Tips menghalau serangga dan haiwan berbisa - Serai Wangi AFY Haniff

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernah tak dalam kehidupan kita semua ni letakkan satu kesedaran terutamanya dalam menjaga kebersihan luar dan dalam rumah. Tak kira la rumah ke opis ke.. Kesedaran tu penting untuk menangani gejala yang tidak sepatutnya. Dari mana sebenarnya kita nak wujudkan kesedaran tu? Sebenarnya kesedaran tu bermula dari diri kita sendiri. Sama ada kita nak terima sesuatu kebaikan atau pun tak. Jadi. 


Lipas yang diawet oleh ridsect :P


Untuk kali ni, aku nak cerita satu pengalaman di mana aku ni memang alergik dengan semut. Lagi teruk lipas dan tikus ! hahaha.. Aku tatau kenapa tiga-tiga haiwan tu aku tak boleh nak tengok,huhu... Apapun,aku nak tekankan hal semut. Walaupun sekor semut, aku akan cari tempat 'perhimpunan' dia sampai dapat. Jenis aku, kalau semut tu datang merayap kat badan aku pun aku dah tahu,huhu. 



Lipas? Heiiiiiii...lagilah gila aku rasa kalau nampak lipas berkeliaran,tak tenang hidup weh. Lelagi time dalam toilet tengah mandi,kau rasa kalau nampak lipas, kau nak lari ke kau nak duduk dendiam?hahaha.. Jenuh weh ada binatang macam ni. Nak tidur pun tak tenang,huhu..


Disebabkan adanya kesedaran diri, aku ambik keputusan untuk guna produk Serai Wangi dari AFY Haniff. Ya Allah, seriously aku tatau pun yang produk ni wujud. Lepas aku tengok ramai kawan-kawan yang expose pasal produk ni, aku jadi berminat gila nak try ! lagi-lagi ubat menghalau serangga dan haiwan berbisa. Oh korang sebenarnya tahu tak, serai ni bahan utama yang ada dalam produk SERAI WANGI SERIES dari AFY Haniff ni selain khasiat melegakan sengugut. haaaa...engko jangan nak main-main dengan serai ni,banyak khasiat dia. 


Selain aku menggunakan Serai Wangi dari AFY Haniff ni.. aku nak share satu benda jugaklah iaitu tips menghalau serangga dan haiwan berbisa menggunakan Serai Wangi AFY Haniff ni... Weh! banyak gila hokay produk dia,tapi aku nak fokus ke SERAI WANGI jela eh,yang lelain kalau aku ada masa aku share! 








Pengenalan sikit untuk video yang tak seberapa ni. Korang bolehlah tengok dengan tutup mulut sekali  dan sedia plastik sesiap, maaplah.. video tak havoc la gaisss,hahahaha...tapi nak jugak buatnya :P Okayyyyyyy,dah tengok videooooo? agak-agak dah cerah sikit la kot pasal Serai Wangi ni ye gaisss.. Sorry sekali lagi,sebab kualiti video masih ditahap yang lemah. 


Dah la, jom aku nak cerita tips menghalau serangga dan haiwan berbisa dan cara menggunakan Serai Wangi AFY Haniff ni. 



Kesegaran Serai Wangi : Pekatan Herba Serai Wangi


Aku ingat lagi, balik kerja haritu aku rasa nak tersembur sekejap sebab satu rumah bau serai,aku ingat dari mana datang dia.. Sekali abang posmen yang hantarkan, terkejut tau. First time aku terima parcel segabak besar dan berat. Apapun, bau serai wangi ni sangat menyenangkan. Fefeeling tanam serai kat dalam rumah weh,hik... *emmmm,tetiba rindu bau pokok-pokok,emm..






Produk Serai Wangi by AFY Haniff

Produk yang aku akan kongsikan adalah :-
  • SW Concentrated 900/500 ml
  • SW Concentrated 650ml
  • SW Anti Tikus/Lipas
  • SW Hanging Concentrated 10ml
  • SW Pelita 1000ml/300ml (NEW!)


