Kempen Kesedaran Bersama Artis Tempatan dan Antarabangsa Bahawa Indahnya Islam.

by - August 28, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua. So, 30 dan 31 ogos ni korang pergi mana? Ke ada yang plan nak bercuti nanti? Mesti bestkan. Alhamdulillah time tu aku pun cuti dan sempena cuti kemerdekaan ni, aku nak kongsi satu benda. Sebab aku excited nak pergi satu tempat ni.  Lagipun 30 Ogos tu weekend dan elok pulak hari ahad, jadinya aku decide nak pergi Stadium Malawati Shah Alam.



Festival Ilm Arts 



Ada apa mek kat Stadium Malawati Shah Alam?

Oh,dah tentulah bukan nak menyopingkan diri. Sebagai seorang belia yang masih hidup bujang ni, aku rasa memang patut ke kempen ini. Okay, kempen apa ni mek? Berbalik pada tajuk aku atas tadi. Ini adalah Kempen Kesedaran Bersama Artis Tempatan dan Antarabangsa Bahawa Indahnya Islam atau Festival Ilm Arts yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.




Sebab apa kau nak pegi ni Mek?

Sudah lama aku kurang pergi ke tempat-tempat yang berilmu nak-nak orang yang telah dikenali samada di Malaysia atau antarabangsa. Bukan tu sahaja, pada belia yang mempunyai masalah tak kira dengan masyarakat atau komuniti lain aku cadangkan korang pergi 30 Ogos ini untuk apa? Untuk menyebarkan mesej bahawa Islam itu indah. Selain itu, kita boleh merapatkan hubungan silaturahim sesama muslim atau bukan muslim. Apa yang penting, bersempena Hari Kemerdekaan ini, jomlah kita cetuskan sifat positif dalam diri kita untuk menghadiri Festival ini.


Ingat, Festival ni bakal menempa sejarah dunia Islam kerana ianya merupakan festival yang akan menampilkan barisan personaliti dan artis tempatan dan antarabangsa dalam satu arena.




Sebanyak 30 artis dan personaliti tempatan dan antarabangsa akan bersama korang nanti yang datang dari pelbagai genre karya dan hiburan. Antaranya adalah fotografi, graffiti,seni pertahanan diri, sukan papan luncur, nasyid, kaligrafi,komedi dan banyak lagi !!!
Personaliti dan artis pelengkap festival dan sebenarnya ini adalah festival yang sangat unik. Banyak yang kita boleh tengok nanti di festival ini antaranya adalah ekspresi seni. 





Apa yang aku tertarik dengan festival ini adalah membuka mata masyarakat tentang Islam. 




Dimana, Islam ini bukanlah satu agama yang terlampau liberal atau ekstremis seperti kerap dilaporkan oleh media massa antarabangsa. Selain itu, Festival ini bukanlah semata-mata hiburan yang melalaikan bagi sesiapa yang hadir nanti. Namun, festival ini adalah salah satu cara untuk mendekati golongan muda dan golongan bukan Islam dan menarik minat mereka untuk melihat sendiri akan keunikan dan keindahan Islam. MasyaAllah, indah sungguh program ini. 







Antara artis yang bakal menampilkan persembahannya di Festival Ilm Arts adalah..
  • Artis Hip Hop; Altimet dan Mizz Nina
  • Muadz Dzulkefly
  • Shazet
  • Chef Terkemuka dan pemilik restoran FIQs Gastronomy; Syafiq Zane
  • Qari Terkenal; Sheikh Mishary Alafasy
  • Penyanyi Nasyid; Zain Bikha (Afrika Selatan) 
  • Personaliti Komedi Hollywood; Omar Regan (AS) dan Bab Ali (AS)


PEMINAT SKATEBOARD!!!!!!!
Korang memang beruntung ! Sebab Jordan Richter pun ada dan akan membuat pertunjukan skateboard.


GENG FOTOGRAFI !!!!!!!
Masa ni lah nak mantapkan bidang fotografi korang tu, sebab Peter Sanders pun ada. Kenal? Beliaulah seorang ikon dunia fotografi Islam yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.


CERAMAH!!!!
Tak lain dan tak bukan, Ustaz Nouman Ali Khan dan Syeikh Daood Butt iaitu personaliti Islam terkenal antarabangsa akan memberi ceramah :D


Antara artis dan personaliti yang hadir



Bagi tiket Violet Zone iaitu VIP yang berharga RM1062 tu termasuk VIP Parking, Number Seating, Backstage Pass,Dinner,Free Gift and Group Photo. Untung-untung dapat backstage tu haaaa...Kemasukan pun PERCUMA untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun ( Dengan pengawasan org dewasa yang ada tiket ye ) 







So korang,jomlah beramai-ramai ke Festival Ilm Arts

Tempat : Stadium Malawati Shah Alam
Disokong oleh: Astro Oasis, Karangkraf, Tourism Malaysia, Visit Malaysia 2015, Air Asia dan iM4U.
Masa: 11 pagi - 10 malam




TIKET BOLEH DIBELI DI
WEBSITE : http://ilmartsfestival.com

HARGA BERMULA DARI RM55 HINGGA RM1062. 


Untuk Maklumat lanjut korang boleh geledah




Jumpa korang nanti ye ! InshaAllah Mek Onie pun akan pergi festival ini :D

Salam sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

5 comments

  1. Bestnyaaaa tapi kita dah beli tiket balik Pahang tak dapatlah nak pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe awak,nnt kita share ilmu nah,hee

      Delete
  2. bagus dengan adanya majlis seperti ini...mampu membimbing anak muda

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..