Reward Perut Di Restoran Munif Hijjaz Papero, Shah Alam !

by - November 04, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang! Yeayyyy,entri makan lagi gaisssss..... Yang ni sape minat dengan makanan arab, pizza dan western food...ampa wajib baca entri ni,Haaaa.... Sebelum ni aku pernah je makan dekat tempat ni. Actually dulu aku pernah makan kat restoran ni dan dikenali sebagai Restoran Papero. Dulu la. Beberapa bulan yang lepas. Tapi sekarang taraaaaa! Dah bertukar pada Restoran Munif Hijjaz Papero dan lokasi masih sama seperti dahulu. Cuma nama je dah bertukar. Kiranya ada gabungan antara Munif Hijjaz dan Papero. Yessss, penyanyi nasyid hijjaz tu, kenal tak awak?


Berkenaan lokasi, memang teramat strategik la orang kata. Betul-betul dia Sri Acapella. Dari rumah aku dalam 30minit,dekat! Bila mengidam bolehlah lencong ke sana jap. Berkenaan menu dia, ikutkan masa Restoran Papero, mereka lebihkan kepada menu sandwich,pizza dan Shawarma. Tapi bila bertukar kepada Restoran Munif Hijjaz Papero ini, menu pun ada bertukar sikit. Antara menu utama dia adalah Nasi Arab Al Qassam, Western Food dan Pizza gaisss...




Bersama Munif Hijjaz


Nasi Arab Al Qassam ni banyak weh, Nasi Arab Mandy Ayam/Kambing dan Nasi Arab Maqlubah Ayam/Kambing dannnnn kalau korang nak mixed  which is ayam dan kambing pun boleh,tapi lain harga la jugak. Nasi Beriyani dan nasi kabsah pun ada tau awak. Nak tahu macamana,haaa tu kenalah try sendiri. Portion banyokkkkkk gilosss.... Sedap,makan sorang memang tak habis,haha..


Western food. Haaaaa,ini kalau perut western food ampa boleh try kat sini pulak. Antara menu yang dorang ada adalah Lamb Chop, Beaf Steak Sizzling, Fish n Chip,Lamb Stew, Spaghetti Carbonara/Bolognese dan banyak lagilah. Sedap tak sedap tu haaaaaa...ampa kena la cuba sendiri. Pastu baru la korang tahu keajaiban dia, cececece..


Selain Nasi Arab dan Western Food kan, Pizza pun ada...hehe... Dulu masa Restoran Papero ada delivery,sekarang aku tak pasti.. ritu ada la tanya jugak ada ke delivery macam dedulu. Dorang kata inshaAllah akan ada...Ampa tunggu jela pengumuman depa nahhhhh.... 


Nahhhhh, nak belanja menu kat ampa semua.









Selain makan-makan tu semuakan, rupanya ada disediakan servis untuk makanan dorang terutama kalau korang nak buat majlis seperti sambutan hari lahir,perkahwinan atau gathering. InshaAllah Munif Hijjaz akan turun padang sekali. Haaaaaa,susah tau nak jumpa ahli nasyid ni,hehe... Apapun, gambar atas ni adalah suasana di Restoran Munif Hijjaz Papero di sebelah luarnya.. Okay la kalau nak santai-santai nak bawak family pun sesuai sangat aihhhhh...







Lamb Stew




Munif Hijjaz Papero




Yang penting tapau lagi! hahahahahahahaa....Lepas makan tapau untuk family. Puas hati la kalau makan macam ni. Okayyyy,apakebenda pulak Munif Cocoa tu gaissss? 

Top 10 makanan yang mengandungi Prebiotik




Okayyyyyyy,Munif Cocoa Arabic Gum ni sebenarnya adalah minuman alternatif kepada Malt Drink. Bagi yang tercari-cari dengan produk keluaran Syarikat Muslim ni. Korang patut try dan rasa dia memang sedap,lazat dan berkhasiat gila ! Korang jaga. Ni aku nak sembang banyak lagi ni pasal Munif Cocoa ni haaaa..


Kandungan Munif Cocoa :-
  • Serbuk Malt
  • Serbuk Koko
  • Maltodekstrin 
  • Arabic Gum ( Al-Manna )

Top 10 makanan yang mengandungi Prebiotik. Apakebenda Prebiotik ni pulak mek onie oiiiiii? Okay prebiotik tu adalah nutrisi yang diperlukan oleh bakteria baik Probiotik,untuk berkembang dan berfungsi dengan lebih baik dan sempurna.

Probiotik apa pulak mek onie weh? Okay,meh sini nak cerita. Probiotik ni adalah bakteria baik bagi usus dalam membantu keseimbangan ekosistem dalam tubuh terutamanya saluran pencernaan (usus) . Perkembangan probiotik dalam saluran pencernaan dapat membantu menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya dalam badan. Tanpa probiotik, maka usus kita akan dipenuhi dengan bakteria berbahaya dan akan menyebabkan masalah utama dalam gangguan kesihatan dalaman sistem pencernaan. Pengambilan minuman yang tinggi sumber prebiotik setiap hari akan membantu perkembangan probiotik yang berterusan di dalam badan.


Kalau korang nak tahu jugak, Arabic Gum ni pun dikenali sebagai Manna atau Acacia Senegal :)

Ayat AL-Quran" Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "MANNA" dan "SALWA". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu.. Dan tidaklah mereka menganiayai Kami, akan tetapi merekalah yang telah menganiayai diri mereka sendiri" - Surah Al-Baqarah ayat 57


Untuk pengetahuan korang, Munif Hijjaz Marketing S/B menawarkan pakej rakan niaga Agen,Stokis dan Pemborong untuk produk ini bagi anda yang ingin menambah pendapatan. Produk mudah dijual. Pasaran yang terlalu besar hampir semua kedai runcit menjual produk 'Malt Drink' dan hampir semua rumah membeli  'Malt Drink' tersebut. Jom kita semua berubah dan bersatu untuk mengembangkan perniagaan produk-produk sebegini. Untuk maklumat pakej perniagaan ampa semua boleh la whatsapp ke 019-334 4838.


Kalau korang berminat ke apa untuk jadi agen semua ni ampa boleh rujuk sini . :D





Aku dah try . Korang bila lagi nak try Munif Hijjaz. Hehe..
Jangan lupa korang, Terjah Munif Hijjaz Papero hokayyyy! Nasi arab deme sedap !!!!!!! Thanks korang sudi baca entri ini :D


Waktu Beroperasi
Isnin, Selasa , Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad
12PM - 2PM
5PM - 12AM
Jumaat
2.30PM - 3.30PM
5PM - 12AM
Lokasi
Restoran Munif Hijjaz Papero
Sri Acappella
1, Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13,40100 Shah Alam,Sel
GOOGLE MAP | FACEBOOK | WEBSITE


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

4 comments

  1. nampak sedap betul. Boleh la try lepas ni.

    ReplyDelete
  2. uih...lazatnya nasi tu...kenyang perut

    ReplyDelete
  3. hello ☺ I'm newbie.. please visit my blog ♡ have a nice day!
    smartiesmoo.blogspot.kr

    ReplyDelete
  4. Salam Kenal.Bestnya. nak kumpul duit nak pergi la. kalau mek onie nak resepi puding cikedut untuk buat makan seisi keluarga ngan lupa datang lawat blog saya ye kat sini resepicara.blogspot.com/2015/11/resepi-puding-cikedut-perisa-pelangi.html

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..