*SW - Serai Wangi





SW PELITA 1000ML/300ML

Jadikan ruangan hidangan anda dengan suasana yang lebih romantik ^_^


u know gaisss, atas ni la SW Pelita gaissss.. haritu nak bawak balik kampung kononnya nak pasang pelita kat luar rumah,sekali serai wangiku tertinggal di selangor,hahahahahha! kecewa la kejap weh...kalau tak, boleh aku riki-riki ke sedara mara aku. Tapi takpelah... next time aku bawak balik bagi ke nenek aku,confirm dorang suka gilehh. 


Selain dari nak buat pelita guna SW Pelita ni, aku letak kat tempahan kuih mak aku haritu. Alhamdulillah,takde nyamuk ke lalat ke menyinggah kat sini. Lega. Mak aku terus suka bila ada SW Pelita ni, kiranya penyelamat keadaan la kan. Bukan haritu je aku letak,hari-hari masa mak aku buat kuih mesti kena pasang benda ni,maklumlah... kita nak bagi orang makan kenalah jaga kebersihan orang lain juga.



SW Pelita


Selain dari letak kat hidangan makanan, boleh jugak jadikan sebagai deco gaisss... Aku pilih untuk letak atas meja aku buat kerja dalam bilik... Perghhh... tenang hidup takde nyamuk kacau..bukan tu je, terus fefeeling duduk dalam bilik romantik,hik...




Serai Wangi

Cara nak guna dia senang je korang. letak air paip pastu letaklah SW Pelita kemudian baru boleh letak sumbu dia... haaa... Hasilnya terus macam kat hotel romantik. haaaa...





Macam bekas tu,tak kisah la korang nak letak dalam bekas macamana. Aku prefer korang letak dalam kaca yang jernih tu,serius cantik !Sesambil menghalau nyamukkan, sesambil jugaklah kita mencantikkan suasana,hehe




Sumbu 

SW Pelita

SW Pelita ni didatangkan khas dengan sumbu dia sekali,free of charge haaaa... kiranya free gift lah,tayah dah sesusah nak cari tempat lain. 





Macam aku, aku pakai dedua ... 1000ml dan 300ml...standby, maklumlah....aku ni suka jugak dengan lilin-lilin macam ni,rasa macam tenang je... tapi hati-hati jugaklah eh korang...apikan...jaga-jaga la keselamatan sama :)

Bau dia? alaaaa,takde menusuk hidung sangat pun ... just nice la bau dia.. Paling penting,kalau korang pakai dalam 25-50ml minyak ianya mampu bertahan sampai 8 jam weh... haaaaa,jimat ridsect dan ubat nyamuk ampa tu....



SW HANGING CONCENTRATED 10ML






bukan sebagai penggantung semata-mata ye,tapi fungsi dia memang sangat worth it dengan harga dia. Bekas dia pun cute je. kalau taknak pakai SW Pelita tu, korang boleh jugak pakai SW Hanging ni..gantung ikut citarasa korang, nak gantung dalam kereta boleh, kat dapur boleh,dalam almari boleh (tapi nanti baju bau serai la,hehe..tu pun if u dont care la kan ) . Selain tu, boleh jugak gantikan ubat lipas yang biji-biji bulat dalam bilik air tu pada SW Hanging ni...


Yang penting bau dia tak bau racun ye... Bau dia semua nice-nice,tu yang aku suka dengan SW ni. 


SW SPRAYER 650ML

SW Sprayer



aku paling berminat dengan SW Sprayer ni weh.. biasa aku tengok kat kedai makan je orang pakaikan, kali ni aku sendiri pakai ! sememangnya berkesan..yang paling aku teruja bila aku sembur sekali dan lap dengan kain basahan sikit.. terus licin permukaan yang aku sembur tu, kira takdop 'klarin' la awop dio... 


Ya Rabbi ! SW Sprayer ni best seller masa 2014 kot weh ! memang patut sesuai la... bestttt masa guna SW Sprayer ni. SW Sprayer ni dia cair sikit la dari SW Concentrated 900ml/500ml. Kau orang jangan tengok dia cair saja. Sebenarnya SW yang ni boleh menanggalkan kesan kotoran yg degil-degil tu pastu boleh bersihkan gak tumpahan kat peti ais. Perghhhhhh! Terbaik.. aku sekarang bersihkan table top ni pun banyak pakai yang ni je,sebab senang, sekali spray dan lap pun dah ok,tayah dah nak bilas-bilas dengan air paip pulak, benda ni tak racun hokay...






