Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Panggung Sari,Istana Budaya

by - December 06, 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Macam biasa, sekali lagi aku gigihkan diri ke Istana Budaya untuk sebuah teater dimana ada seorang pelakon yang tak lain tak bukan Beto Kusyairy.  Sebab kenapa Beto Kusyairy? Nantilah aku cerita. Sekarang berbalik pada teater ini, tahniah sekali lagi Eirma Fatima kerana berjaya dengan teater Mok Cun yang banyak sambutan dan kali ini, Eirma Fatima kembali lagi dengan jalan cerita yang penuh tragis dan drama. 


Bersama dikbee.com ,awak..kenapa pipi saya nak dekat dengan spek dah ni?awak perasan tak?hahahahhahah

So,haritu aku duduk di area Stalls. Alaaa yang area warna purple tu. Okay jugak seat area purple tu. Dapat pulak duduk yang kat center. Okay la. Haritu masa teater Maduku Kalut Return try duduk betul-betul depan stage yang area warna kuning tu, haaaaa... nampak artis. nampak muka deme. Puas hati jugaklah,ekekekekeke... So,untuk teater yang Bawang Putih Bawang Merah ini, walaupun seat agak mahal dan duduk di belakang sekali tapi okay jugak sebenarnya, dapatlah tengok pelakon keluar dari pintu tepi dewan . Kira tak payah la sesusah nak mendongak ke terlepas babak keluar dari tepi pintu dewan tu. Okay jugaklah, cumanya sempit sikit area yang aku duduk ni,tatau la area-area depan aku tu, hihihi...


Sorry, aku memang suka cerita pengalaman macam ni. Sebab masa aku post di facebook, ada orang tanya "onie amik seat line mana,confuse la nak beli seat kat Istana Budaya..tatau tang mana yang best...." 


Haaaaaaaa,  ikut kemampuan korang la, seat area hijau pun sebenarnya okay je. cuma tak center la.. Kalau nak ambik gambar tak lawa...ekekekeke....yang paling murah seat kat area upper circle,tu tiket paling murah la,hewhewhew... 




So, ni seat aku. Memang center la habaq hang,tapi kebelakang sikit...hewhewhew....sebelah aku kakak aku,aah kita orang kembar...kembar spek mata,kahkahkahkahkah... Tq dikbee sudi jadi peneman disebelah seat, hahahahaha..boleh gitu?


Bersama nisakay.com ,erat sungguh awak peluk saya,wakakakkakaka ..rindu letew :P

Tayangan : 3-8 Disember 2015
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya
Harga Tiket: Bermula RM36 hingga RM256



Antara babak yang menarik Teater Bawang Putih Bawang Merah


Teater Bawang Putih Bawang Merah

Tersebutlah kisah di sebuah negeri. Seorang Putera Raja terpesona dengan keindahan suara seorang gadis yang sedang berdendang lalu jatuh cinta. Nun di sebuah kampung di mana nama kampung tersebut adalah bernama Kampung Jelatek dan tinggal sepasang adik beradik,Putih dan Merah bersama-sama ibu mereka, Labu dan Kundur.


Cerita bermula apabila Labu dan Kundur selalu berbalah antara satu sama lain merebutkan harta pusaka peninggalan suami mereka. Sama juga seperti anaknya terutama Putih, seringkali berbalah kerana cemburu dengan adiknya,Merah. 


Di sebuah kampung terdapat perigi dan Labu selalu ke sana untuk membasuh kain dan pada suatu hari Kundur datang  lalu tercetuslah babak yang menyebabkan Labu jatuh kedalam perigi tersebut. Apa kesudahan cerita ini, saksikanlah di Teater Bawang Putih Bawang Merah.

Kisah klasik yang diinspirasikan daripada filem Melayu lama ini menampilkan para pelakon seperti Fauziah Dato'Ahmad Daud, Nur Fathia, Juliana Evans, Syarul Ridzwan, Beto Kusyairy, Fazlina Dato' Ahmad Daud, Nabila Huda, Dafi AF dan ramai lagi barisan pelakon yang hebat.



Antara babak-babak yang menarik dan prop yang best ! Ya Rabbi,rasa nak termenangis tengok prop dorang, stage naik turun.... pastu tetiba pelakon timbul dari bawah stage.. Ni baru teater !!! Aummmmm...dan sebab tu jugak aku excited nak tengok teater di Istana Budaya,hihi... 

Labu dan Kundur

Diselitkan juga dengan muzikal

Putera Raja bersama hulubalangnya.

Lakonan hebat dari Beto Kusyairy dan Nur Fathia

Lakonan Nenek Kebayan dari Nabila Huda 

Merah dan Putera Raja


Bersama admin projektravel.com


Photo by eazyizzuddin.com

So dari 5 bintang, 4 bintang aku kasi.... sape dah tengok,berapa bintang agaknya korang nak bagi? Apapun, teater terbaru dari kak Eirma Fatima kita ni tak pernah buat kita menyesal dan rugi. Tayangan masih lagi berlangsung dan sesapa yang teringin nak tengok teater di Istana Budaya sila book sebelum menyesal,haha... Tiket boleh di beli di AirAsia Redtix atau di kaunter Istana Budaya pun boleh ye. Selamat menonton korang semua.



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


You May Also Like

6 comments

  1. Mek Onie. Ni blog kito (nulis semula, rindu) Haha

    Tak rajin lagi tengok teeater, nak nak pulak di IB. Stay Serdang balik tahun depe, kalau ada rezeki leh gi IB>

    ReplyDelete
    Replies
    1. weiiiiiiiiiiii la judin,lamo molep nyepi pom,busy terrr...... onie jadi kemaruk meta nge IB ni..... teruja bila dapat tgk org buat performance kat stage berprestij dunia tu..

      Delete
  2. lam cik mek onie.. sory kacau nama saya latif.

    nak minta pendapatan cik best tak kalau ambik seat area STALL tapi yg bawah..macam kat C atau D tu lah adakah kene mendongak?
    sebab nak bawak org tua.. takut rabun nanti tak nampak muka pelakon haha.

    atau bagi cik mek adakah seat belah lebih selesa mcm yg cik mek tgk dlm bwang putih tu?
    sory banyak tanya
    sbb tengok harga sama je kan
    terima kasih yeee

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..