Jom Terbang Bersama AirAsiaX ke Sapporo!

by - August 21, 2015

Sebut pasal terbang-terbang ni, masa umur belasan tahun.. ketagih nak naik flight tu toksah kata la. Ketagih hokay. Dulu tak mampu gila nak naik flight. Alhamdulillah,sekarang dah kerja sendiri.. kumpul duit sendiri dapat la naik seketul kapal terbang. Bukan apa, perasaan nak berada diawangan sangat memuncak. Pengalaman pertama aku naik flight sangat nak tergelak jugak sebenarnya, time tu nak pergi bandung. Naik AirAsia. Walauwei.. Perasaan teruja tu,kau tanya jela kawan sebelah seat aku, dorang jelah tahu perasaan aku time tu! Tu first time la kan. Kali kedua naik flight,aku tempah AirAsia jugak. Nak p kuala terengganu je pong. Nasib sungguh malang, sebab aku tak duduk sebelah tingkap, huwarghhhhh...




Kali ketiga aku naik flight masa nak pegi Bangkok, teruja gila kau duduk tepi tingkap..Memang tak la aku nak tidur dan kali ketiga ni jugak aku merasa makanan dalam flight. Rupanya aku seorang yang rugi tak tempah awal-awal makanan dalam flight sebelum-sebelum ni,haha...Serius sedap! Kalau nak beli makanan dalam flight,better korang tempah sesiap masa kat online nahhhh..Nasi Lemak Pak Nasserrrrr,emmmmmm...rinduuuu,takkan nak kena naik flight lagi ni weh?haha..



Bersama saya,Benyamin Ismail, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad


Kalau korang tak tahu lagi,AirAsia X adalah peneraju syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh. Kalau korang nak tahu jugak,AirAsia X telah mengumumkan penerbangan terus 4x seminggu dari Kuala Lumpur ke Sapporo bermula dari 1 oktober 2015. Yeayyyyyyyyyyyyyy! Abang,jom la pergi Sapporo ! Saya teringin sangat awak. Bersempena dengan pengumuman laluan ini, AirAsia X menawarkan promosi tambang termasuk semua bermula dari serendah RM99* sehala bagi tempat duduk ekonomi atau RM999* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed. 




Adoi,mak teringin nak try yang Premium Flatbed. Adakah aku kena book ticket flight ni? huwarrrr.... Mengigau aku kalau masuk website AirAsia ni,lelagi sekarang tengah ada promosi,nak menangis rasa tengok promosi kat website AirAsia ni.



AirAsia X : Kuala Lumpur - Sapporo

Aku rasa kalau orang tanya flight mana yang best,dah semestinya aku jawab AirAsia . Dari segi harga tiket sangat puas hati. Nasi Lemak Pak Nasser lagilah puas hati,hik...... Apa yang aku bangga dengan AirAsia X ni adalah kerana telah membawa lebih dari 1.5 juta tetamu antara Jepun dan Malaysia. Oleh sebab itu, AirAsia X akan melalui laluan Sapporo dan Kuala Lumpur terutama bagi pelancong Jepun yang akan ke Malaysia.




Apapun, Sapporo ni sebenarnya terletak di Jepun yang mempunyai 1.9 juta penduduk. Sapporo ni memang tempat yang sangat sesuai dilawati sepanjang tahun yang terkenal dengan makanan laut yang segar,salji putih,dunia seni tempatan dan banyak lagi.


Tempat dan tips bagi siapa yang nak ke Sapporo :-


  • Antara 5 tempat yang wajib korang terjah adalah Koyo atau tempat menyaksikan warna-warni musim luruh semasa bulan Oktober terutama di Pergunungan Taman Negara Daisetsuzan yang merupakan tempat terbaik bagi menikmati keindahan warna-warni musim luruh
  • Bulan yang sesuai untuk korang kunjungi adalah pada musim sejuk,Festival Salji Sapporo yang terkenal dan meluncur ski di pusat peranginan bertaraf dunia Hokkaido.
  • Pada musim panas pula,nikmati keindahan romantis bunga-bunga di taman bunga Furano-Beiei dimana Hokkaido penuh warna-warni dengan pelbagai jenis bunga mekar.
  • Festival Lilac dan Yosakoi Soran di Odari Park merupakan tempat bagi pelancong menikmati festival musik,majlis meminum teh di luar dan aktiviti mengumpul setem.







AirAsia X Berhad kini terbang dari Kuala Lumpur ke Jepun dengan penerbangan 5x seminggu ke Osaka dan penerbangan harian ke Tokyo. Tips nak senang semasa menaiki AirAsia adalah dengan cara menggunakan Kaunter Laluan Pantas . Bagi tetamu Premium Flatbed dan Premium Flex mereka boleh membuat pemeriksaan imigresen di kaunter laluan pantas di lapangan terbang KLIA 2 semasa ketibaan dan pelepasan. Yang penting takyah baris pepanjang dan aku sendiri pernah try servis Premium Flex, memang sangat selesa dan mudah !



Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) - Sapporo -Shin-Chitose,Japan (CTS)

No Penerbangan: KUL - CTS
No Penerbangan: D7 550
Berlepas: 11:35PM
Ketibaan: 8:10AM
Kekerapan: Selasa,Sabtu,Khamis,Ahad

No Penerbangan: CTS - KUL
No Penerbangan: D7 551
Berlepas: 9:20AM
Ketibaan: 5:00PM
Kekerapan: Isnin,Selasa,Jumaat,Ahad


Antara tempat menarik di Sapporo 

Odori Park

Former Hokkaido Government Office Building (Red Brick Office)

Odori Park

Takino Suzuran Hillside National Park


Lawa sangattttttttt Sapporo ni, semoga satu hari nanti dapat la ke sana.... ^__^





Laman Web: airasia.com
Laman Mudah Alih: mobile.airasia.com




Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

4 comments

  1. Apesal dlm gambar ni khai mcm bambam ? haha .. amboi rajin update blog haa.. x dang nk kejor kiteee T__T

    ReplyDelete
  2. bestnye pergi luar negara....nak survey tiket la!

    ReplyDelete
  3. hye...singgah sini nak ucap terima kasih sebab rajin baca entry and tinggalkan komen di blog Syira Lokman :) semoga murah rezeki ye :)

    ReplyDelete
  4. bestnya..bilalah nad nak naik kapal ni

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..