Haaaaa.... yang ni botol kecik punya la..500ml... yang ni cecair pekat sikit dari yang atas tadi(sprayer) aku cerita tu... haritu aku ngemop lantai rumah aku,aku pakai SW ni... macam sukatan tu ikut suka korang la nak banyak mana... ikut citarasa masing-masing.. tapi dia ada rasa macam licin sikit la tapi okay la,just nice... macam aku cakap atas tadi,ikut citarasa memasing... maybe aku kena kurangkan sikit sukatan masa nak bancuh.




dalam botol tu,SW Concentrated 900ml/500ml


Ingat ye, sprayer sahaja yang cair .. yang dalam botol tu dia pekat sikit,so pepandai la bancuh nanti,haha.... pengalaman aku lepas ngemop lantai guna produk ni, aku puas hati..lepas kering tu kaki selesa je nak pijak,takde la lekit-lekit ke apa...yang penting masa nak sukat untuk bancuh tu pepandai la bajet eh..satu lagi,kalau ngemop pakai SW ni.. tayah dah bilas dengan air..sebab SW ni tak beracun oiiiii..jangan la nebes oi..

Paling penting, makin kuat aroma/kepekatan korang guna SW ni makin berkesan la fungsi utama untuk membunuh serangga ni. Untuk acik-acik yang suka menanam ni,eloklah kalau acik-acik atau abang-abang pakai benda ni ( fokus pada dalam botol gambar atas) untuk hapuskan serangga/ulat dari merosakkan pokok-pokok kecintaan acik-acik. 


fuhhhh!!!! 




SW Anti Tikus/Lipas





Korang ingat lagi tak dengan entry ni? ( sini ) haaaaaa,ni lah penyelesaian aku weh... bubuh seketul SW Anti Lipas terus bahagia hidup aku. Takde la geli-geli dah aku naik kereta memalam,huhu...Tips untuk keberkesanan SW Anti lipas/tikus hendaklah ampa semua letak di tempat yang gelap dan susah untuk dicapai terutama kekanak sekalian,maklumlah ... aku tengok dari jauh pun macam sekeping biskut strawberi,hahaha..inikan pulak bebudak kan??? 


SW Anti Lipas ni didatangkan dalam bentuk Wax solid dimana ianya susah nak melekat walaupun kita dah letak lama pada permukaan tu. Cara nak tahu dia dah wajib buang adalah bilamana baunya sudah kurang. Maka,bolehlah buang dan gantikan yang baru,mudah ! 



Haiiiiiiiiiii lipas !
Haiiiiiiiiiiiii tikuih ! 
Jejaga ye. 
Senang je pakai SW Anti Lipas/Tikus. Letak je kat memana tempat yg ada tikus,lipas atau serangga lain.

Nasib baik lipas dengan tikus ni tak pandai baca, kalau tak..awal-awal lagi dia melarikan diri,wakakakakakaka...




Apapun ! Serai Wangi the best habaq angggggg!
Dengan konsep 3M maka pengguna mampu Menghalau,Menghindar dan Membersih !



Harga produk Serai Wangi Mampu Milik!

haaaaaa,puas hatiiiii....lepas ni kehidupan aku penuh dengan bau serai, orang tanya...tak sakit hidung ke bau serai macam tu? honestly, bau dia tak sekuat yang amp pikiaq noh... bau dia nice sangat... 



Mana pulak nak dapat produk Serai Wangi ni mek?
Okay ! korang boleh terjah 
Giant | Mydin | Tesco | Jaya Grocer | Econsave | Family Store | Kipmart | Songmart | Mercato | Sam's Groceria 




okay ! kat sini sape pakai Serai Wangi,best tak????????



atau boleh search review di instagram : 
#SWSeries #SeraiWangiAFY #ReclaimYourSpace

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

5 ulasan:

  1. wah..bagusnyaa..macam2 produk serai wangi kann..

    BalasPadam
  2. give me 5......!! mencikkk jugak dengan lipas... aaarrrggghhh... *tetiba stress*
    hahahahaha.... ada juga guna Serai Wangi ni.. selain berkesan menghalau lipas-lipas tu, paling suka sebab bau serai wangi tu sendiri.. wangiiii dan segar... takde la bau ubat gegat... yaarkkk...!! hihihihii... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..