Courts,terkini.. Korang pun boleh memilih katil dengan citarasa sendiri seperti warna dan fabrik katil tersebut. Satu lagi,kalau korang perasan katil atas ni,korang kena tahu ni bahawasanya katil ini mempunyai anti-nyamuk. Senanglah pasni,nak tido tak payah pakai ubat nyamuk dah sebab material yang ada di fabrik ini mampu menghalang kehadiran nyamuk.


Dengan memberikan harga berpatutan kepada pelanggan, Courts juga turut menambahpembaikan dari segi simpanan stok dimana 50 peratus produk elektrik,IT dan perabot telah disimpan digudang bagi bertujuan pelanggan boleh mendapatkan dengan cepat barang mereka.


Salah satu pembayaran yang disediakan di Courts adalah dengan cara Flexi Credit:


  • Pembayaran Fleksibel - pilihan 6-60 bulan
  • Perlindungan fleksibel - perlindungan seperti kehilangan harta benda,nyawa dan lain-lain
  • Terma fleksibel - pilihan kadar faedah yang rendah
  • Hadiah fleksibel - pilihan hadiah yang menarik
  • Kelulusan segera - permohonan dengan My Kad, penyata pendapatan,penyata KWSP atau buku simpanan 
*tertakluk kepada terma dan syarat.


Set Ruang Tamu


Yang bestnya, Courts juga ada mempamerkan beberapa konsep seperti ruang tamu dan bilik tidur. So dari situ kalau kita dah tatau nak buat konsep macamana. Bolehlah dapatkan inspirasi di Courts. Haaaaa,senang sahaja,Courts ada ! Kesemua yang dipamerkan itu ada 23 style,dimana 5 set ruang tamu dan 18 set bilik tidur :D


Jaminan Harga Terlajak Rendah

Kadang kita memilih nak membeli,tapi apakata kalau bandingkan harga diluar sana dengan Courts ni.. banyak kelebihan bila korang shopping di Courts dan kelebihannya korang boleh refer jadual yang aku share kat atas ni...Best la sape shopping kat Courts,macam-macam dapat!hehe...



Jangan lupa, promosi murah bermula dari 27 jun sehingga 9 julai 2015 dan hanya di Courts cawangan Setapak sahaja. Jom jangan lepaskan peluang untuk merasai benda baru di Courts serta harga yang berpatutan. Masa nilah nak berjimat ye dok? Selamat hari raya dan selamat shopping di Courts semua !!!!! 


Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang Courts korang boleh layari 



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


You May Also Like

7 comments

  1. Assalamualaikum onie..sofa katil tu dah lama berkenan dihatiku. Hehehee rumah kita pun takde sofa. Bersepah duduk hahahahaha

    ReplyDelete
  2. kiita nak beli meja kcik la sutir mek. belanja kita boleh dok mek . mek comel

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. respon kawan aku bila taw pasal courts buat style camni : "baguslah, baru nak pandai"

      Kan bagus buat style camni, orang suka. lepas ni lepak courts la pulak. hehehe

      Delete
  4. Geram pulak tengok barang banyak! Insya Allah nak singgah lah. tak jauh pun dari office!

    ReplyDelete
  5. pergh, awal onie gi sopping
    siap pakai baju rayo lagi tu

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..