Night Of Fright 3 : Festival of Fear 3 Di Sunway Lagoon

by - October 21, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera la semua ye. Ya Rabbi, aku macam tak boleh nak move on lagi yang aku berani masuk rumah hantu. Ini pengalaman pertama aku masuk rumah hantu. Bukan rumah hantu level sekolah-sekolah tu weh. Ni level sampai kecut adrenalin aku wei. Sebenarnya aku taknak pergi pun tapi disebabkan perasaan aku tak dapat jumpa hantu kat Mimaland,Gombak ritu,aku redha dan aku okay la,jomlah ke Sunway Lagoon layan #NOF3 (nak sangat jumpa??) 


Rupanya, tak masuk main entrance Scream Park,Sunway Lagoon lagi aku dah kecut perut,inikan nak jumpa hantu yang real! haiyoooooo...punyalah,berazam tahun ni nak menyinggah masuk terus Mimaland dengan Highland Tower,haha...Cukuplah dapat masuk Sunway Lagoon yang scary gila ni ! Haha...Aku fikir hantu semua tu manusia je,tapi kadang ada jugak terkejut....hahahahhahahahahahhahahahaha


Ju-On 


Sebelum aku cerita pengalaman aku di #NOF3 ni,izinkan aku perkenalkan festival apakebenda la ni kan? Okayyyyyy.. Tahniah aku ucapkan kepada Sunway Lagoon kerana kembalikan nostalgia ini untuk kali ke-3 pada tahun ini. Kalau korang nak tahu, taman tema ini akan mula dibuka setiap malam sepanjang festival ini diadakan bagi meraikan bulan Oktober di mana sambutan Halloween (oooooooooooooooo....) diadakan. Seperti yang diberitahu oleh Mr.Sean Choo Shyang Lin,General Manager of Sunway Lagoon,siapa yang bakal datang kesini akan merasai keseronokan yang takkan dilupakan. (aahhhhh,sampai harini aku tak boleh move on weh pasal hantu-hantu tu,hahahahha)


Begitu juga Mr.Lynton V Harris,Chairman and Chief Exec.Officer oh the Sudden Impact Entertainment Company menyatakan Mr.Chaos iaitu zombie yang sudahpun terkenal dalam kalangan pengunjung Sunway Lagoon ini akan kembali lagi tetapi tahun ini agak berbeza sedikit kerana Mr.Chaos tak keseorangan kerana Mr.Chaos akan berkahwin dengan Ms.Havoc weh! So tak kebosanan la Mr.Chaos nanti. 


MALAYSIA'S PREMIER FRIGHT FESTIVAL RETURNS FOR 14 NIGHTS THIS OCTOBER. NEW MAZES AND SCARE ZONES THIS SEASON INCLUDES DEATH PORT, ESCAPE FROM PUDU 2, KEVIL HILL, SADAKO DORI & TOXIC - THE SCARIEST PLACE UNEARTHED 




Night Of Fright 3 : Scream Park,Sunway Lagoon


Dengan gigihnya aku drive sensorang ke Sunway Lagoon tu dan cari car park,hahahhahaha..Sebenarnya aku tak jumpa pun cari Scream Park tu...2 kali pusing jugak sebab aku lalu Surf Beach Entrance which is dah melepas Sunway Piramid Shopping Mall dan Piramid Tower Hotel. Alahaaiiiiiiiiii mek. Tak pernah tak sesatkan even dah berapa kali tengok Park Map Sunway Lagoon,huhu...Akhirnya jumpa jugak Scream Park tu,hahahahaha...Malu je mung mek..



Mr.Chaos


Perkenalkan Mr.Chaos dan pasangannya Ms.Havoc gaisssss...... amboi ni hantu ke manusia ni?hahaha... Siap gaun haaaaaa......




Mek Onie dan Zombie

Masa ni sebenarnya aku masih tak rela nak bergambar dengan zombie si penjual darah ni (eh) . Tapi okay la zombie ni jinak,dia tak kacau orang pun. Baik je dia jaga darah,hahahaha...dan sebab nak abadikan gambar dengan zombie dalam blog so aku GIGIHKAN jelaaaaaaaaaaa... Oh,gambar ni dah jadi profile picture TWITTER (twitter baru) aku korang,hahahaha.... Saja~

Ce teka harga darah tu berapa RM?aummmmmmmm.... 

Sebelum terlupa,kalau korang nak make up macam tu pun boleh..yang pasti jangan menggatal nak bawak benda tajam yang konon nak berlagak lagi seram,no no no..tak boleh ye adik-adik...makeup hantu boleh,nak pakai serupa hantu pun boleh,tapi janganlah pakai macam makcik sebelah zombie tu, panassssssssssssss...dan kalau boleh pakai la pakaian yang sesuai,sebab ada jugak aktiviti dalam air...aku fikir sebab aku pakai macam ni je aku malas nak buat aktiviti dalam air,huwarrrr.....rugi sekejap ..tapi gelnogsor air tu aku redah jugak,sebab aku kempunan nak main gelongsor dalam air tu,hahahahahahaha...





So,ni la team aku malam tu...Aku gerak ke Sunway Lagoon sensorang dan kita orang meet up kat Scream Park Entrance dan masa ni kita orang dah masuk zon berhantu tau.... so, get ready la pembacaku sekalian,hahahahaha... Kalau berani teruskan baca,tak berani pun teruskan baca...Masa ni la nak tengok hantu-hantu hensem,hahahahahahaha...






