Hotel Di Shah Alam : Hotel De Art

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Fuh ! Aku tak pasti ni bulan 9 ke bulan 10 aku sempat stay kat Hotel De Art ni. First of all,thanks kepada seorang yang baik hati ni sebab sudi berkongsi rezeki bersama aku dan dikbee. Semoga seorang yang baik hati ni dimurahkan rezeki selalu. Well, roomate aku kali ni adalah dikbee. Bila aku kenal projek travel dimana team dalam tu semuanya jenis gila-gila, aku pun rasa macam dah sebati dengan depa. Kenal dikbee pun thru Projek Travel. Aummmmm.. Thanks projek travel ! Banyak pengalaman bila kenal dengan Projek Travel ni. Semoga kalian semua pun dimurahkan rezeki juga ye. Oh btw, korang pernah dengar pasal projek travel? Kalau belum pernah sila google projek travel now !



Okay. So,hotel pilihan Mek Onie adalah di Shah Alam je. Jarak dari rumah aku ke hotel ni adalah 34km sahaja. Dekat je pun,haha... Sekarang memang hobi aku tido hotel je,haaaaa...boleh gitu? haha... Actually, tidur hotel ni memang dah lama aku impikan. Biarlah hotel bajet sekalipun. Keutamaannya adalah untuk memberi aku satu pengalaman. Lain hotel lain caranya dan lain juga dekorasi dia. 



Haaa,haritu aku dari puncak alam dan aku lalu jalan meru terus menghala ke Shah Alam. Sebab aku tak berani nak lintas roundbout Shah Alam yang tragis tu. Pernah sekali, sipi-sipi 5cm kot,nak kena langgar dengan Pak Arab. Cuak weh cuak. Terus aku menyimpang ikut kereta Pak Arab Sekali. Aishh,nasiblah takde apa. Shah Alom gaisssss -..-"



Lepas sampai Hotel De Art ni adoiiiiiiiiiiii, dekorasi dia memang buat aku terngiang-ngiang sampai sekarang terutama bahagian lobi dia tu. Tak tahu nak cakap macamana.




Hotel De Art - Mek Onie

Haaaaaaaaaa,salah satu sudut di lobi hotel yang aku rasa sangatlah gebum. Bukan apa korang, tang luar lain gila. Bila langkah masuk terus rasa nak menangis. Seolah-olah melangkah masuk ke kediaman Puan Dato Seri Tan Sri tu haaaaaaaaa.. Kalau korang nak tahu, hotel ni ada 58 bilik yang setiap bilik mempunyai deko tersendiri. Kau rasa? Nak termenangiskan? Setiap bilik ada maksud tersendiri. 


Meh la aku introduce sikit pasal hotel ni. Takpekan aku menaip sempoi macam ni? At least korang taklah mengantuk baca ayat aku kan?haha..

Hotel De Art bukan sekadar hotel hokay. Located in Seksyen 7,Shah Alam. Setiap bilik ada tema dia tersendiri dan tema tersebut diambil bersempena cerita dongeng,bunga & alam semulajadi, fantasi, filem, Bandar-bandar seperti Paris dan New York, Mystical Egypt & Posh Europe, Cartoon Characters like Hello Kitty, Mickey Mouse and banyak lagi ! 


Hotel ini berdekatan:-

  • i-City
  • Masjid Biru
  • UiTM
  • Taman Botani Bukit Cahaya

Kemudahan yang disediakan:-

  • WIFI
  • Perkhidmatan bilik
  • TV Skrin
  • Breakfast




Mek Onie vs Dikbee - Crouching Tiger Hidden Dragon

Bila pilih-pilih, ni bilik pilihan aku dengan dikbee... Tema bilik ni Crouching Tiger Hidden Dragon gaisssssss... Jenuh aku translate tulisan cina belakang tu... tapi tak terdaya awaaaaa...hahaha.....tapi janganlah risau, bukanlah mantera atau apapun...Sape pernah tengok filem yang diterbitkan tahun 2000 ini memang tahulah macamana dia pun cerita. So, bilik yang aku duduk ni adalah tema filem gitu. 





