Butik Pret A Porter Sedia Ruang Niaga. (Vendor)

Monday, January 18, 2016

Kuala Lumpur : Butik vendor terbesar Pret A Porter bakal membuka ruang niaga seluas 7000sqft dengan anggaran mampu memuatkan seramai 70 vendor di G Village Desa Pandan.


Prepare ur closets

Pengarah Pemasarannya, Siti  Hawa berkata butik tersebut bukan sahaja tertumpu kepada pakaian muslimah, malah terbuka kepada semua pakaian kasual lelaki dan wanita.

"Servis kami menyediakan ruang kepada usahawan baru yang ingin meluaskan perniagaan dengan kos rendah dimana kami menyediakan staf, menjalankan promosi, iklan dan sebagainya. Pihak vendor tidak perlu memikirkan soal kos-kos promosi dan pasaran produk kerana ianya ditanggung oleh pihak kami", ujar dalam satu kenyataan.

Sementara itu,Siti Hawa berkata, pihak Pret A Porter turut menerima penyertaan pelbagai vendor dari dalam dan luar negara. Katanya,setakat ini beberapa vendor dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Turki dan Netherland telah bersetuju untuk menjadi vendor butik Pret A Porter. Ia dijangka dapat meningkatkan daya saing kepada peniaga tempatan.

"Kami ada menerima penyertaan beberapa vendor dari luar negara dan kami masih dalam proses rundingan. InshaAllah kehadiran mereka dan produk-produk dari luar ini dapat meningkatkan daya saing dan secara tidak langsung menarik pengunjung datang membeli-bela",ujarnya.

Pret A Porter

Bagaimanapun, katanya pihak Pret A Porter memberi lebih keutamaan kepaa peniaga-peniaga tempatan dengan pelbagai sokongan lain. Selain itu, kesedaran tentang kepentingan promosi,pihak Pret A Porter juga telah melantik seorang artis terkenal iaitu Lufya Omar sebagai duta atau jurucakap butik tersebut.


Duta Butik Pret A Porter,Lufya Omar

"Kami mempunyai strategi bagi menarik pelanggan untuk datang membeli-belah di butik ini iaitu dengan melantik Lufya Omar sebagai duta. Populariti Lufya dan tiket sebagai artis dapat membantu Pret A Porter dikenali secara tidak langsung mengetengahkan produk-produk di bawah butik ini", ujarnya.

Selain Lufya, beberapa artis terkenal yang bakal diumumkan dalam masa terdekat turut bersetuju untuk menjadi vendor di butik ini. Butik Pret A Porter dijangka akan memulakan operasi sepenuhnya pada Mac 2016 dan bakal membuat pelancaran secara besar-besaran pada April depan.

Butik berkeluasan 7000sqft itu juga dijangka menarik sekitar 300,000 penduduk di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur. Pret A Porter turut menyediakan pakej ruang niaga serendah RM50 bergantung kepada terma dan syarat.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian :-
+6012-647 4508 (Suci)
+6017-391 1491 (Lyna)


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You Might Also Like

3 Komen

  1. bestnya!!
    camne nak join kalau duduk luar dari KL??

    ReplyDelete
  2. Comelnya Lufya Omar...

    Menarik... Kena cepat hasilkan produk sendiri nie. Kot2 boleh jadi vendor kan.

    ReplyDelete
  3. Sekarang banyak sangat pilihan baju2 muslimah.. cantik pula tu

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..