JKKN Serlah Bakat Muda Di Auditorium Yayasan Sarawak.

by - November 30, 2015

Baru-baru ini aku berkesempatan ke Bumi Kenyalang di mana negeri yang terbesar dalam Malaysia dan kami berkesempatan menetap di Kuching di mana Kuching adalah salah satu bandar-bandar utama di Negeri Sarawak selain Miri, Sibu, Sarikei, Bintulu, Sri Aman dan Limbang. Sebelum ke acara Festival Kelab Seni Cemerlang, kami berkesempatan ke kawasan pelancongan di Sarawak yang terdiri daripada kawasan semulajadi dan pusat budaya iaitu Kampung Budaya Sarawak. InshaAllah, aku akan kongsi dilain entri nanti :D

Mek Onie di Yayasan Sarawak. *Ayu sangat la tu buat gaya gitu?haha


Sebelum bercerita panjang, terima kasih kepada Projek Travel kerana memberi peluang kepada saya untuk jejak ke Bumi Kenyalang tersebut, terharu dan sangat excited bila ke Sarawak,hehe... Banyak pengalaman yang aku peroleh. Tapi,entri kali ini aku nak sentuh bab Festival semasa aku berada di sana.



Seramai 115 orang pelajar mengambil bahagian dalam Festival Kelab Seni Cemerlang, Negeri Sarawak 2015 pada 21 November 2015 di Auditorium Yayasan Sarawak baru-baru ini.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) berjaya menghimpunkan bakat-bakat muda dalam bidang seni budaya melalui penganjuran Festival Kelab Seni Cemerlang (FKSC) peringkat Negeri Sarawak bertempat di Auditorium Yayasan Sarawak yang lalu. 


Festival Kelab Seni Cemerlang 2015 adalah program jangka panjang di bawah Program Bimbingan Seni Budaya  (PBSB) yang melibatkan pelajar-pelajar dari 12 buah sekolah terpilih di seluruh Negeri Sarawak. Festival ini merupakan landasan terbaik untuk memberi peluang kepada semua peserta dan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) yang terlibat bagi menyerlahkan bakat dan kreativiti dalam bentuk festival akhir tahun.


Objektif festival ini diadakan sebenarnya memberi peluang dan juga ruang kepada para peserta untuk menunjukkan kemahiran yang telah dipelajari selama mengikuti program bimbingan yang ditawarkan melalui persembahan berbentuk festival.


Seramai 115 peserta telah terlibat dalam menjayakan festival ini di mana dari pelbagai bidang yang ada seperti seni berbahasa, tari, silat, gasing, teater dan muzik serta seramai 24 orang guru/jurulatih terlibat dari 10 buah sekolah yang terpilih. Ternyata, perserta yang menyertai festival ini sangat berbakat.


Festival kali ini dirasmikan oleh En.Zaifri Husin, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,Sarawak (JKKNS). Turut sama menyerikan acara gilang gemilang ini Dayang Kartini Bt. Awang Bujang, Timbalan Pengarah Bahagian Pengembangan Seni JKKN yang mewakili Ketua Pengarah JKKN begitu teruja menyaksikan persembahan dari bakat muda ini.


Menurut En.Zaifri , program ini mampu menyediakan produk pelancongan melalui seni dan budaya khususnya di seluruh Negeri Sarawak. Setiap bakat yang digilap melalui program teras JKKN ini mampu mempamerkan bakat mereka di tempat masing-masing untuk menarik kehadiran pelancong tempatan mahupun luar negara ke Negeri Sarawak.


Apa yang menarik minat saya pada festival ini adalah semangat anak cilik di mana berusia 8 hingga 16 tahun semasa pementasan berlangsung. Pementasan yang penuh warna warni ini sangat berjaya menarik minat para penonton yang menyaksikannya. 


Babak yang paling menciut hati adalah apabila ketika di Istana. Namun, kesemua babak yang dipentaskan berjaya membuatkan penonton berpuas hati. saya doakan kepada adik-adik semua supaya terus maju jaya dalam apapun bidang yang diminati. Teruskan belajar dan capai impian anda semua. Paling membuatkan saya tak berkelip mata apabila ada salah seorang penari yang sangat kecil tapi lincah dalam membuka langkah semasa tarian. Paling meriah bila di babak akhir muncul artis bob akademi fantasia.


Sebelum terlupa, festival sebegini juga mampu melahirkan dan memupuk masyarakat untuk sama-sama menyemarakan dan mermatabatkan seni dan budaya bangsa. Apapun, terima kasih kepada JKKN kerana sudi menjemput team Projek Travel ke Sarawak untuk sama-sama memberi semangat kepada adik-adik di sana. 




TERIMA KASIH KERANA TERUS SUPPORT MEK ONIE DAN PROJEK TRAVEL.  JANGAN LUPA FOLLOW INSTAGRAM @mekonie dan @projektravel  :)



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

1 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..