Susun atur dekorasi bilik ni pun okay la...nice gituh! Sesuai la kalau nak honeymoon kat sinikan. Kalau nak buat private party macam sambut birthday ke,haaaa sesuai yang amatlah.










Toilet dia boleh tahan besar jugak. Selesa




Your Royal Highness

Bila aku geram dengan semua bilik, jadi aku cuba untuk melawat semua bilik..namun ada satu bilik hello kitty yang serius cute dia biarlah orang perempuan describe cute yang macamana. Yang tu tak sempat nak menyinggah sebabnya time tu ada orang bilik tu,huwarrrrrr.... BTW,bilik atas ni nama dia Your Royal Highness. Korang tahu, bilik ni pun ada orang pakai untuk shoot wedding dia. Kurllassss kau jah! Tapi serius, katil dia gebum gila ! Huwarr..





Atas ni pulak bilik Lady Gaga uolsssssss...kemain namanya pun,haha... tapi bilik ni the nice one yang aku rasa lain dari yang lain sebab kalau korang perasan kat dinding tu bukan sekadar kertas okay, tapi art yang timbul ! dia guna kertas tisu tak silap aku... Habis bling la kau kalau duduk dalam bilik ni. Dah la warna pink. Geram aku nak golek-golek atas katil tu.





Nextttttttttttttttt room !





Not sure kenapa nama bilik ni The Cabin. Tapi the other side which is side belakang aku tu sangat mewah sebenarnya kalau ada pengantin yang nak shoot wedding ke apakan. 





And The Maharaja ni memang memang memang gebum sangat. Katil dia lawa, wallpaper dia gebum ! pun sesuai yang amat sangat kalau nak honeymoon dalam bilik ni pastu shoot wedding ke apa memang sesuai yang amat.


Rock & Roll




I feel bubbly




The Maharaja



Lobi Hotel De Art 



Terima kasih banyak-banyak kepada Hotel De Art kerana banyak membantu dan memberi kelonggaran kepada kami untuk melawati setiap bilik yang ada di sini. InshaAllah, lepas ni akan datang lagi. Teringin bilik hello kitty tu,huwarrrrrr....... Korang nak tengok rupa cute mana bilik hello kitty tu silakan ke website hotel ni. Confirm korang suka gila !







Terima kasih aku ucapkan. Good hospitality with good environment ! Thanks Hotel De Art,Shah Alam. Suka gila tengok lobi hotel dorang,huwarghhhhh...FYI, tak lama lagi konsep 3D Arts pulak .....lokasi di mana?jeng jeng jeng..nantikan dengan penuh kesabaran ye. Serius korang akan teruja ! Lokasi dia aku bagi klu di Shah Alam jugak,hehe :D


So, next hotel mana pulak Mek Onie ku sayam? Kalau korang nak tahu jugak,hotel ni kalau time bebudak u konvo,memang pack gila,jadi kalau nak stay sini adalah lebih baik korang book awal-awal kalau taknak menyesal,haaaaa ;)


Untuk maklumat lanjut :-

Alamat:
No. 3, Jalan Kristal AS7/AS,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-5518 0975
Fax: 03-5511 1667
Email: info@hoteldeart.com.my
GPS Latitude: 3.075948538431517
GPS Longitude: 101.48934960365295




WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

4 ulasan:

  1. Perghhhhh cantik gilaaaaa..... Katil nya macam kat istana gittew... Smartw

    BalasPadam
  2. cantiknyaaa.. slalu lalu je kat situ.. dari luar nampak macam biasa2 je..

    BalasPadam
  3. Hehe selalu jgk duk hotel ni taun lepas. cuma xpuas hati cket bekpes kt hailam kopitiam tu je.try la bluewave, the best in shah alam i think. btw nice entry.:)

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..