Hantu paling famous. Hahahhahaha... Mula tu seram,sekali suruh senyum,terus comel hantu ni,hahahahahaha... dan mula tu takut, tapi bila hantu tu banyak kali datang kat kitaorang terus tak takut,tapi mekap dia memang fuhhhhh! menjadilah :D






Ni hantu demand gila,hahahaha...lepas ambik gambar dengan dia boleh pulak nak tengok muka dia helok ke tidak. Sah-sah la tak helokkan?hahahahaha...Tunjuk satu gambar taknak,nak jugak tengok semua gambar dia,hahahahahaha.....






Okay, ni la hantu yang demand aku cerita atas tadi. Mula tu terkejut wei... elok je dia duduk sebelah aku masa first-first dia datang,pastu haaa...dah serasi katanya,hahahaha.... So,helok ke tidak muka hantu ni awak semua?hahaha....






Bagi chance satu lagi gambar dia duduk dalam blog aku. Jangan datang dalam mimpi aku sudah.....aku siat muka dia nanti,muka hantu ni paling geli geleman dan memang menakutkan. Sape MUA dia ni? Terasa nak berkenalan la kejap,hahaha...

Ingat eh, ni PENGALAMAN PERTAMA aku masuk rumah-rumah hantu ni, sebelum pergi aku bayangkan ada satu je rumah hantu dia...Sekali banyak wehhhhh,5 jenis rumah hantu ada. Kau rasa time tu memang menyesal gila masuk ! hahahahaha...Tapi sekejappppp...bukan tu je aku cabar diri aku dengan masuk rumah hantu...Tapi...





Perahu ni aku naikkkkk jugak wehhhhhhhhh.. Mula tu aku ingat dalam sudut 70 darjah je dia hayun,sekali sampai terbalik kepala aku dia hayun.....Lemah lutut aku sekejap, dah la menghadap muka kengkawan. Haaaa, tengok la muka kawan-kawan korang yang dalam ketakutan tu,bhahahahahahaha...Serius,last aku naik masa umur 9 tahun ke berapa tah. Lupa..pastu naik gelongsor airrrr,hadoiiiii ! rasa nak repeat pergi Sunway Lagoon lagi ke,huhuhuhu





Time ni aku tak ingat rumah hantu yang mana, tapi gelabah la memasing. Hahaahahahah! First masuk aku dengan dikbee duduk belakang sekali. Semua yang lelaki duduk depan kita orang,langsung la tak reti nak gentleman ! bhahahahahaha... so aku jalan dua dengan dikbee, cool sangat la kau time tu,padahal kecut habis dah perut...lol





Mumia ni pun nakal. Tapi the best part is rumah ni 3D wehhhhh! kau bayang aku kena pakai spek 3D,dah la malam tu pun aku pakai spek.. tak hadam sekejap nak pakai dedua spek,hahaha..tapi demi effect yang real and extreme aku pakai jela,serius lawa ! 





Zon Toxic ! time ni tengah beratur kat luar pun dah boleh dengar chainsaw dalam tu,gila senak perut...bebudak ni ajak masuk, aku pun okay jela masuk jela....sekaliiiiiiii dia bukan buat kat dalam bangunan tau,dia buat kat hutan,bahahhahahahaha.... berterabur pocong,mayat pastu time ni kita orang di bagi satu tali dan haaaa pegang la tali tu jangan lepas ! Seram weiiiiiii,tapi paling best kat sini la....! tetiba aku teringat clown prank (sila youtube sekarang!) sebijikkkkkk macam tu,seram gila...






Haaaaaaa....aku rasa korang yang baca dan minat dengan hantu-hantu ni wajib la ke Scream Park,Sunway Lagoon  sehingga 31 oktober 2015 setiap hari khamis,jumaat dan sabtu. Tiket dia aku sarankan korang beli je kat online,murahhhhhhhhhh..

Pengalaman yang paling tak boleh lupa sebab pertama kali masuk rumah hantu dan aku rasa macam nak pergi lagi ! hahahahahahha....lagi satu punya pengalaman paling tak boleh lupa aku kena rempuh dengan team aku sebab ada sorang(?) hantu tu keluar mengejut ! Siotttt je,dua kali aku kena hempap dengan 4 ke 5 orang gitu la,kelakarrr wei.....nasib baik dah nak sampai jalan keluar,keluar keluar terus gelak sampai menangis ! Mana taknya, aku kena hempap kat dinding sampai nak tercabut spek aku,nakal betul hantu ni,hahahhahahahhaha ..pastu dua kali pulak tu dia serang,cis ssss sungguh ! T_T


Okay ! Tu jela gambar aku nak belanja,selebihnya korang pergilah tengok sendiri dan rasa sendiri apa perasaan bila berada di sana! hehehehe.. Jangan lupa singgah Sunway Lagoon tau. Sape dah pegi?



Harga online : 1 pax RM45,2 pax RM80
Time: 7.30pm-11.30pm


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

13 comments

  1. seram jugak.. budak kecik masuk mau cirit birit hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12 tahun ke atas sahaja boleh masuk..bawah pada tu tak dibenarkan..hahaa

      Delete
  2. Whoa! Extremeeeee. Terbayang pengalaman kat USJ bila kena kejar zombie. Apa pun, macam best pula Night of Fright ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pojie u should go there! Baru la extreme gila

      Delete
  3. alahai, bestnyaa...
    kena pegi ni.. hee

    ReplyDelete
  4. menarik tapi sure terkucil tengok... seram oiii..

    ReplyDelete
  5. Gila besttt! Orang yang jd hantu tu pun cam real.. Perghhh

    ReplyDelete
  6. alamak wajib pergi je ni rasanyaaaaa...

    ReplyDelete
  7. x leh lupa naik kapal tu weiii.... pitam 10x

    ReplyDelete
  8. bnyk tgk org share pasal night of fright ni. tp nak pegi jauhhhh

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..