Pengalaman Menonton Superstar of Magic 4 di Genting HIghland!

by - August 18, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku rasa not fair kalau aku rasa pengalaman ni sensorang tanpa share dengan korang. Oh, kat sini sape peminat ahli silap mata dan suka tengok silap mata? Sejujurnya kali pertama aku tengok show silap mata dari ahli silap mata antarabangsa. Pertama kali okay! haha...Mula-mula aku macam tak berapa nak fokus sangat dengan show dorang. Tapi bila perhati setiap gerak geri mereka aku tertarik dengan taktik yang mereka lakukan untuk 'menipu' audience.

Ada yang aksi bahaya,ada yang menggunakan teknologi dan sebagainya. Untuk pengetahuan korang semua, tahun ini adalah tahun ke-4 penganjuran Superstar of Magic 4 ini di Genting Highland. Seramai 7 orang ahli silap mata akan membuat persembahan mengikut idea mereka sendiri.  Di mana tema tahun ini adalah  Magic of the East Meets West . Oleh sebab itu, ahli silap mata dari barat ke timur akan menghiburkan anda semua.





Genting Highland

Haritu pergi hari ahad dan sangat crowded gila Genting Highland. Biasalah,hari ahad biasanya hari cuti bersama keluargakan. Tapi mostly kat atas sana ramai tourist. Nak diceritakan, aku dah lama gila tak naik Genting Highland, almost 17 years ago kot .. Last aku pergi Genting Highland ni time family day abah aku. Masa tu bebudak yang lap hingus kat baju lagi gaisss.  dah lama gila tak naik,aku jadi tak tentu hala jap,wakakakaka...


Kenapa lain gila Genting Highland sekarang dan dulu,huwarrrrr... Actually, Genting Highland tengah renovate dan berkemungkinan akan siap tahun depan terutama pada bahagian Outdoor Games tu. Tak sabar jugak nak tunggu siap.


So, jomlah kita berjalan ke tempat show silap mata tu. Jauh gak la weh tapi sokay... Jalan sambil tengok perubahan Genting Highlang :D


Genting International Showroom,Genting Highland




SUPERSTAR OF MAGIC 4
10 July 2015 - 25 October 2015
Genting International Showroom (GSIR)
8pm


Harga tiket dan waktu persembahan


7 orang ahli silap mata yang datang dari barat dan timur.












Mek Onie di Genting International Showroon


Magician Jeff Lee ( Taiwan ) , Mek Onie , Dikbee & Magician Ted Kim ( Korea ) 




Bersama blogger dan ahli silap mata di Genting


Totally best, lagi-lagi first time tengok silap mata secara langsung. Terpegun la kau. My Fav magician is Jay Mattioli, dia punya silap mata memang perghhhhh!!!! Apapun thanks Genting Highland kerana memberi peluang untuk melihat sendiri Superstar of Magic 4 depan mata. Happy ! Till then... bukan tu sahaja, haritu pun kita orang dibawa ke ' behind the scene ' tour dan tempat makan baru di Genting Highland . Kalau nak tahu apa dia behind the scene tu, please terjah blog aku hari-hari ,banyak benda nak cerita tapi masa ni selalu jeles dengan aku ,hadeiiii :)


DAH JOM BOOK BERAMAI-RAMAI ! TAK MENYESAL TENGOK. PUN BOLEH BAWAK ANAK-ANAK AMPA NAH!

UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG AKTIVITI DI GENTING HIGHLAND KORANG BOLEH RUJUK BAWAH NI YE :)





Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


You May Also Like

15 comments

  1. bestnya Mek Onie...psst..Skyway still beroperasi kan?

    ReplyDelete
  2. bestnya kak... dah lama tak pergi genting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. genting sekarang banyak renovate... tapi still boleh jalan la atas tu :D

      Delete
  3. seronok jugak... boleh la g next time... :D

    ReplyDelete
  4. pernah tengok circus ngan silap mata masa sekolah dulu.. laamaa dah kot tak tengok..

    ReplyDelete
  5. bertuahnyaaaaa dapat tgk show mereka secara live...!!
    memang special la kan.. dapat bergambar sama pulak tu... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
  6. wah, minat jugak !

    singgah sini dari blog lisa :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Mek Onie,

    Seronok dapat tengok live, teringin nak pegi..
    Best, best, best..

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..