AirAsia Runway di Pentas Peragaan KL Fashion Week 2015

by - October 02, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Waduhhhhhhhh! Sorry, agak terlewat aku share pasal AirAsia Runway ni. First time jugaklah aku pergi fashion show yang gebum-gebum ni. Terima kasih AirAsia kerana sudi menjemput saya ke AirAsia Runway di Kuala Lumpur Fashion Week 2015 16 ogos lepas. Haaaa, nak dekat 2 bulan aku peram cerita,hadoi.. sorry gais sorry.. Terkesima sangat kot :P


Korang ingat lagi tak AirAsia ada buat pencarian pereka fesyen masa bulan 5 2015 ritu? Seriously ramai yang sertai dan hanya 10 pereka muda yang akan memperagakan hasil kerja mereka di KL Fashion Week Ready To Wear 2015. Fuh! Memang terbaiklah bagi mereka yang terpilih ni :D


Apa yang menariknya, AirAsia terus menyokong pembangunan bakat muda dan pencarian ini bertujuan bagi memberi peluang kepada pereka fesyen muda ini untuk memulakan perjalanan mereka dalam industri fesyen. 







Juara AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 diumumkan di Pentas Peragaan KL Fashion Week yang dinilai oleh panel yang berpengalaman dalam dunia fesyen ini. Antara panel hakimnya adalah tak lain dan tak bukan iaitu pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan Khoon Hooi serta Khairul Abidin Ishak,Editor Majalah gaya hidup berbahasa melayu paling laris di Malaysia - EH!
10 finalis yang berpeluang memperagakan rekaan mereka adalah terdiri dari pelajar iaitu Shazmin Hashim, Syamil Fazwan dan Muhammad Nur Hazimin dari UiTM,Lee Bao En dari UCSI University, Liew Suet Yi,Ong Pei Yin dan Ter Mei Ching dari Esmod Kuala Lumpur The One Academy, Nur Irsalina Sulzaily dari Limkokwing University of Creative Technology serta Andy Yeo Kai Seh dan Foo Yee Ming dari Malaysian Institute of Art (MIA)



Pemenang tempat pertama membawa pulang sepasang tiket penerbangan pergi balik ke Tokyo, 60,000 BIG Points, satu unit komputer riba Dell Inspiron 11 3000 dan jaminan slot bagi memperaga koleksi penuh mereka pada KL Fashion Week RTW 2016! Pemenang pertama dan kedua menerima sepasang tiket penerbangan ke Sydney dan Hong Kong, dan juga 60,000 BIG Points dan 33,000 BIG Points; Trofi serta satu unit komputer riba Dell Inspiron 11 3000 setiap seorang. Seorang finalis bertuah turut diumumkan untuk dilatih oleh Jovian Mandagie bagi terus menerima pengalaman industri fesyen yang sebenar bersama beliau dan pasukan beliau di House of Jovian Mandagie.



Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “AirAsia sentiasa menyokong pembangunan remaja dan bakat di rantau ini. Kami merasa kagum menerusi koleksi pereka-pereka muda ini dan kami lihat potensi yang besar dalam diri mereka. Memperaga di pusingan akhir ini juga adalah satu kemenangan dan saya harap kesemua 10 pereka muda ini mengambil peluang dan pendedahan ini sebagai langkah pertama untuk terus melanjutkan impian mereka dalam menempa nama dalam industri fesyen”.



“Penghabisan AirAsia Runway Ready Designer Search hanya bermaksud satu permulaan perjalanan mereka dalam industri fesyen. Pemenang pencarian pereka ini akan mempersembahkan koleksi penuh di KL Fashion Week Ready to Wear tahun hadapan – dan kami sangat menantikan apa yang akan dipersembahkan tahun hadapan!,” Tambah beliau.  


Andrew Tan, Pengasas KL Fashion Week RTW berkata, “Kami memuji komitmen AirAsia bagi membantu pereka muda yang beraspirasi ini mencapai impian mereka. Menjadi sebahagian dari KL Fashion Week RTW adalah sesuatu yang besar dan hari ini kami melihat bukan satu atau dua tetapi 10 pereka muda yang diberi peluang untuk memperaga rekaan mereka di KL Fashion Week RTW. Keseluruhan pengalaman – dari pembentangan lakaran, sesi menyesuaikan baju (fitting), nasihat dari pakar, dan akhir sekali peluang untuk mempersembahkan koleksi mereka dan berkongsi pentas peragaan dengan pereka fesyen yang berjaya tempatan dan antarabangsa adalah satu platform yang menakjubkan”.  


The Grand Winner of AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 , Lee Bao En from UCSI University; 1st Runner Up Shazmin Hashim from Universiti Teknologi MARA (UiTM) and 2nd Runner Up of this designer search Ter Mei Ching from Esmod Kuala Lumpur; receiving their prizes from the panel of judges Ms Aireen Omar, CEO of AirAsia Berhad; Andrew Tan, Founder of KLFW RTW 2015; Jovian Mandagie, fashion designer; Khoon Hooi, Fashion Designer and Khairul Abidin, Editor of EH! Magazine.






Photo by Facebook: AirAsia

Design by Lee Bao En.Inspired by Angkor Wat & The Khmer People of CambodiaThe Grand Winner of AirAsia Runway Ready Designer Search 2015, Lee Bao En from UCSI University.






Kesemua sepuluh finalis dinilai berdasarkan keaslian, kreativiti, rekaan, persembahan dan konsisten dalam koleksi mereka. Sepanjang proses, mereka telah didedahkan kepada pereka yang terkenal dan penasihat fesyen, yang berkongsi tips dan nasihat dalam usaha menempa nama dalam industri.  
AirAsia adalah syarikat penerbangan pilihan utama juga menerbangkan pereka fesyen  YE’S dari ChinaSaveus dari AustraliaThomas Wee dari Singapura dan Mel Ahyar dari Indonesia untuk menjadi sebahagian dari beriasan pereka di KL Fashion Week RTW 2015, menghubungkan bakat fesyen di rantau ini menerusi jaringan perhubungan dan laluan. 








Maaf untuk video yang tak seberapa dari saya,hehe... Enjoy jela ye,kihkihkih..
AirAsia BIG, program loyalti antarabangasa syarikat penerbangan tersebut adalah penaja AirAsia Runway Ready Designer Search 2015, dengan penghargaan istimewa buat JW Marriott Hotel, dan Dell. 
Ikuti perjalanan AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 di saluran AirAsia YouTube (youtube.com/airasia) bagi menonton episod web, dibelakag tadbir dan wawancara eksklusif dan banyka lagi; ikuti juga Facebook AirAsia(facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia) untuk aktiviti dan kemas kini mengenai syarikat penerbangan ini.  




Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..