Tips Jelajah Bersama Gaya Travel di Pasport ASEAN Dan Menang!

by - August 21, 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku sesejak pegi pulau perhentian haritu minat nak travel tu selalu sangat ada..tapi masa je tak ada.. huwarghhh.. Teringin sangat nak pegi tempat cecantik. Bukan cantik je,tapi penuh dengan keunikan dari segi budaya dan ekonomi sesuatu tempat tu. Disebabkan peluang nak berjalan tu takde masa... aku happy jugak sebenarnya,sebab kat rumah ni ada Astro..banyak jugak siaran kisah travel. Tapi kali ni siaran travel bukan di Astro sahaja ye gaisss..kat siaran televisyen no.1 pun ada. Yeayyyyy, tq RTM!


Kisahnya, 3 ke 4 minggu lepas aku ada pergi majlis pelancaran program televisyen terbaru yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) . Sorry la korang, cerita agak lapuk tapi rancangan yang aku nak ceritakan ni masih tak terlewat lagi untuk korang tonton dan tahniah aku ucapkan pada Majalah Gaya Travel Nusantara atau lebih dikenali sebagai Gaya Travel.





RUANG EVENT SPACE

Selari dengan perlantikan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2015, 'Pasport ASEAN' membawa para penonton Malaysia bersama-sama menjelajah ke destinasi-destinasi tertentu sekitar ASEAN melalui 13 episod. 


Antara topik-topik yang dibincangkan ialah tarikan pelancongan, budaya komuniti ASEAN dan tempat-tempat penginapan di destinasi tersebut. Mana taknya, setiap pembikinan sesuatu program mestilah ada objektif tertentu dimana mereka berhasrat mengembangkan minat masyarakat umum untuk melancong dalam rantau ASEAN sendiri serta menerima ASEAN sebagai satu pasaran besar tanpa batasan.



Tujuan Pasport ASEAN adalah untuk memberikan informasi terkini tentang pengembaraan dalam rantau ini serta keunikan destinasi-destinasi terpilih daripada segi sosio-budaya dan ekonomi. Selain itu, Pelancaran Pasport ASEAN ini juga adalah bersesuaian dengan perlantikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai Sekretariat ASEAN.


Apapun,setiap apa yang mereka usahakan bukan sahaja atas kepentingan sendiri tetapi mereka akan berkongsi dengan para penonton tentang perkara-perkara yang sudahpun dicapai oleh pihak ASEAN melalui pelan-pelan tindakan sebagai sebuah institusi.


Korang! jangan lupa,tengok-tengok jugak.. hadiah pun sebenarnya menanti anda..anda berpeluang memenangi hadiah yang sangat lumayan sehingga RM30,000 . Dah dapat bercuti free-free weh.




Bukan je ada pelancaran program televisyen 'Pasport ASEAN' haritu, sempena Aidilfitri turut diikuti oleh majlis 'Raya with Friends' kelolaan Gaya Travel. Terima kasih Gaya Travel sudi menjemput diri ini. Enjoy gila haritu. Memang banyak aktiviti yang ada,contohnya makan..wakakakakka...aktiviti wajib,lol... menggayakan samping,menganyam ketupat dan banyak lagilah.. Paling penting dia punya cabutan bertuah tu banyak gila dan sangat puas hati. Jyeahhhh!


RUANG EVENT SPACE

RUANG EVENT SPACE

RUANG EVENT SPACE
AKTIVITI GANYANG SAMPING :P

Nasib baik takde tali pinggang pending je,kalau ada.. aku dah menang,kbai...hahahahahhaha... Pandai jugak aku ganyang samping ,pasni boleh la pakaikan kat bakal suami,bhahahahahhahaa


Projek Travel
Tak kering gusi duduk dengan depa

Apapun,terima kasih banyak-banyak pada Gaya Travel kerana sudi menjemput diri ini. Oh,nampak yang aku pegang tu? tulah majalah Gaya Travel yang mengandungi 176 muka surat dan diterbitkan 2 kali sebulan oleh Suri Media Sdn.Bhd , Kumpulan Media Chandi dan Sirron Galeria Sdn.Bhd. . Majalah Gaya Travel diterbitkan enam kali setahun dimana 50 % daripada kandungan majalah adalah tentang Malaysia manakala selebihnya meliputi seluruh dunia. 


Objektif Utama Majalah Gaya Travel:-

Berkongsi pengalaman menggembara yang menggayakan serta memberikan inspirasi secara langsung kepada para pembaca. Majalah tersebut meraih anugerah Majalah Pelancongan Terbaik 2013 ( Tempatan) semasa Anugerah Pelancongan Malaysia 2012/2013.


 JANGAN LUPA KORANG,SAKSIKAN PASPORT ASEAN DI TV1 SETIAP HARI AHAD JAM 9.30 MALAM. KUIZ ADA,HADIAH LUMAYAN OIIIIIIIIIII... 


WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER | #GAYATRAVEL




Foto : Facebook


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

2 comments

  1. Bestnya. Rugi tak dapat join haritu :(

    ReplyDelete
  2. woah meletop event dia! nanti boleh usha majalah tu camne gayanya

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..